Sebentar tadi baharu sahaja menonton Hujah di TV9. Panel nya Ezam, Husam tidak dapat hadir, dan perantara yang tidak asing lagi Prof Dr Agus.
Beberapa isu yang agak dangkal dihujahkan oleh Mat Ezam pada hujah tersebut. Antaranya, "Rasuah tetap ada pada mana-mana parti yang berkuasa". Bagi penulis, hujah dangkal ini hanya ada pada pencacai-pencacai yang cuba menegakkan benang yang basah.
Hujah Mat Ezam lagi, "Sukar untuk mencari bukti bagi sebuah kerajaan yang baharu memerintah, contoh di Perak, Selangor atau Pulau Pinang." Penulis berpendapat, bagi sebuah kerajaan yang baharu, sudah pastilah lagi mudah untuk mengorek bukti-bukti sekiranya betul rasuah itu berlaku. Prof Agus turut bertanya, kenapa tidak dilaporkan sahaja pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diyakini benar berlaku rasuah. jawapan Mat Ezam adalah seperti di awal perenggan ini!
Panel juga cuba untuk menyegarkan kembali isu lembu korban, balak di Perak, balak di Kelantan (zaman 70-an).
Isu di Penanti, berkaitan sogokan PKR kepada calon bebas turut disentuh. Mat Ezam bersetuju bahawa betul-betul berlakunya rasuah terebut. Alasannya, "sekiranya calon bebas tersebut berbohong, dia (Aminah) mungkin akn menghadapi risiko di saman". Penulis terfikir... Bagaimana pula tuduhan beberapa akhbar luar negara terhadap VVVVIP negara ini berkaitan isu yang sangat menjijikkan itu? Mengapa tidak saman sahaja sekiranya di pihak yang benar? Kena bersihkan nama negara di mata masyarakat antarabangsa.
Husam? Kenapa tidak hadir? Mungkin dia tidak mahu disalahtafsirkan menggunakan TV untuk berkempen jawatan dalam parti. Mungkin boleh dikatakan rasuah juga. Rasuah TV untuk dapat jawatan. Eloklah tak datang. Sebab itu rancangan dipendekkan setakat pukul 10 sahaja. Ya?Entah.
Ringkasnya, berhujahlah...tapi jangan mendangkalkan hujah!