Anak
Satu Anugerah
Satu Amanah
Satu Ujian
Memang mereka penuh dengan kerenah
Sebab mereka belum tua
Mereka banyak melakukan kesilapan
Didiklah ia
Mengapa ibu dan bapa kurang sabar
Mengapa ibu dan bapa selalu marah
Mengapa ibu dan bapa cepat geram
Mengapa ibu dan bapa hilang pertimbangan
Sebab anak itu ujian
Bila dekat memang tak rasa
Bila berjauhan memang terasa
Rindu mencengkam
Teringat...dikala anak itu dimarah
Kerana mereka bukan untuk dimarah
Dia amanah
Kerana mereka tidak tahu
Kerana mereka belum tua
Ibu dan bapa
Bersyukurlah adanya anak
Jangan sampai anak kata pada kita
'Ibu'...'Bapa'... saya belum tua seperti ibu dan bapa.
4 Mei 2009
Anak
Catatan IBAN MUSLIM pada 5/04/2009 10:52:00 PTG