Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

31 Ogos 2009

Kemerdekaan Dari Perspektif Islam



Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam terkandung di dalam kata-kata Rub'ie bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum

"Allah mengutuskan kami (orang-orang Islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat."

Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi Muhammad SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.

Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah SAW berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?


Ini bermakna, Kemerdekaan yang sebenar ialah..

"Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya."


Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.


Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia sama ada:

1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.


Seterusnya, membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:

1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Justeru, kemerdekaan yang sebenar ialah :


Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia. Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam.


Minyak Naik! Terima Kasih Pemimpin


Sah! Memang kita bakal menikmati harga petrol yang baru mulai esok. Tahniah kepada kita semua kerana diberi hadiah yang istimewa sempena kemerdekaan yang ke-52 negara ini.


Ini juga hadiah terbaik kepada kita semua yang bakal balik ke kampung halaman sempena menyambut kedatangan Syawal kira-kira 3 minggu lagi.


Terima kasih kepada seluruh pimpinan negara yang bertungkus lumus menjaga kebajikan rakyat dengan menaikkan lagi kos hidup kami semua.


Tidak perlu diulas dengan lanjut, dan sekiranya ingin tahu lebih lanjut isi beritanya...sila klik di sini dan di sini. Yang pasti "Kita Berbangga Menjadi Rakyat Malaysia". Malaysia Boleh!

HADIAH MERDEKA!!! MINYAK NAIK LAGI?


KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Rakyat mendapat hadiah istimewa sempena menyambut Hari Kemerdekaan tahun ini apabila harga petrol dipercayai akan mula naik mulai tengah malam ini.

Menurut sumber, Ron 95 akan naik dari RM1.75 ke RM1.80 malam ini manakala F1 akan naik dari RM1,80 ke RM2.05. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada sebarang pengumuman rasmi mengenainya.

"Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri, inilah hadiah kerajaan BN kepada kita," kata Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.

PAS bersama dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat serta NGO prihatin telah beberapa kali membantah kenaikan minyak sehingga ramai antara mereka terpaksa bermalam dalam lokap.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan debat khas dengan Menteri Penerangan sebelum ini, Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak ini.

Dipercayai, kenaikan kali ini akan membuatkan kemarahan rakyat kembali semula dan bakal menjana protes sekali lagi.

Ini kerana, barangan keperluan harian sebagaimana biasa akan naik menjelang hari perayaan nanti.

"Kenaikan harga minyak akan menambahkan lagi beban rakyat," kata Salahudin.

Sumber Berita: Harakah Daily.net

30 Ogos 2009

Bertadarus Al-Quran Amalan Nabi s.a.w


Dari Ibn Abbas r.a., katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat-sangat pemurah (dan sentiasa bersedekah), lebih-lebih lagi kemurahannya dan sedekah pemberiannya dalam bulan Ramadhan, ketika malaikat Jibril datang menemuinya. Baginda ditemui oleh Jibril tiap-tiap malam dalam bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Qur'an bersama. Sebenarnya Rasulullah s.a.w. sangat-sangat bermurah hati dan sentiasa mengerjakan kebajikan (dengan tidak bertangguh lagi), lebih deras daripada hembusan angin (pembawa rahmat)"

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


" Setiap tahun sekali biasanya Jibril menyemak al-Quran denganku, tetapi pada tahun ini beliau menyemak denganku sebanyak 2 kali dan aku tidak menyangka demikian kecuali sudah dekat akan ajalku "

(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
" ... dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan turun kepada mereka ketenangan dan mereka diliputi oleh limpahan rahmat, mereka pula dilingkungi oleh malaikat, serta mereka dipuji oleh Allah Taala dalam kalangan (malaikat) yang ada disisinya".

(Hadith Sahih - Riwayat Muslim)


Demikianlah beberapa rantaian hadis berkaitan pembacaan Al-Quran. Nabi s.a.w sendiri mengerjakan amalan bertadarus di bulan Ramadhan bersama malaikat Jibril a.s, mengapa kita sebagai umat akhir zaman ini begitu berat untuk bertadarus? Nabi s.a.w setiap Ramadhan akan menyemak bacaan dan kandungan al-Quran yang diwahyukan kepada Baginda agar tidak salah disampaikan kepada umat Baginda. Kita? Apa salahnya kita luangkan sedikit masa untuk menyemak bacaan kita di bulan yang mulia ini dengan mengikuti aktiviti bertadarus yang dianjurkan samada di masjid, surau, atau di tempat-tempat kerja kita.


29 Ogos 2009

170,000 attend prayers at the Aqsa Mosque on the first Friday of Ramadan


OCCUPIED JERUSALEM, (PIC)-- Despite the Israeli occupation restrictions more than 170,000 Palestinian worshipers managed to make it to the Aqsa Mosque and attend the prayers on the first Friday of the Muslim holy month of Ramadan.

A statement by the Aqsa Foundation for Heritage and Endowment, issued on Friday afternoon, said that tens of thousands of worshippers attended the dawn prayers at the Aqsa Mosque, then droves of worshippers started arriving at the mosque. They were mostly Palestinians living in occupied Jerusalem and in 1948 occupied Palestine with a modest number of Palestinians from the West Bank because West Bank Palestinians need passes to enter occupied Jerusalem.

The foundation estimated the number of worshipers who attended the Friday prayers to be in excess of 170 thousand adding that the Bayareq Foundation runs about 130 coaches a day from various Palestinian towns and villages within the green line to the Aqsa Mosque in Jerusalem.
Sheikh Yousef Abu Sneinah, Imam of the Aqsa Mosque, praised those who despite the obstacles created by the occupation made it to the Aqsa Mosque and called for unity of Palestinians and Muslims.

Source: Infopalestina.com

IM: Itulah ketabahan umat Muhammad s.a.w walaupun berdepan halangan dan rintangan oleh pihak penguasa yang zalim. Demi menunaikan hak dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, mereka sanggup untuk berdepan bahaya untuk mendirikan sembahyang di masjid suci bagi umat Islam selepas Masjidil Haram. Seperti yang kita sedia maklum, Masjidil Aqsa tercatat sejarah penting Islam terutamanya peristiwa besar Isra' dan Mikraj Nabi s.a.w untuk bertemu Allah Subhanawataala secara langsung dan seterusnya mendapat kefardhuan solat 5 waktu sehari semalam yang kita kerjakan sehingga ke hari ini.

