Baharu sahaja selesai sesi taklimat kursus. Awal-awal sudah ada pindaan jadual. Tapi positiflah. Esok dan lusa sepatutnya ada program sampai malam. Dipinda (awalkan) ke petang. Kira petang tamat dalam 6.30pm. Kira ok lah. Malam boleh berehat.
Di tempat kerja punya lah elak nak menjadi mana-mana ketua. Di tempat kursus tak boleh lari juga. Jadi 'tok penghulu' pulak dah. Rasa nak tergelak. Fasilatator panggil ustaz la pulak...Adoi... tak pa...Pensyarah itu ustaz juga...cikgu juga boleh dipanggil ustaz...tok guru silat juga boleh dipanggil ustaz...
Aku ni baharu nak start ada lah. Apa lah yang ada pada saudarabaharu sepertiku...
Depa tempatkan di apartment... 3 bilik, 6 orang. Alhamdulillah. Selesa. Jumpa kawan-kawan baharu dari pelusuk Malaysia ni... Macam-macam jugalah cerita dari kawan-kawan. Ada yang puas hati...ada yang tak puas hati... Bagi saya, itu biasa. Itulah namanya kehidupan. Manusia jarang-jarang berpuas hati. Orang lama, cara orang lama...orang muda, cara orang muda...
Saja menaip...sementara tunggu mata nak lelap kejap lagi. Penat juga lama tak jalan jauh...