Syabas dan tahniah kepada wakil pilihan rakyat di N12 DUN Penanti. Majoriti 5558 jauh lebih besar daripada PRU12 yang lalu (2219). Peratus mengundi, 46.12% memecah rekod keluar mengundi paling rendah di Semenanjung Malaysia. Ramai yang tidak turun menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang matang.
Mansor Othman (PKR) memang dijangka memenangi PRK tersebut sejak awal-awal lagi. Oleh yang demikian, BN tidak meletakkan calonnya kali ini.
Namun, calon-calon bebas tetap bersemangat untuk menonjolkan diri agar dilihat berpotensi mewakili rakyat. Malang sekali wakil bebas mendapat undi yang amat sedikit (Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi).
Jangan berputus asa bagi calon-calon bebas yang kalah. Bersedialah untuk membeli borang baharu di Manek Urai. Teruskan perjuangan dan kesungguhan kalian mewakili rakyat. Jika bertanding di Manek Urai, cuba target jumlah undi yang lebih berbanding di Penanti.
Bakal TKM1 P.Pinang, Mansor Othman yang dijangka mengangkat sumpah rabu ini, tunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Jangan bacul dek desakan dan gertakan mana-mana pihak. Jangan lari dari medan peperangan pula. Jangan ada PRK sekali lagi di DUN Penanti. Hari ini 46% yang turun mengundi. Kalau PRK sekali lagi mungkin 20% yang turun mengundi.
Tahniah sekali bagi yang menang. Sama ada calonnya mahupun seluruh jentera parti yang bertungkus lumus untuk meyakinkan rakyat di Penanti. Bagi yang kalah, cuba fikirkan taktik yang lebih mantap, rasional, dan masuk akal fikiran yang waras.