Kelab Penyokong PAS (KPP) menggesa penyertaan bukan Islam sebagai ahli bersekutu disegerakan kerana sokongan pengundi Melayu terhadap parti itu kelihatan sudah semakin tepu.Pengerusinya, Hu Pang Chow berkata, sokongan masyarakat Cina dan India perlu ditekankan kerana sokongan kaum Melayu “tidak berubah” - 40 hingga 45 peratus sahaja yang memilih parti pembangkang itu."Kita kena pandang jauh. Jangan tunggu dekat pilihanraya baru nak ikhtiar (dapatkan sokongan). Macam kita sebut kepada kekasih I love you," katanya. "Sebutlah seribu kali pun, tetapi bila ajak kahwin, tidak mahu. Lama-lama tentulah dia (kekasih) lari."
-Malaysiakini-
Ibanmuslim catat:
Secara jujurnya saya berpendapat bahawa ada pro dan kontra dalam isu ini. Dari satu sudut, kita akan nampak satu kejanggalan dan bisa sahaja kita kita sebagai rakyat Malaysia akan menuduh PAS sudah lari dari maksud asal kepada PAS itu sendiri. Ini kerana PAS itu sendiri sinonim dengan Islam. Jika orang bukan Islam atau belum Islam diberi pasport untuk berada di landasan perjuangan Islam, maka nampak seakan-akan ada unsur campur aduk.
Namun, jika kita pandang dari perspektif dakwah dan promosi Islam, baharulah kita akan melihat bahawa perkara ini ada baiknya.
Jika diimbas pengalaman saya sebagai "mantan orang bukan Islam", sememangnya orang belum Islam sebenarnya tercari-cari ruang dan peluang untuk mengetahui apa yang diperjuangkan oleh Islam dan apa itu agama Islam?
Sekiranya, sebuah parti yang jelas berjuang atas dasar Islam ini enggan membuka ruang yang agak selesa kepada golongan ini, dikhuatiri ruang untuk kita berdakwah dan menjadi duta kepada agama Allah ini menjadi semakin sempit.
Saya memikirkan bahawa sudah tiba masanya agar kita di negara ini menjadikan kita selaku pengamal agama Islam ini melantik diri kita sebagai AJK Penerangan Islam kepada orang belum Islam.
Usah kita pandang dari satu aspek sahaja dan menutup satu aspek yang lain. Lebih malang lagi aspek yang kita tutup ini merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya. Malah bagi saya, persoalan dakwah kepada orang belum Islam ini adalah satu usaha yang amat penting untuk dipergiatkan.
Dalam soal ini sememangnya kita akan ber-pro dan ber-kontra. Namun, kita perlu bersependapat bahawa sesungguhnya di luar sana ada sekumpulan manusia yang masih tercari-cari satu sinar harapan untuk berjumpa dengan janji Allah.
Wallahualam.