- Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar hanyalah satu, iaitu menuju kebenaran yang mutlak. Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai. Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.
- Agama tidak melarang sesuatu perbuatan kalau perbuatan itu tidak merosak jiwa. Agama tidak menyuruh, kalau suruhan tidak membawa selamat dan bahagia jiwa.
- Maksud agama ialah merentangkan jalan, manakala fikiran ialah membanding dan menimbang.
- Tiga sifat yang ditimbulkan oleh agama, iaitu perasaan malu iaitu enggan mendekati suatu yang tercela. Boleh dipercayai di dalam pergaulan hidup ( amanah), benar dan jujur.
- Kepercayaan kepada Tuhan itu telah ada dalam lubuk jiwa manusia namun kepercayaan tentang adanya ALLAH itu belum menjadi jaminan bahawa orang itu tidak sesat.
-Hamka-