Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

11 Mei 2009

Manchester United mengukuhkan kedudukan liga

Jadual: Sepuluh pasukan tangga teratas EPL




Di sebalik kehangatan politik tanahair, kita pesongkan sedikit minda kita untuk mengikuti perkembangan semasa bola sepak dunia. Fokus kali ini adalah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perlawanan semalam menyaksikan Manchester United selaku finalis Liga Juara-Juara Eropah terus mengukuhkan cengkaman liga selepas menewaskan Manchester City dengan jaringan 2-0. Jaringan tersebut dijaringkan oleh Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez.

Pada minit ke 59, pengurus MU, Sir Alex Fergusan mengeluarkan Cristiano Ronaldo. Tindakan tersebut menyebabkan Cristiano Ronaldo berasa tidak puas hati terhadap keputusan tersebut.

Pencabar terdekat MU iaitu Liverpool juga mencatatkan kemenangan pada perlawanan sabtu lalu, namun MU berkelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool. Selepas perlawanan hujung minggu lalu, Liverpool mempunyai 2 baki perlawanan, manakala MU masih ada 3 perlawanan.


Catatan: Zaman belajar dulu, penulis adalah peminat setia Liverpool. Sejak memeluk Islam ni, tawar hati nak sokong kerana penaja utama yang tertera pada jersi pasukan tersebut adalah Carlsberg. Sekarang ni tak sokong mana-mana.