Semoga umat Islam terus sabar dan tabah berdepan puak-puak zionis yang kejam ini. Kita di Malaysia ini terlalu selesa, bebas untuk memasuki mana-mana masjid tanpa perlu diacukan senjata. Keselesaan ini menjadikan segelintir masyarakat Islam malas untuk beribadat di masjid.

Perlukah kita menunggu tiba waktunya sebagaimana yang dihadapi saudara kita di Palestin? Jangan! Kita tidak setabah mereka...

28 Ogos 2009

Jenayah Zionis: Perniagaan Organ Badan Shuhada' Palestin



Perniagaan organ badan para syuhada’ Palestin adalah satu jenayah yang sudah lama berlaku yang baru-baru ini menyebabkan pertelingkahan di antara orang-orang Sweden dan regim Zionis. Meskipun ia tidaklah dianggap sebagai jenayah yang utama, namun ia menambahkan satu lagi siri jenayah Zionis yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.


Wartawan Sweden, Donald Boustroum tidak berdusta ketika beliau melaporkan bagaimana beberapa keluarga Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza mendakwa tentera Zionis melakukan penculikan tersusun terhadap pemuda Palestin yang kemudiannya jenazah mereka dihantar pulang semula kepada keluarga mereka setelah beberapa organ badan mereka diambil. Beliau juga turut memberikan fakta jelas yang menunjukkan regim Zionis melakukan jenayah tersebut dengan tersusun terhadap rakyat Palestin yang diusir dari tanahair mereka secara paksaan.

Laporan oleh akhbar Sweden ‘Haafton Bladet’ menunjukkan kewujudan suatu perniagaan organ tubuh manusia yang laris di Israel kerana keperluan yang mendesak terhadapnya. Ia juga menunjukkan keterlibatan pihak berkuasa rasmi dan para doktor yang utama dalam hal ini. Ia juga menegaskan wujud bukti kehilangan beberapa pemuda Palestin selama 5 hari sebelum jenazah mereka dihantar pulang ke kawasan kediaman secara rahsia pada waktu malam dengan terdapat kesan pembedahan pada badan mereka.



sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

27 Ogos 2009

Sultan Kedah Perkenan Radzhi digugur sebagai Exco, Diganti ADUN Kulim



Sultan Kedah memperkenankan ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh, yang mengisytiharkan dirinya wakil bebas Ahad lalu, digugurkan daripada jawatan exco Kedah, berkuatkuasa semalam dan digantikan oleh ADUN Kulim dari PKR, Lim Soo Nee.

Titah perkenan Sultan Kedah itu juga diterima semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak."Perkara ini telah dimaklumkan kepada Mohd Radzhi melalui pembantu peribadinya kerana beliau tidak ada di pejabat, dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diarahkan untuk memaklumkan bahawa jawatan exco telah digugurkan mulai 25 Ogos," katanya dalam satu sidang media di Wisma Darul Aman, di Alor Star hari ini.

Ahad lalu, Mohd Radzhi yang juga exco pelancongan, pembangunan masyarakat dan sumber manusia, mengumumkan keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu.

Sementara itu, Azizan berkata majlis angkat sumpah pelantikan Lim Soo Nee untuk mengisi jawatan exco yang kosong itu, akan diadakan minggu depan."Majlis angkat sumpah akan dilakukan minggu depan kerana ramai pegawai-pegawai masih berada di luar negara dan kita kena tengok masa Tuanku," katanya.Pada 24 Ogos, Azizan menyembahkan surat kepada Sultan Kedah bagi memohon perkenan baginda supaya perkhidmatan Mohd Radzhi ditamatkan dan digantikan dengan orang lain.Azizan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sama ada akan melakukan penambahan atau perubahan portfolio exco berkenaan."Buat sementara, saya akan pegang portfolio itu (Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia), sebelum majlis angkat sumpah.

Sementara itu, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim berkata pemilihan Lim untuk menggantikan Mohd Radzhi dibuat selepas mencapai persetujuan hasil perbincangan antara Menteri Besar dan Penasihat parti itu.Katanya, pemilihan Lim juga mengambil kira faktor geografi kedudukan Lunas yang terletak berhampiran dengan Kulim.

26 Ogos 2009

Ekstremis Yahudi Dirikan Upacara Keagamaan di Masjid al-Aqsa

Selasa, 25/08/2009 – Amru Musa, Setiausaha Agung Liga Negara Arab mengutuk keras tindakan beberapa kumpulan ekstremis Yahudi yang menceroboh Masjid al-Aqsa dan mendirikan upacara keagamaan mereka yang dianggap sebagai tindakan pertama seumpamanya yang dilakukan oleh perampas pada bulan Ramadan, semenjak bandar al-Quds dijajah pada tahun 1967.

Musa berkata dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad (23/8) ketika memberikan komentar terhadap pencerobohan tersebut: “Tidak kira tindakan ini dilakukan pada bulan Ramadan atau di luar bulan Ramadan, secara jelasnya ia adalah perlanggaran yang memalukan terhadap undang-undang antarabangsa. Kami mengutuk sekeras-kerasnya dan tidak menerimanya.”

Terdahulu, beberapa kumpulan Yahudi telah menceroboh pada pagi hari Ahad lalu ke dalam halaman Masjid al-Aqsa dari arah Pintu al-Magharibah. Kumpulan tersebut melakukan rondaan dalam kawasan masjid diikuti dengan upacara keagamaan mereka dengan dikawal ketat oleh tentera Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

PPSMI: Apa khabar orang kampung? Orang bandar ok jer...

Sumber: malaysiakini
Inilah rupa bentuk perancangan pihak kerajaan berkaitan PPSMI. Kita perlu teliti betul-betul jadual di atas. Barulah kita akan sedar apa sebenarnya yang berlaku.
Ramai yang menentang dasar pendidikan ini. Malah, tidak kurang juga yang menyokong. Di antara golongan yang menyokong adalah 'golongan elit' di kota-kota.
Yang terkejut beruk dengan pelaksanaan PPSMI ini adalah anak-anak di luar bandar. Apa tidaknya, hari-hari bercakap bahasa ibunda masing-masing, alih-alih Inggeris mengambil alih. Bukan senang. Tak percaya, pergilah ke kawasan-kawasan pedalaman. Ada yang berkebolehan tapi sedikit sangat. Daripada 25 orang pelajar, 3 atau 4 orang sahaja yang ok. Yang lainnya ternganga.
Tanpa kita sedari, kita telah menutup ruang kepada masyarakat luar bandar untuk maju dalam pelajaran, sekaligus menutup ruang membela keluarga mereka yang sedia ada susah dari dulu, kini, dan mungkin selamanya.
Apapun jua, ini adalah hasil tangan pemimpin 'pilihan' rakyat Malaysia secara majoriti. Rakyat ini cuma bahan eksperimen yang hasil akhirnya boleh jadi baik dan boleh jadi kurang baik.

