Lebu BN meri pemansang enti nyukung penyakal
Rayat pesisir dipinta ngembar perintah laban agi mayuh begunaka pemansang ari BN: Nyalau
ENGKILILI: Kaban Parlimen Lubok Antu William Nyalau Badak madah berasai lebu sereta enda lantang ati laban agi bisi sekeda mensia mayuh di menua pesisir nyukung parti penyakal, taja pan sida nemu diri agi begunaka pemansang dikenataika perintah Barisan Nasional (BN).
Ku iya, bala rayat ke diau di ulu sungai patut meri sukung ti nadai bebelah bagi ngagai perintah BN laban sida agi jauh tinggal dalam pemansang nyengkaum utai ke enda tau nadai bala bekal karan, ai beresi enggau jalai alun.
Ulasan Saudarabaharu:
Saya yakin ramai di kalangan saudara saudari tidak faham berita di atas. Lama saya tak jenguk berita dari negeri Sarawak, terutama berita berbahasa Iban. Perkhabaran di atas menceritakan bagai mana ahli parlimen Lubok Antu menyatakan kekecewaan ke atas rakyat yang menyokong pembangkang walaupun pelbagai pembangunan telah diberikan oleh BN. Tambahnya lagi, rakyat yang tinggal di pedalaman terutama di hulu-hulu sungai patut menyokong tanpa berbelah bahagi kerajaan Bn sekiranya inginkan kemudahan air, elektrik dan jalan raya.
Aduh...wahai pemimpin yang berfikiran sempit! Itu memang tugas kamu sebagai pemimpin. Kalau Pakatan Rakyat yang diberi mandat untuk memerintah, mereka juga bertanggungjawab untuk membangunkan setiap pelusuk negeri dan negara. Bukan hanya BN sahaja yang boleh buat kerja itu semua. Wahai rakyat negeriku, usahlah kamu tertipu dengan dakyah politik sempit golongan ini. Pembunuh kebebasan pemikiran rakyat.
Apa yang saya perhatikan sehingga ke hari ini, sejak 1963 merdeka, rakyat di pedalaman sarawak masih 'mengemis' untuk merasai kemudahan asas seperti air bersih, elektrik dan jalan raya yang berturap. Omongan kosong oleh wakil-wakil rakyat BN kerap dilontarkan, namun rakyat tetap menunggu dan terus menunggu.
Cukuplah dengan tipu daya untuk meneruskan kesinambungan politik kamu. Dan saya berharap rakyat sarawak dapat menilai dengan bijaksana setiap bait-bait janji kosong yang jarang-jarang mereka penuhi.