Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

8 Mei 2009

Krisis di Perak: Bila akan berakhir?



Sumber Gambar: idhamlim.blogspot.com


Agak terlambat menghurai isu yang berlaku di DUN Perak semalam. Semalam juga saya baharu sahaja balik berkursus di Melaka. Dalam perjalanan, sempat juga online sekejap membaca blog ADUN Titi Serong, dapat melihat beberapa gambar yang menunjukkan situasi di Perak. Saya yakin gambar itu betul dan huraian beliau juga betul.

Sebenarnya agak rimas berbicara hal semalam. Namun rasa terpanggil untuk berkata sesuatu. Bagi saya, apa yang berlaku di DUN Perak amat memalukan. Kerana kuasa, ada pihak yang sanggup mengheret Tuan Speaker daripada tempat duduknya secara kasar dan tidak bermoral. Pasukan Polis dipergunakan sewenangnya sama ada dalam keadaan rela maupun terpaksa. Isunya, yang menyalahgunakan kuasa yang ada demi kesinambungan kuasa selama 50 Tahun dahululah yang menjadi jurucatur kepada sebuah lagi episod ganjil di Perak.

Sampai bila hal ini berterusan sebegini. Bercakaran. Siapa yang mulakan? Bagaimana akhirnya? Semua kita sudah tahu untuk menilai di sebalik rentetan peristiwa yang berlaku.

Persoalannya adalah, sanggupkah kita saban hari menatap kupasan yang sama di akhbar-akhbar? Tidak ada cerita lain melainkan krisis yang tidak berkesudahan berlaku di DUN Perak.

Sampai ke tahap ini, sememangnya wajib maupun harus disegerakan pembubaran DUN agar rakyat dapat memilih mandat sekali lagi bagi mewakili mereka di DUN Perak. Jika ini tidak dilakukan segera, natijahnya akan banyak lagi adegan-adegan yang akan terpapar. Bagi yang mendapat informasi yang sahih tanpa diputar belitkan mereka dapat menilai mana yang benar dan mana yang salah. Jika mengharap pada saluran media arus perdana sahaja, alamatnya virus minda songsang akan terus menular di pemikiran rakyat.

Saya tidak arif berkaitan politik, namun dengan akal fikiran yang dikurniakanNya saya mengatakan bahawa selagi DUN gagal untuk dibubarkan, selagi itulah krisis ini akan berlarutan dengan pelbagai sudut isu.