25 Ogos 2009

Datuk Shah Rukh Khan Sukar Berpuasa


MUMBAI: Jadual kerja yang sangat sibuk menjadi sebab beliau sukar untuk berpuasa sepanjang Ramadan.

Namun pelakon terkenal, Shah Rukh Khan berkata beliau masih berpuasa sekurang-kurangnya beberapa hari dalam bulan Ramadan.

Shah Rukh memberitahu satu agensi berita bahawa setiap tahun beliau berazam "untuk berpuasa sekurang-kurangnya tiga hingga empat hari ketika Ramadan."

Bagaimanapun, tuntutan profesionalnya menjadikannya mustahil untuk berpuasa melebihi tempoh itu. Shah Rukh atau SRK berkata beliau sering tidak berpuasa kebelakangan ini kerana mengambil ubat akibat masalah sakit belakang. – Sumber berita: Berita Harian Online



IM: 'Memang layak' Datuk ini mendapat gelaran Datuk. Pasti ada yang berkata dalam hati...memberi gelaran itu bukan hak kita, maka jangan dipertikai... Bagi ana lah, lagi layak gelaran tersebut diberi kepada seluruh tok iman dan tok bilal di seluruh negara kerana mereka tidak jemu-jemu mengajak kita kepada iman dan Islam. Hari-hari berbakti melaungkan azan, mengimarahkan surau mahupun masjid...Apa boleh buat? Dasar dunia memang begitu!

Ana teringat akan hadis ini,

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."[Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah]

Tepuk dada tanya iman... Dek kerana 'tuntutan profesional', tuntutan Allah diketepikan. Yang pasti, kita semua akan kembali menemui Allah yang menjadikan kita yang kerdil ini.

Allah memberi amaran kepada kita melalui Ayat 28 Surah al-Baqarah seperti berikut;

"Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)".

Semoga kita semua sentiasa insaf dan bertaubat dari hari ke hari di atas setiap perlakuan dosa yang mungkin kita lakukan tanpa disengajakan atau tidak disedari. Bagi yang melakukan dosa secara terang-terangan, taubat nasuha adalah jalan yang terbaik baginya. Sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk golongan mukmin sekalian lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini.

Bukanlah nak fokus sangat pada Datuk Shah ni sebenarnya. Tapi, inilah iktibar kepada kita semua. Mungkin ramai yang menjadikannya idola dan meminatinya. Anak kecil 4 tahun 10 bulan boleh 'menahan lapar dan dahaga', ini orang tua ! Datuk lagi tu!

Tak mengapalah, kita tinggalkan kisah Datuk Shah, kita teruskan ibadat kita sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Semoga amal baik kita sentiasa diterima oleh Allah dan mendapat ganjaran pahala dari-Nya. InsyaAllah.

Keputusan Rasmi PRK Permatang Pasir


PAS Mohd Salleh Man = 9,618 undi

BN Rohaizat Othman = 5,067 undi

Majoriti = 4,551

Peratus = 73.1 peratus

Tahniah kepada yang menang! Bagi yang kalah, redhalah dengan pilihan rakyat.

Maka, Agreaget PRK berubah menjadi 7-1.

Istimewanya Puasa Dalam Islam

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.

Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan.

Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."[Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah]

Berikut disenaraikan beberapa keistimewaan puasa di dalam Islam;

  • Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat berdoa diampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hamba-Ku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
  • Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
  • Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
  • Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
  • Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
  • Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
  • Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
  • Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
  • Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.

Sama-samalah kita meneruskan ibadat puasa wajib di bulan Ramadhan yang mulia ini. Semoga puasa kita dan ibadat kita diterima oleh Allah dan terhindar daripada golongan yang hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata.

Ada Juga Manusia Takutkan "Kartun"?!



Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun pagi ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang mengusik "Orang No.1" Negara. Bacaan lanjut (Klik Di sini).

Ada juga manusia yang takutkan "Kartun". ???

Tinjauan memihak kepada PAS

Sumber: Buletin Online

Sumber: mStar Online


Apa-apapun secara realitinya di atas kertas undi.

Akhlak Islam berpandukan Al-Quran


"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1) Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; (2) Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah; (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan; (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. (5) Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya), (6) Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya. (7) (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan)." [Al-Alaq: 1-7]
Al-Quran sumber bagi hukum-hukum dan peraturan-peraturan yang menyusun tingkahlaku dan akhlak manusia.

Al-Quran menentukan sesuatu yang halal dan haram, apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Al-Quran menentukan bagaimana sepatutnya kelakuan manusia. Al-Quran juga menentukan perkara yang baik dan tidak baik.

Justeru itu al-Quran menjadi sumber yang menentukan akhlak dan nilai-nilai kehidupan ini.

Al-Quran mengharamkan yang buruk dan keji serta melarang manusia melakukannya. Al-Quran melarang manusia minum arak, memakan riba, bersikap angkuh dan sombong terhadap Allah, satu-satu kaum menghina kaum yang lain.

Al-Quran melarang pencerobohan, fitnah dan berbunuhan. Al-Quranmelarang menyebarkan maklumat mengenai perkara-perkara keji.

Al-Quran mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah S.W.T., bertaqwa kepada-Nya, mempunyai sangkaan baik terhadap-Nya. Al-Quran juga mengajak manusia berfikir, cinta kepada kebenaran, bersedia menerima kebenaran. Malah mengajak manusia supaya berilmu dan berbudaya ilmu.

Al-Quran juga mengajak manusia supaya berhati lembut, berjiwa mulia, sabar, tekun, berjihad, menegakkan kebenaran dan kebaikan. Al-Quran mengajak manusia supaya bersatu padu, berkeluarga dan mengukuhkan hubungan silaturrahim.

Jelaslah bahawa al-Ouran menjadi sumber nilai-nilai dan akhlak mulia. Penampilan akhlak mulia dalam al-Ouran, tidak bersifat teoritikal semata-mata, tetapi secara praktikal berdasarkan realiti dalam sejarah manusia sepanjang zaman. Al-Quran adalah sumber yang kaya dan berkesan untuk manusia memahami akhlak mulia dan menghayatinya.

