Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

1 Ogos 2009

Jalan Utama di KL terus ditutup!



Jalan-jalan utama di kota metropolitan ini ditutup gara-gara menghalang pejuang-pejuang penentang kezaliman ISA.

Mengapa perlu dihalang hak rakyat untuk berhimpun menyatakan pendirian dalam kebebasan bersuara?

Mengapa perlu mereka bersusah payah datang dari seluruh pelusuk negara semata-mata untuk menyertai himpunan ini? Sudah pasti ada sebabnya. Jika sesuatu perkara itu baik rupa parasnya, tidak menindas kelompok minoriti, diberi hak dari sudut perundangan...diyakini himpunan ini tidak perlu dilakukan.

Tetapi, sebaliknya yang terjadi! Maka, tercetuslah usaha ke arah himpunan besar yang bakal menempa sejarah sebentar sahaja lagi.

Bagi rakyat yang tidak pernah merasakan keperitan hidup kesan daripada ahli keluarga ditahan di dalam tahanan ISA bertahun-tahun, pasti mereka anggap himpunan ini haram!

Tapi, cuba anda bayangkan ahli keluarga anda sama ada suami, isteri, anak, cucu, adik beradik atau orang yang anda sayangi ditahan tanpa diberi ruang perundangan untuk membela diri daripada tuduhan yang semata-mata dianggap ingin menganggu gugat keamanan negara. Padahal, tidak pernah dibuktikan secara jelas mengikut lunas perundangan seseorang itu benar-benar bersalah. Anda ingin merasa keperitannya?

Jika tak nak! Maka, itu adalah jawapan kepada himpunan bantahan terhadap ISA ini!