Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

20 Mei 2009

UMNO Perlis Retak Menanti Belah

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh membayangkan akan menyertai parti pembangkang. Kekecewaannya terhadap apa yang berlaku di dalam UMNO Negeri Perlis khususnya mendorong beliau bertindak demikian.
Beliau turut menyatakan bahawa berlaku keretakan hubungan di antara ahli UMNO kesan daripada pertelagahan di antara MB sekarang dan MB yang dahulu (baca di sini). Beliau jugalah di antara individu yang pernah menyatakan bahawa MB sekarang sebagai 'produk haram UMNO' sedikit masa lalu (baca di sini).
Dalam pada itu, bekas MB mengakui bahawa ramai ahli UMNO yang keluar parti tersebut ekoran daripada pengguran daripada menjadi JKKK. Dilaporkan lebih kurang 1000 ahli UMNO telah bertindak keluar parti berkenaan dan ada di antaranya menyertai pembangkang (baca di sini).
Jelas sekali keretakan yang berlaku di dalam UMNO Perlis ini umpama barah yang tidak ada ubatnya lagi. Umpama pesakit AIDS yang menunggu saat kematiannya. Dan diharapkan agar ahli-ahli kecewa yang bertindak keluar parti ini dan masuk ke parti lain tidak menjadi pembawa kuman barah yang bila-bila masa boleh menyerang organ-organ di dalam parti yang mereka sertai tersebut.
Lazimnya golongan kecewa ini mudah dipujuk (dah masuk, keluar semula - baca di sini) dan terbawa-bawa perangai lamanya. Jika hati itu ikhlas, mudah-mudahan berpahalalah perjuangannya. Jika sebaliknya, sia-sialah tindakannya.