Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

13 Mei 2009

Alhamdulillah. Masih mampu menyedut udara tanpa bil

Apa khabar kita hari ini? Harapnya dalam keadaan sihat walafiat dalam lindungan Allah, Tuan Empunya Dunia.
Satu kenikmatan yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit apabila masih mampu membuka mata di pagi hari.
Di atas kenikmatan itu kita jangan lupa dan alpa akan tanggungjawab atau kewajiban kita terhadap Allah Subhanawata'ala. Sama-samalah kita buat senarai semak (check list) terhadap prestasi ibadah kita kepada-Nya.
Ramai manusia yang berasa gah dan sombong di atas kelebihan yang dimiliki dengan mengkesampingkan tanggungjawab terhadap yang mengkurniakan setiap perkara tersebut.
Bagi yang dikurniakan kekurangan atau sedikit kesusahan...sabar. Jangan melulu bersangka buruk terhadap Allah. Ada hikmah yang kita sebagai manusia tidak mampu untuk menyingkapkannya. Sabar, dan khusyuklah dalam solat kita. Moga-moga kita akan digolongkan dengan para nabi dan shuhada di akhirat kelak.
Jangan terlalu membebankan pemikiran kita dengan permasalahan dunia yang tidak akan berakhir walau kita fikir sampai 'pecah kepala'. Sebab itu adalah dunia. Umpama ombak di lautan yang kita tidak mampu untuk menahannya daripada terus bergelora.
Sejarah awal manusia pun ditakdirkan bertelagah sepertimana kita fahami daripada kisah Habil dan Qabil. Maka, usahlah kita hairan mengapa manusia terus bertelagah. Cumanya kita cuba sedaya upaya untuk 'cool-down'. Mengalah sebentar tidak semestinya kita akan terus kalah.
Yang penting, sama-sama kita khusyukkan solat kita, moga-moga permasalahan dunia akan sendirinya terurai dengan mudah.