Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

18 Mei 2009

Orang Kuching Menang AF-7

Hafiz mahu bawa ibu bapa tunai umrah atau haji

Hafiz berjaya membawa pulang hadiah kereta Honda Accord 2.0 litre sumbangan Honda Malaysia, percutian ke New York berjumlah RM10,000 tajaan Maybelline, Arezzo Hoffman 5.1 Home Theatre System tajaan Arezzo, kamera U1030 tajaan Olympus, Hyundai Air Purifier- HYAP-202 tajaan MSP Advance, jam tangan Hugo Boss tajaan Hugo Boss, BRANDS’S Innershine untuk 1 tahun tajaan Cerebos, Nokia 5730 XpressMusic tajaan Nokia, diaktifkan oleh Hotlink selama 1 tahun tajaan Hotlink, wang tunai RM20,000 dan trofi sumbangan Astro.

Iban Muslim:
Orang Kuching menjadi juara AF-7...Moga niat kitak mauk ngemba mak ngan pak kitak gi umrah atau haji hasil titik peluh kitak jadi kenyataan. Moga Allah beri keberkatan atas rezeki kitak. Kita pun tauk, mun mauk gi haji...pastikan dari sumber rezeki yang halal. Semoga balit haji kelak dapat haji yang mabrur...
Ehem...Sarawak berbakat dalam serba serbi bidang. Tauk sik kitak, kenak orang sarawak pandei belagu? Sebab di sarawak sidak nya biasa berkaroake. Biasanya, karoake menjadi acara mesti dalam majlis-majlis keramaian.
Hari Gawai biasa popular dengan pertandingan Kumang (Ratu Cantik) dan Keling (Raja/Jejaka Segak), tetapi sejak kebelakangan ini, pertandingan berkaroake menjadi satu kemestian di Hari Gawai.
Hari Gawai? Ya, aku ingat lagi lah...1 Jun setiap tahun. Tinggal beberapa hari lagi.