Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

25 Ogos 2009

Keputusan Rasmi PRK Permatang Pasir


PAS Mohd Salleh Man = 9,618 undi

BN Rohaizat Othman = 5,067 undi

Majoriti = 4,551

Peratus = 73.1 peratus

Tahniah kepada yang menang! Bagi yang kalah, redhalah dengan pilihan rakyat.

Maka, Agreaget PRK berubah menjadi 7-1.

2 Pandangan:

Cikgu Adham berkata...

slm...
tahniah sememangnya begitu la... sekarang masyarakat semakin bijak dan pandai menilai buruk baik...

elok kawe andaikan politik ni sebagai satu perlawanan bola....
penyokong sebagai rakyat, dan pengadil perlawanan sebagai kerajaan yang memerintah...
senario di tempat kita ialah pengadil membuat keputusan dlm perlawanan, jika pengadil membuat keputusan yang salah atau membuat tindakan yang tidak sepatutnya, penyokong di luar padang yg memerhati pasti marah, namun tidak boleh buat apa2 kerana keputusan pengadil adalah muktamad.. jika keadaan ini terus menerus dgn tindakan pengadil yang sentiasa tidak adil, sementara penyokong bola tahu kebenarannya namun tiada kuasa untuk bertindak... maka lama2 kesabaran penyokong bola itu akan meletup juga seperti yang berlaku di luar negara yang sehingga menyebabkan rusuhan disebabkan perlawanan bola...

fikir2kan...

IBAN MUSLIM berkata...

Betul tu cikgu. Manusia zaman ini semakin cerdik dalam menilai yang mana satu kebenaran dan yang mana satu lakonan.