Maka seharusnyalah kita sebagai insan yang sangat kerdil ini untuk menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian kita, lagi-lagi di bulan Ramadhan iaitu bulan di mana Al-Quran itu mula diturunkan secara berperingkat-peringkat oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril a.s.

Sejajar dengan itu, marilah kita sama-sama mencuba untuk mengkhatamkan bacaan Al-Quran pada bulan ini. Mungkin pada bulan-bulan kita kurang membacanya, tapi kita cuba korbankan sedikit masa pada bulan yang mulia ini untuk bersahabat dengan kitab suci ini.


PRK Permatang Pasir membuka gelanggang

Pusat-pusat pengundian sudah mula dibuka pagi ini bagi memberi ruang dan peluang kepada seluruh pemilih yang berkelayakan di N11 DUN Permatang Pasir. Semoga keseluruhan proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Almaklumlah, akhir-akhir ini demi kuasa manusia sanggup melakukan apa saja tanpa mengira bancian yang bakal dibuat oleh Allah di hari akhir kelak.

Dengan izin Allah, menjelang lewat petang ini kita bakal menyaksikan keputusan pilihan rakyat di DUN berkenaan. Penggal ini sahaja tercatat sejarah yang tersendiri berkaitan kekerapan berlakunya Pilihanraya Kecil (PRK) atas sebab yang pelbagai. Bagi PRK kali ke-8 ini kita bakal menyaksikan keputusan sama ada kedudukan menjadi 7-1 atau 6-2. Sama-samalah kita menanti dengan sabar.

Bagi ingatan kita semua, setiap kerja buat kita di dunia ini merupakan ujian dan bakal dihitung satu persatu tanpa terlepas walau sebesar zarah sekalipun. Maka, setiap keputusan dan pilihan yang kita buat di dalam kerja buat seharian kita perlulah menepati standard mahupun piawai yang telah ditetapkan oleh Tuan Punya Dunia ini.

Memilih jalan yang selain daripada 'dasar' Allah, maka kita akan tergolong daripada golongan yang ingkar. Dan, memilih jalan yang selari dengan 'dasar' Allah, InsyaAllah laju sepantas kilat perjalanan kita di titi sirat.

Tepuk dada tanya iman! Janganlah kita membuat keputusan yang silap di dunia hinggakan kita menyesal tak berkesudahan di akhirat kelak. Benar! Kesudahan kita cuma ada dua sahaja. Sama ada SYURGA atau NERAKA. Jika inginkan syurga, maka kita perlu berakhlak seperti ahli syurga, dan jika inginkan sebaliknya, maka buatlah semahu-mahu nafsu!

Wallahu'alam.

Wassalam.

CIA 'threatened' terror suspects

Source: BBC

Handguns, electric drills and mock executions were used by CIA agents to elicit information from terror suspects, US media have reported.


The reports contain details of a 2004 review by the CIA's inspector general that has been kept secret but is now due to be released next week.


Publication of the CIA report was ordered after a legal challenge by the American Civil Liberties Union.

The US has banned harsh interrogation methods, including death threats.


The gun and the drill were brought into an interrogation session of suspected USS Cole bomber and alleged al-Qaeda commander Rahim al-Nashiri, according to reports in the Washington Post, Newsweek magazine and AP news agency. (...read more here...)




IM: Kezaliman terhadap tahanan yang dianggap 'pengganas' yang mana belum pernah dapat dibuktikan hingga ke hari ini sememangnya diketahui umum, namun, atas nama keselamatan dan propaganda melampau pihak yang digelar 'kuasa besar' dunia ini menyebabkan tidak ada pihak yang tampil secara serius untuk membela nasib mangsa tahanan tanpa bicara tersebut.

Semoga, negaraku Malaysia tidak digunapakai peraturan, atau undang-undang, atau dasar yang serupa ini demi kerana kepentingan 'kekuasaan' dunia yang hanya bersifat sementara.

Jika ada dan diteruskan juga, maka kita tiada bezanya dengan kezaliman yang dilakukan oleh 'kuasa besar dunia' tersebut.

Tepuk dada tanya iman. Jangan tanya pada selera kerana selera memang tidak pernah puas malah selera itulah yang melahirkan kezaliman yang tidak pernah padam. Jika tanya pada iman, sekurang-kurangnya terdetik di dasar hati kecil rasa takut kepada KUASA yang lebih berkuasa daripada yang berkuasa di dunia!



24 Ogos 2009

PESANAN TOK GURU KEPADA PENGUNDI PERMATANG PASIR


“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Sebahagian dari Ayat 5 : Surah Al Bayyinah)
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh
Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,
Alhamdulillah. Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah 8 warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.
Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah 3 penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah 15 tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi Dewan Undangan di Permatang Pasir ini.
Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal. Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti Umno yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh Umno inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulin itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di DUN Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.
Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari Umno/BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar. InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi.
Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Dato’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan Umno dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang.
Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. Umno ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut.
Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidak adilan. Undilah Sdr. Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.
“Ya Allah, saksikanlah. Hamba sesungguhnya sudah menyampaikan.”
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PASMerangkap Menteri Besar Kelantan
Tanggal: 1 Ramadhan 1430 / 22 Ogos 2009.

23 Ogos 2009

ADUN Lunas Lompat Dari PKR Mencari keBebasan

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.

Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.

Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya."

Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin.

"Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu.

"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.

Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan perdana menteri".

Beliau akan terus kekal dengan jawatan exco pelancongan Kedah kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi. Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya.

"Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi. -Sumber: malaysiakini/-

Rantaian Hadis Berkaitan Puasa

Hadis Pertama
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."



Hadis Kedua
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."



Hadis Ketiga
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."



Hadis Keempat
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."



Hadis Kelima
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang makan sahur."



Hadis Keenam
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (dari sudut syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Fadhilat Solat Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (k.w.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.


6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.


8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.


9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.


11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.


12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.


15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.


16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.


18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.


21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.


27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.


29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.


30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



IM: Sekadar ingatan dan motivasi bagi diri ini yang sering lalai dan alpa.

21 Ogos 2009

Selamat Menyambut Ramadhan 1430H

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua. Beberapa detik sahaja lagi kita bakal melangkah ke hari baru dan bulan baru, dan sebaik sahaja selesai solat Isya' pada malam nanti seluruh umat Islam akan berbondong-bondong mengerjakan solat sunat Terawih di masjid-masjid atau surau-surau atau di mana sahaja.

