Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia - Najib
27/05/2009 6:42pm
PUTRAJAYA 27 Mei — Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetap di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara. - Bernama
Ayah Pin, Kahar Ahmad @ Rasul Melayu, atau lebih global lagi mungkin kita boleh masukkan nama Amina Wadud dan seumpamanya.

IBAN MUSLIM:
Sememangnya tidak dapat kita nafikan ada pelbagai pandangan, emosi, kenangan berkaitan isu ini. Yang mencadangkan kembalinya Chin Peng adalah Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang.
Kita sewajarnya berterima kasih kepada para pejuang yang bertungkus lumus berjuang dan menggalas tanggungjawab sebagai pembela nusa dan bangsa melalui kerjaya sebagai seorang perajurit.
Pastinya sejarah perjuangan itu tidak luput dalam ingatan. Tetap segar bugar. Pedihnya masih terasa. Bagi generasi milenium, ia mungkin kurang menempel dalam sanubari. Bagi pejuang silam, sudah pasti "tiada maaf bagimu Chin Peng!"
Lupakan seketika berkaitan Chin Peng. Iban Muslim (IM) ingin membugarkan sesaat berkaitan 'komunis akidah'. Komunis akidah IM fikirkan lagi bahaya daripada PKM. Barahnya lagi membingungkan seluruh umat Islam. Luka semalam angkara PKM masih pedih. Namun, barah 'komunis akidah' bukan sekadar memberi impak 30 tahun atau 100 tahun. Mungkin sampai kiamat.
Siapa 'komunis akidah' ini?
Para pejuang ajaran sesat!
Ayah Pin, Kahar Ahmad @ Rasul Melayu, atau lebih global lagi mungkin kita boleh masukkan nama Amina Wadud dan seumpamanya.
Sewajarnya kita selaku seorang Muslim, lagi-lagi berada di dalam sebuah negara yang mendapat jolokan "Negara Islam" ini, tidak lena tidur malam apabila memikirkan komunis akidah ini.
Sehingga ke hari ini, komunis-komunis akidah tersebut masih bebas di luar sana. Tidak ada usaha yang bersepadu diambil untuk memerangi mereka itu. Tidak ada perbincangan rancak mengenainya. Sekadar panas seketika sahaja. Akhirnya, sehingga ke detik ini ajaran-ajaran sesat masih didokong dengan bangganya oleh para pelopor serta para pengikutnya.
Kita hari ini seakan-akan sudah berputus asa untuk memburu dan terus memburu mereka-mereka ini. Mengapa? Tidakkah mereka ini mengganggu gugat keselamatan negara? Sudah penuhkah Kem Tahanan Tanpa Bicara? Atau, selagi mereka tidak ada usaha menggulingkan kekuasaan dunia, selagi itu kita tidak risau?
IM berpendapat dengan fikiran yang dangkal ini, agar komunis-komunis akidah ini diperangi secara bertubi-tubi sebagaimana gas pemedih mata menggempur para pejuang sukarela tanpa perasaan kesian walau sedikit pun. Tangkap, seret, gari... Jangan bagi chance sama dia!
Mengapa tidak begitu? Komunis akidah inilah yang merosakkan pegangan Islam dalam seluruh jiwa-jiwa orang Islam. Bertindaklah. Jangan sekadar panas di tengahhari. Apabila menjelang senja, panasnya kian surut.