Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

16 Mei 2009

Selamat Hari Islam

Tidak ada paksaan dalam agama (islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah:256)
Hari ini tanpa kusedari, hari ini 21 Jamadilawal, 10 pagi tadi genaplah usia keIslaman aku mencapai usia 7 tahun 7 hari.
Syukur atas nikmat Allah di atas kurniaan hidayah yang bukan semua manusia perolehi. Islam membuat diriku ada mempunyai matlamat dalam kehidupan. Matlamat yang tidak aku jumpai semasa berada di luar Islam. Matlamat tersebut adalah matlamat hidup selepas mati. Aku amat yakin bahawa, Islam adalah agama yang benar.
Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
(Ali 'Imraan:19)

Di dalam Islam, kita diajar agar beramal ibadat. Apa tujuannya? Untuk berjaya selepas mati. Di dunia, sekiranya kita menjaga amal ibadat dengan sempurna, maka kita akan mendapat dua keuntungan iaitu keuntungan hidup di dunia dan bakal mendapat balasan setimpal semasa hidup di alam akhirat kelak.

Semoga Allah terus mengekalkan hidayah ini. Semoga Allah terus memberikan kekuatan iman dan amal ibadat yang lebih sempurna.

Selamat Hari Islam pada diriku...

Alhamdulillah.