Sesuatu yang bakal mengkagumkan kita sebagai muslim apabila tibanya bulan yang mulia ini di mana muslimin muslimat, kecil besar, tua muda semuanya berlumba-lumba mencari pahala besar yang dijanjikan oleh Allah sempena bulan ibadat ini. Namun, terdapat juga segelintir manusia yang tetap seperti dahulu, Ramadhan tidak membawa sebarang erti bagi dirinya dan menganggap Ramadhan seperti bulan-bulan lain. Sesungguhnya golongan ini adalah golongan yang rugi. Semoga kita semua dijauhkan dari golongan seperti itu dan semoga kita semua diberi hidayah petunjuk oleh Allah Taala.

Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan, dan penghujungnya pembebasan dari api neraka. Itulah istimewanya Ramadhan.

Seharusnya, dengan bonus usia yang dikurniakan oleh Allah kepada kita dapat dimanfaatkan sebaiknya agar kita tidak terlepas daripada pahala berlipat ganda yang bakal kita tuai di hari akhirat kelak.



Sedaya upaya mungkin, sama-sama kita cuba untuk mengkhatamkan bacaan al-Quran sempena bulan turunnya al-Quran ini. Kita berharap agar Ramadhan yang datang kepada kita mampu memberi impak yang positif kepada kita sehingga bulan ini mampu memadamkan dosa-dosa lalu yang kita lakukan. Umpama makbulnya doa Nabi Yusuf a.s putera Nabi Allah Yakub a.s terhadap kesilapan yang dilakukan oleh 11 adik beradiknya yang lain.

Menunaikan amalan sunat di bulan Ramadhan juga diberikan ganjaran mengerjakan sebagaimana mengerjakan pahala fardhu, manakala mengerjakan amalan yang fardhu kita diberikan pahala sebanyak 70 kali ganda. Begitu istimewanya bulan ini kepada kita selaku umat Islam. Pintu sudah dibuka, terpulanglah kepada kita ingin memasukinya ataupun tidak.

Semoga kita semua melangkahkan kaki kita dengan penuh bersemangat di bulan Ramadhan ini agar kita dapat mendapat saham akhirat yang tidak ternilai harganya.



SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT kepada muslimin dan muslimat sekalian.

20 Ogos 2009

Video: Kenyataan TG Nik Abdul Aziz

Serangan bertali arus terhadap Tok Guru Nik Abd Aziz (TGNA) terhadap kenyataannya yang ditafsir dalam pelbagai versi. Kebetulan pula kenyataan itu dibuat menjelang PRK Permatang Pasir yang sedang dilanda demam kempen dan bakal menjalani proses pengundian 25 Ogos ini.

Akan tetapi, belum diberi ruang kepada beliau untuk membuat penjelasan berkaitan kenyataannya di saluran media perdana. Malah mufti turut mengulas kenyataan tersebut setelah membaca laporan 'melampau' yang telah dibuat oleh wartawan tersebut.

Jika diteliti penjelasan TGNA melalui video di atas, beliau dengan jelas menyatakan bahawa mana-mana individu yang mengasingkan iman daripada Islam mustahil untuk masuk syurga. Dasar yang digunapakai oleh pemerintah negara pada masa ini perlu diubah daripada dasar kebangsaan kepada dasar berlandaskan Islam agar menepati kehendak Islam sepenuhnya. Selagi dasar tersebut tidak diubah, maka, pemerintahan tersebut tidak berlandaskan Islam atau dengan kata lain disebut sebagai "Bukan Kerajaan (Negara) Islam".

Malah, di zaman Nabi Muhammad s.a.w telah wujud manusia-manusia yang cuba untuk memisahkan tatacara kehidupan di dunia dengan hari akhirat dengan mengasingkan iman daripada Islam. Sebagai contoh, terbinanya Masjid Dirar yang dibina oleh golongan munafik pada masa itu bertujuan untuk memecahbelahkan umat Islam yang mengikuti ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Maka, kenyataan seperti ini , ini, ini, dan ini, tidak perlu kita terima secara bulat-bulat kerana kesahihannya boleh dipertikaikan kerana penulis yang menulis berita sedemikian adalah 'orang biasa' yang kadang-kadang salah dengar, salah lihat dan salah tafsir.

IM-Mencari yang benar, cinta yang benar, ikutlah yang benar.


19 Ogos 2009

Mungkinkah PRK ke-9 di DUN Kota Siputeh?

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan. -malaysiakini/-

18 Ogos 2009

Kenyataan TG Nik Abd Aziz diputar belit

Rupa-rupanya betul! Kenyataan 'sekerat' yang saya maksudkan itu telah diputar belitkan. Rupa-rupanya pemutar belit itu tidak menjadi pendengar yang baik. Demi populariti dan hits berita yang mempunyai nilai 'publisiti murahan', penulis sanggup memberi fakta yang lari dari keadaan sebenar.



Malah, mufti juga begitu tergesa-gesa dalam memberikan 'fatwa' berhubung isu ini. Di masa akan datang, semua pihak haruslah meminta penjelasan yang sebetulnya daripada orangnya. Banyak lagi tugas besar seorang mufti seperti menangani masalah akidah remaja, budaya remaja yang nampak menyimpang dari jalan Islam, pentadbiran dan urus tadbir sesebuah organisasi yang bercanggah dari hukum Allah, undang-undang Islam yang tidak ditegakkan, dan banyak lagi jika ingin disenaraikan. Demi kepentingan pihak tertentu, maka disegerakan kenyataan yang memihak tersebut.

Penjelasan sebenar TG Nik Abdul Aziz, sila klik di sini dan di sini.

