Mendapat perkhabaran bahawa BN bakal meletakkan calonnya di Manik Urai. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat pengesahan tersebut di Singapura bahawa BN akan mencabar kerusi DUN Manik Urai.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri pula turut bersetuju untuk meletakkan calon di PRK DUN N41 tersebut.
Berbeza dengan PRK Penanti, pucuk pimpinan BN tidak perlu melalui beberapa siri mesyuarat dalam menentukan sama ada ingin bertanding mahupun tidak.
Bagi rakyat di Manik Urai, anda begitu bertuah jika BN mengambil keputusan untuk bertanding kerana kawasan anda akan diserang oleh beberapa projek pembangunan tak terancang. Tahniah. Kalau diberi tu ambil...pangkah tu cerita lain...
Sebelum ini, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti untuk tidak bertanding di Penanti dengan alasan PRK tersebut adalah helah politik pembangkang dan membazirkan wang rakyat.
Justeru, sekiranya BN berdegil untuk bertanding di DUN Manik Urai, maka satu lagi siri pembaziran wang rakyat bakal dilakukan oleh BN selaku teraju kepimpinan rakyat Malaysia di peringkat persekutuan.
Sekali lagi diingatkan bahawa, setiap pangkahan itu membawa dua maksud, sama ada pangkahan dosa atau pangkahan pahala. Memilih pemimpin yang mengikut acuan Islam bermakna kita bakal diberi ganjaran pahala yang setimpal oleh Allah. Sebaliknya, jika memilih pemimpin yang tidak berjuang atas dasar Islam, maka kita akan bersekongkol sama dengan perjuangan mereka selain Islam. Maka, kita turut mendapat saham dosa.
Maka, bijaklah memilih pemimpin.
Bagi parti yang ingin mencabar kerusi parti penyandang di Manik Urai (PAS), fikirlah masak-masak demi kepentingan rakyat, Usahlah membazir duit rakyat. Usahlah menyusahkan Suruhanjaya Pilihanraya. Usahlah membiarkan Polis kerja overtime dan over limit.