Petang tadi semasa memandu saya mendengar radio IKIM.FM. Sebuah lagu dikumandangkan dan saya cuba tangkap bait-bait lagu tersebut yang agak memikat hati saya.
Di antara senikata lagu tersebut;
Ubat bagi hati ada lima
Yang pertama...Baca Quran dengan makna...
Yang kedua...Bergaul dengan orang-orang soleh...
Yang ketiga...Solat malam dirikanlah...
Yang keempat...Selalulah berpuasa...
Yang kelima...Zikir di malam hari...
Satu yang baik untuk menyedarkan dan memperingatkan para pendengar bahawa di dalam agama Islam yang syumul ini, kita ada jalan keluar untuk pelbagai masalah kehidupan yang kita hadapi.
Hati adalah satu organ di dalam badan yang berperanan penting dalam membawa hala tuju diri manusia itu sendiri. Baik organ ini, maka baiklah diri individu itu.
Lazimnya, persengketaan yang kerap berlaku di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat jika kita selidiki adalah berpunca daripada organ ini.
Alangkah amannya dunia ini sekiranya segumpal daging ini adalah daging yang terbaik di dalam jasad seseorang manusia.
Sama-samalah kita mendidik hati agar menjadi hati yang sihat.