UMNO-PAS Bertarung




Pertembungan tradisi UMNO-PAS di N11 Permatang Pasir bakal disaksikan pada Pilihanraya kecil (PRK) kali ke-8.
Pertandingan 1 lawan 1 ini menguji kekuatan kedua-dua parti utama dalam negara ini setelah 'gangguan' daripada calon bebas tidak kesampaian walaupun diberitakan 4 atau 5 borang telah diambil namun tidak berjaya untuk dicalonkan.
UMNO diwakili Rohaizat Othman, manakala PAS mempertaruhkan Salleh Man sebagai calon.
Penamaan calon semalan agak tenang walaupun terdapat isu kecil yang melibatkan YB Gobalakrishnan (klik) yang dihalang oleh pihak polis daripada memberi ucapan menggunakan pembesar suara.
Akhbar arus perdana hari ini sudah memulakan serangan awal dengan membangkitkan pelbagai isu dan kenyataan pimpinan tertentu bagi meraih sokongan pengundi di Permatang Pasir.
Tidak ketinggalan dalam memberikan kenyataan agak memihak adalah mufti 'kerajaan' yang bukan kali pertama berbuat demikian. Kenyataan 'sekerat' daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz (klik) yang menyatakan bahawa "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka" dijadikan isu 'simpati' di awal kempen PRK kali ini.
Walau apa jua mehnah dan tribulasi yang kita saksikan, kita yakini bahawa pengundi di N11 bijak memilih yang terbaik bagi mewakili mereka di dunia dan akhirat.

15 Ogos 2009

Tips Puasa




Menurut Ibn Qudamah al-Maqdisi, hakikat puasa perlu dizahirkan dalam 5 perkara:

PENGLIHATAN
Merendahkan pandangan daripada melihat sesuatu yang ditegah dan boleh melalaikan hati daripada mengingati Allah.

LISAN
Lidah perlu dipelihara daripada berdusta, mengumpat, memfitnah dan sebagainya.

PENDENGARAN
Menahan pendengaran daripada mendengar perkara yang dusta atau umpatan kerana sesuatu yang haram dituturkan, haram juga didengari.

ANGGOTA YANG LAIN
Menahan seluruh anggota badan seperti tangan, kaki, perut dan sebagainya daripada melakukan maksiat seperti mencuri, melangkah ke tempat-tempat maksiat, makan dari hasil yang haram dan lain-lain.

HATI
Setelah berbuka, perasaan antara berharap dan takut ibadah puasa tidak diterima Allah perlu menghiasi ibadah puasa.

Tips Kebahagian Rumah Tangga


Seorang ibu bernama Umamah Binti Harith mewasiatkan kepada anak perempuannya yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang anak Raja Yaman, Al-Harith Bin Amru:

"Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu sepuluh perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam rumah tangga. Sepuluh perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Jalinkan hubungan dengan suamimu dengan penuh ketaatan, perhatikan perkara yang menjadi kesenangannya dan janganlah sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang tidak enak.

2. Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.

3. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

4. Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik.

5. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatan suami, dan simpan segala rahsianya dengan baik.

6. Jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

7. Jagalah waktu makannya dan waktu beristirehat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan.

8. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula. Kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

9. Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatao wajahmu.

10. Jadikanlah dirimu sebagai pembantu kepadanya, nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

H1N1 Terus Meragut Nyawa

Flu babi atau H1N1 terus meragut nyawa rakyat Malaysia. Sehingga detik ini, sudah 59 mangsa yang meninggal dunia di samping ratusan kes baru dicatatkan (baca di sini). Sebagaimana kebiasaan, pihak bertanggungjawab tidak sudah-sudah menyatakan punca kematian mangsa. Obes, asma, jantung dan sebagainya penyakit berisiko yang lain.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah lali dengan alasan yang diberikan oleh pihak berkenaan. Tindakan yang betul-betul berkesan belum lagi kelihatan selain daripada pengumuman bilangan kematian, peningkatan kes, dan menyalahkan sejarah kesihatan si mangsa yang menyebabkan kematian tersebut.

Sudah kebuntuan jalan keluarkah pihak yang bertanggungjawab dalam menangani wabak ini? Seolah-olah mereka hanya menjadi pemerhati kepada kematian demi kematian, dan hanya menjadi pakar statistik dalam mengira kes yang berlaku.

Usaha yang mengingatkan orang ramai supaya kerap mencuci tangan, menggunakan penutup hidung, mengurangkan aktiviti sosial di tempat yang sesak, dan seumpamanya boleh dianggap perkara biasa dan siapa-siapa pun boleh membuat pengumuman sedemikian yang mana tidak memerlukan kepakaran pun.

Apakah kita juga terus dengan keadaan santai dan tidak sedikit pun rasa kebimbangan dengan keadaan ini. Sebagai Muslim, kita percaya bahawa wabak seperti ini adalah satu musibah dan bala yang diturunkan akibat daripada berlaku beberapa perlanggaran hukum Tuhan oleh manusia. Jalan kita adalah mengharap kasih Allah. Solat hajatt dan terus bermunajat kepada-Nya agar terhindar dari wabak dan ujian yang besar ini.

Sebagai rakyat pula, kita perlu merenung sejenak kepada apa yang berlaku di dalam negara kita dan tanyakan beberapa persoalan agar kita dapat melihat jawapan kepada turunnya wabak dan bala seperti ini. Adakah kita telah melaksanakan keseluruhan perintah Allah? Adakah berlaku perlanggaran terhadap hukum Allah dalam kehidupan seeharian? Acara/program yang dilaksanakan di dalam negara menepati kehendak hukum Allah? Adakah hukum Allah tertegak di bumi Malaysia?!

Wallahu'alam. Sesungguhnya hanya Allah yang mengetahui hikmah di sebalik setiap yang berlaku.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

[Al-Baqarah: 214]

PRK: Dijangka 3 penjuru di Permatang Pasir.

Kem BN ketika mengumumkan calon yang mewakili parti tersebut dalam PRK Permatang Pasir.


Kem PR ketika mengumumkan calonnya untuk PRK Permatang Pasir.
PRK DUN Permatang Pasir bakal menemukan pertembungan tradisi di antara BN dan PR. Desus-desas kedengaran akan ada calon bebas yang bakal mencuba bakat pada pemilihan tersebut. Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman bakal menggalas tanggungjawab sebagai wakil BN, manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man akan diamanahkan sebagai calon PR pada PRK yang dijadualkan berlangsung pada 25 Ogos. Kamarul Ramizu Idris yang tewas dalam percubaannya di Bukit Gantang dan Penanti disebut-sebut bakal turut bertanding.
Bagi seluruh rakyat yang layak membuat pemilihan di DUN Permatang Pasir, diingatkan bahawa dalam kehidupan seharian kita senantiasa diminta untuk membuat pilihan. Sama ada pilihan di jalan taqwa atau jalan kufur. Begitu juga 25 Ogos ini. Anda boleh memilih apa jua jalan, sam ada jalan menuju taqwa atau jalan menuju kekufuran. Kenapa? Kerana Allah hanya menyediakan dua pilihan, sama ada syurga atau neraka.
Selamat bertanding kepada bakal calon, dan selamat 'memangkah' kepada yang layak.

