Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

24 Mei 2009

Sri Aman 'Bandar Tidur'

Bandar Sri Aman Sarawak 'bandar tidur'. Begitulah laporan yang dibuat oleh Borneo Post hari ini.(Baca di sini). Ada benarnya kenyataan yang dilaporkan tersebut. Saya selaku warga Sri Aman mengakui perkara ini, walaupun ADUN nya menafikan laporan tersebut.
Saya selaku orang muslim, agak merasa sedikit kepayahan apabila berkunjung ke bandar berkenaan. Apa tidaknya... Apabila sampainya waktu solat, tidak ada surau-surau disediakan di lokasi strategik di bandar berkenaan. Alternatif yang ada ialah Masjid Jamek Sri Aman, yang terletak kira-kira 2 km daripada pusat bandar berkenaan.
Apalah salahnya menyediakan sebuah surau berdekatan dengan stesyen bas, atau berhampiran pasar tamu. Boleh juga orang-orang beragama Islam bersolat.
Kalau setakat membina menara peninjau benak di sepanjang tebingan sungai batang lupar terebut, apalah sangat faedahnya. Boleh bina, tapi kena tengok sama keperluan orang Islam.
Kepada pihak berwajib, diharap keperluan orang Islam turut dijaga walaupun Muslim golongan minoriti di kawasan berkenaan.