Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

12 Mei 2009

Debaran

InsyaAllah pagi ini ada pertemuan beberapa pihak dengan Pihak Istana. Fokus kita kepada MB Perak yang sah iaitu DS Nizar.
Debaran memang terasa, namun cuba tenang...Apabila memikirkan setiap yang berlaku itu dalam perancangan Allah, lega...apa-apapun berlaku, kita redha...
Di pihak yang halal, teruskan agenda kebenaran...Di pihak yang haram, insaf dan taubatlah...Pintu taubat sentiasa terbuka...Kesampingkan kesombongan anda.