14 Ogos 2009

Doa Ringkas Selepas Solat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amy Search

13 Ogos 2009

Hadiah Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani



USTAZ ASRI IBRAHIM (RABBANI) - (3 Ogos 1969- 13 Ogos 2009)

Pergi buat selama-lamanya untuk bertemu Illahi jam 10.30 pagi 22 Syaaban. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang soleh.

Sama-sama kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah untuk beliau. Al-Fatihah...

Penawar Bagi Manusia



Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus: 57)


Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (An-Nahl : 69)


Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua. (Al-Isra : 82)


Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata). (Fussilat : 44)

12 Ogos 2009

H1N1 Satu Konspirasi?

Flu babi atau lebih popular disebut H1N1 semakin hari semakin meningkat kadar kematian yang dicatatkan. Adakah kita masih dalam keadaan relaks dan santai dengan peningkatan yang dicatatkan tersebut. Sehingga ke petang tadi, 44 nyawa telah dicabut oleh malaikat maut, yang mana sebab musababnya adalah flu babi ini.

Cuba kita renung sejenak dengan permasalahan yang timbul ini. Kalau dulu dengan selesema burungnya, dan sebelumnya heboh dengan penyakit SARS (Severe acute respiratory syndrome), dan ada juga penyakit lembu gila. Mengapa penyakit ini datang pada jangka masa yang tertentu sahaja. Terfikir di benak pemikiran saya, ini adalah 'konspirasi' jahat pihak tertentu di dunia ini yang berideologi "Kesihatan adalah perniagaan". Maksudnya, datangnya sesuatu penyakit yang pelik-pelik ini umpama satu produk baharu dari makmal! Penyakit dicipta bersama ubatnya!

Benar atau tidak perkara ini, wallahu'alam... Namun, sebagai seorang yang Muslim, kita harus percaya bahawa semua yang terjadi itu adalah dengan izin Allah. Sudah pasti ini adalah satu ujian bagi orang yang beriman.

Contohnya begini, di jalan raya terutama di lebuh raya, satu ketika dahulu riuh dengan isu 'tabur paku' dan tidak jauh dari lokasi tersebut terdapat 'geng repair tayar', yang akan datang seerta merta apabila jerat mengena mangsa! Dan, isu curah minyak di atas jalan pun situasinya sama, cuma bezanya pada perkhidmatannya (lori tarik). Itu yang berlaku di Malaysia. Tetapi, ini isu global!

Persoalannya, siapakah dalang utama di sebalik semua yang terjadi ini. Cuba anda luangkan sedikit masa untuk merenung isu artikel pada link ini...(Klik dan klik)

Dan...

Tanya diri kita...

Who is WHO???

Mendewa-dewakan pemimpin



Ini apa cerita pula...masya-Allah ta barakallah...Astagfirullahal'azim... Patung tidak bernama ini mengalahkan saiz patung keemasan di belakang sana. Tetapi setelah bising di sana dan di sini, akhirnya ia dirobohkan semula.

11 Ogos 2009

Mengubati orang lain tanpa ilmu



Dari Abdullah bin 'Amar, beliau berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang mengubati seseorang, sedang dia tidak mengetahui cara pengubatan sebelumnya, maka dia akan menjadi penjamin."

(Hadis Riwayat: Abu Daud, an-Nasa'i, dan Ibnu Majah)


Menurut, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki, seseorang yang mengubat orang lain tanpa ada ilmu perubatan (moden atau tradisional), sedangkan orang yang diubati itu meninggal dunia, dia perlu membayar kepada keluarga/waris si mati tersebut dengan hitungan 100 ekor unta yang bersamaan RM250 000 (Jika seekor unta berharga RM2500).

Istimewa Uban Dalam Islam

Dari Abdullah bin 'Amar, belian berkata: "Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian mencabut uban, kerana dia adalah cahaya seorang Muslim, tidak ada seorang Muslim pun yang beruban dalam Islam, melainkan akan ditulis baginya satu kebaikan, diangkat satu darjat atau akan terhapus satu kesalahan."

(Hadis Riwayat: Ahmad, Abu Daud, at-Turmidzi, an-Nasa'i, dan Ibnu Majah)

Jauh dari Murka Allah?

Dari Abdullah bin 'Amar, bahawasanya beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Apakah perkara yang dapat menjauhkan saya dari murka Allah?" Baginda bersabda: "Janganlah kamu marah." (Hadits Riwayat: Ahmad)

8 Ogos 2009

Bagaimana nak jawab SALAM 1MALAYSIA ni!!!!???

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
"Hak seorang muslim terhadap seorang muslim enam perkara."
Lalu beliau ditanya orang, "Apa yang enam perkara itu ya Rasulullah?"
Jawab beliau, "1. Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam kepadanya, 2. Apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, 3. Apabila dia minta nasihat, berilah dia nasihat, 4. Apabila dia bersin lalu dia membaca tahmid, doakanlah semoga dia beroleh rahmat, 5.Apabila dia sakit, kunjungilah dia, 6.Dan apabila dia meninggal, ikutlah menghantar jenazahnya ke kubur. "

Sementara itu, Anas r.a katanya: "Para sahabat Nabi s.a.w bertanya kepada beliau, "Jika ahli kitab memberi salam kepada kami, bagaimana kami menjawabnya?" Jawab beliau, "Wa'alaikum."

Seterusnya, dari 'Abdullah bin Dinay r.a, bahawasanya dia mendengar Ibnu 'Umar bertanya kepada Rasulullah s.a.w maka jawab beliau, "Orang-orang Yahudi, apabila dia memberi salam kepadamu, maka ada salah seorang di antara mereka yang mengucapkan: Assaamu 'alaikum (racun untukmu). Maka jawablah, 'Alaika!"

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Janganlah kamu mendahului orang-orang Yahudi dan Nasrani memberi salam."


Begitu jelas Rasulullah s.a.w menerangkan berkaitan salam beserta keutamaan dan pentingnya salam sesama orang muslim. Namun, mutakhir ini setelah berdekad lamanya amalan pengucapan salam yang selari dengan Islam digunapakai di TV dan Radio di Malaysia telah diubahcaranya. Secara sedar atau tidak, pembaharuan yang telah dilakukan pihak terbabit amat memilukan kita sebagai umat Islam yang mengaku bahawa Malaysia sebuah negara Islam. Stesyen Tv dan Radio begitu rancak mencanangkan ucapan "SALAM SATU(1) MALAYSIA" kepada seluruh rakyat Malaysia agar selari dengan pembawaan kepimpinan negara.

