Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

28 Disember 2012

3 GOLONGAN TERAWAL DISERET KE NERAKA

Sangat mengejutkan apabila Rasulullah s.a.w mengkhabarkan tentang tiga golongan yang terawal diseret ke neraka. Siapakah mereka? Apa kesalahan mereka?

  1. Golongan ILMUWAN: Menyampaikan ilmu agar dipandang sebagai cendekiawan.
  2. Golongan DERMAWAN: Memberi sumbangan agar dipandang sebagai seorang yang pemurah.
  3. Golongan SYAHID: Berjuang di jalan Allah agar dipandang sebagai pahlawan.

Muhasabah:
Apa persamaan kesalahan mereka? Mereka mempunyai kesalahan yang sama iaitu melakukan sesuatu kerana demi pujian manusia lain. Masalahnya bermula dari hati. Apabila niat di hati tidak selari dengan tuntutan Islam, maka amalan yang baik pun boleh ternoda dengan niat yang tidak ikhlas. Oleh sebab itu, perbuatan kita amat dinilai bukan dengan perbuatan yang dilakukan, bahkan ia turut dinilai dengan keadaan hati ketika itu.

#Petikan daripada Majalah SOLUSI Isu ke-51, muka surat 23.