Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

31 Disember 2012

SAMBUTAN TAHUN BAHARU 2013 BERSAMA USTAZ AZHAR IDRUS (LIVE STREAMING)


28 Disember 2012

3 GOLONGAN TERAWAL DISERET KE NERAKA

Sangat mengejutkan apabila Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang tiga golongan yang terawal diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apa kesalahan mereka?

  1. Golongan ILMUWAN: Menyampaikan ilmu agar dipandang sebagai cendekiawan.
  2. Golongan DERMAWAN: Memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.
  3. Golongan SYAHID: Berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

Muhasabah:
Apa persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi pujian manusia lain. Masalahnya bermula dari hati. Apabila niat di hati tidak selari dengan tuntutan Islam, maka amalan yang baik pun boleh ternoda dengan niat yang tidak ikhlas. Oleh sebab itu, perbuatan kita amat dinilai bukan dengan perbuatan yang dilakukan, bahkan ia turut dinilai dengan keadaan hati ketika itu.

#Petikan daripada Majalah SOLUSI Isu ke-51, muka surat 23.

22 Disember 2012

KETUA RUMAH PANJANG (TUAI RUMAH) IBAN MUSLIM DI MIRI SARAWAK


15 Disember 2012 lalu TV ALHIJRAH telah menyiarkan satu liputan berkaitan sebuah rumah panjang di Miri Sarawak yang diketuai (Tuai Rumah) oleh seorang Iban Muslim, Mohd Saiful Abdullah. Slot Majalah ISLAM TV Alhijrah tersebut dilihat sebagai satu usaha yang amat baik bagi menunjukkan kepada masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Iban bahawa Islam tidak menghalang seseorang untuk meneruskan kehidupan di rumah panjang. Malah, seseorang yang telah menganut agama Islam mampu untuk mengetuai satu komuniti rumah panjang tanpa mengabaikan adat budaya masyarakat Iban turun temurun. Islam tidak menghalang seseorang untuk meneruskan kehidupan di sebuah rumah panjang. Ini membuktikan Islam satu agama yang toleransi. Diharap melalui paparan ini dapat membuka mata seluruh masyarakat bahawa Islam adalah agama untuk semua. Semoga usaha dakwah berterusan dapat dilakukan bagi membuka mata semua pihak terutama masyarakat Iban bahawa Islam agama yang benar. Islam agama untuk semua. Dan...mengamalkan ajaran Islam bukan bermakna kita menjadi Melayu sebagaimana label yang sehingga ke hari ini masih digunakan oleh orang Iban terhadap orang yang berhijrah memilih Islam sebagai agama.