Pagi ini, menjelang 9.30 pagi sudah pastilah pandangan kita akan tertumpu kepada Mahkamah Rayuan yang akan bersidang dalam menentukan siapakan Mentei Besar Perak yang sebenarnya.
Ada yang menanti dengan penuh debaran. Tidak kurang juga yang tidak kisah apa jua keputusan yang bakal ditentukan oleh mahkamah sedikit jam lagi.
Bagi pejuang-pejuang parti, sudah pastilah keputusan pagi ini adalah satu perhitungan yang amat penting. Di antara haq dan batil... Dan, kita harus ingat bahawa yang haq tidak semestinya di pihak yang menang. Malah, Allah akan sentiasa menguji para pejuang haq. Sama ada kita tergolong dalam golongan yang sabar mahupun golongan yang gelojoh.
Jika ditakdirkan golongan haq ini berada di pihak yang menang, maka ini adalah satu bonus dan amanah yang amat besar untuk ditunaikan.
Manakala, golongan batil tetap berusaha dengan apacara sekalipun dalam usaha memegang tampuk kekuasaan. Bagi mereka, kuasa dunia mengatasi segalanya. Segala jentera akan digerakkan dalam usaha memenangi apa jua persaingan. Tidak kira sama ada usaha itu diredhai atau dimurkai Allah Rabbul Jalil.
Yang pasti...golongan haq adalah golongan yang benar dan diredhai Allah. Manakala, golongan batil adalah golongan penipu yang dimurkai Allah.
Mahkamah dunia manusia ada kuasa. Mahkamah akhirat Allah punya kuasa.