Persoalannya di sini, bagaimana kita hendak menjawab salam jenis ini?! Atau kita mengenepikan seruan Rasullullah s.a.w agar memberi dan menjawab salam?

Belum pun reda dengan kecelaruan konsep "Hadhari"! Kini, kita dipeningkan dengan kaedah salam baharu yang dikenali sebagai "SALAM SATU MALAYSIA".

Perlukah kita menjawab dengan, "Wa'alaikum" atau "Alaika" atau APA?

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Hujraat:1)

Di manakah para ilmuan agama? Di manakah para alim agama? Di manakah para mufti kerajaan? Ayuh...jernihkan keadaan ini agar rakyat tidak terus dicelarukan!!!

7 Ogos 2009

Jadual Kuliah Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki

JADUAL KULIAH BERSAMA:
TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI

7/8/2009
Selepas solat Maghrib di Masjid Al-Mutaqqin, Taman Mahsuri, Jitra.


8 hingga 11 Ogos 2009
Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
9.00 am - 12.00 pm & 8.00pm - 10.00pm


12 hingga 14 Ogos 2009
Masjid Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah
9.00 am - 12.00 pm & 8.00pm - 10.00pm

Semua muslimin/muslimat dijemput hadir. InsyaAllah.

5 Ogos 2009

Kata-kata hikmah buat renungan - Hamka

  • Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu, iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.

  • Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.

  • Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.

  • Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.

  • Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia namun kepercayaan tentang adanya ALLAH itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.

-Hamka-

4 Ogos 2009

Mahmoud Ahmadinejad Presiden Iran Untuk Penggal Kedua




Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, kanan, menerima perlantikan sebagai Presiden daripada Ayatollah Ali Khamenei untuk penggal kedua di Tehran, Iran, Isnin, 3 Ogos 2009.
-Associated Press/-

Calon Permatang Pasir?


...ciri calon yang dicari ialah orang yang tidak melakukan maksiat, tidak mengulangi dosa kecil, tidak melakukan dosa besar serta mempunyai keperibadian yang boleh diterima semua kaum di kawasan Permatang Pasir...
-Dr. Mujahid Yusof Rawa-

Boleh Lari Dari Maut?


Sulaiman bin Mahran, seorang ulama tabi'in meriwayatkan;


Ada seseorang sedang duduk bersama Nabi Sulaiman a.s. Tiba-tiba ada tetamu masuk, lalu pandangannya terpaku kepada teman Nabi Sulaiman a.s ketika itu. Ketika tetamunya itu keluar, dia bertanya,


"Wahai Nabi Allah, siapakah orang yang datang menemuimu sebentar tadi?"


Beliau menjawab, "Dia adalah malaikat maut."


Dia berkata,"Wahai Nabi Allah, daku melihat dia terus memerhatikanku, jangan-jangan dia hendak mencabut nyawaku."


"Maka, apa rancanganmu?" Soal Nabi Sulaiman a.s


Dia menjawab, "Wahai Nabi Allah, daku mohon agar tuan sudi memerintahkan angin untuk membawaku ke pulau seberang lautan yang paling jauh."


Lalu Allah mewahyukan kepada Nabi Sulaiman a.s untuk melakukannya, lalu baginda memerintahkan angin dan angin pun membawa orang itu ke tempat yang dia kehendaki. Tidak berapa lama dia tiba di tempat yang dihajati, malaikat maut pun sampai langsung mencabut nyawanya.


Kemudian, malaikat maut kembali menemui Nabi Sulaiman a.s. Nabi Sulaiman a.s bertanya,


"Aku perhatikan kamu tadi ada di sini, memerhatikan temanku itu."


Malaikat menjawab, "Ya, aku berasa hairan terhadapnya. Mengapa ia masih bersamamu di sini? Sedangkan diperintahkan mencabut nyawanya di negeri yang jauh dari sini. Ketika aku hendak keluar dari tempatmu di sini, lalu diperintahkan kepadaku, 'Cabutlah nyawanya, kerana ia sudah berada di tempat di mana aku diperintahkan untuk mencabut nyawanya, lalu aku cabut nyawanya.'

[Al-Aqibah fi Zikril Maut, Abdul Haq al-Asyabili]



Benarlah firman Allah:

"KAtakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu."

[Surah al-Juma'ah:8]

Ayah Derhaka?


Sayidina Umar al-Khattab sering mencontohi Baginda Rasulullah S.A.W dalam berkomunikasi. Suatu hari, datang seorang bapa mengadu kepadanya tentang anaknya yang selalu derhaka kepadanya.

Khalifah Umar kemudiannya berjumpa dan bertanya kepada anak tersebut;

Khalifah Umar: Kenapa kamu derhaka kepada ayahmu?

Anak: Wahai Amirul Mukminin. Apakah hak yang perlu ditunaikan oleh seorang ayah?

Khalifah Umar: Memberikan nama yang baik, memilih ibu yang baik dan mengajarkannya al-Quran.

Anak: Wahai Amirul Mukminin, ayahku tidak melaksanakan hak kepada daku.

Khalifah Umar menjeling kepada si ayah seraya berkata, "Kamu telah derhaka kepada anakmu sebelum anakmu menderhakaimu."

***

IM: Dua hari lepas, ada hamba Allah (remaja) yang bercerita kepada saya perlakuan bapanya yang kerapkali memukul dan membelasahnya sejak kecil sehingga tamat persekolahan gara-gara gagal mendapatkan anak perempuan! Saya lihat parut dikepalanya yang agak dalam kesan daripada ketukan yang telah dilakukan. Rasa simpati dan terkilan saya timbul apabila melihat keadaannya dan luahan yang telah dibuatnya. Hati saya berkata...sanggup seeorang ayah melepaskan masalahnya terhadap anak kandung sendiri padahal anak adalah amanah daripada Allah yang perlu dijaga, dibelai, dididik dengan penuh kasih sayang agar membesar menjadi seorang hamba yang bertaqwa kepada Tuhan Rabbul Jalil!

3 Ogos 2009

Cahaya ketika nama Rasulullah s.a.w dikumandangkan ketika azan subuh di Masjid Nabawi

video

2 Ogos 2009

Video Anti-ISA: FRU Menjadikan Rakyat Sebagai Musuh

video