Orang Islam di Malaysia sememangnya tidak berminat untuk menjadi penyelamat kepada orang belum Islam. Itu kenyataan awal saya di pagi Ahad ini. Mengapa saya kata begitu? Kerana saya merasainya. Mungkin akan ada pihak yang merasa kurang senang dengan kenyataan saya ini. Apa boleh buat, terpulanglah. Itu realiti. Saya perlu bercerita pengalaman saya yang sebenar.
Selama dua puluh dua tahun saya bergelumang hidup dalam pegangan 'bebas' yakni hidup tanpa agama, tidak pernah seorang pun umat Islam di Malaysia ini mempromosikan Islam kepada saya. Masing-masing mementingkan diri sendiri sahaja. Memikirkan keselamatan diri, sebaliknya tidak memikirkan keselamatan orang lain.
Saya akui suasana di kampung saya itu yang 99.9% adalah penduduk Iban yang rata-ratanya saya copkan sebagai tidak beragama dan hanya percaya kepada kepercayaan nenek moyang yang terdahulu. Itu cerita di akhir 80-an. Orang Melayu 'Islam' yang berada di dalam kampung itu saya kira tidak sampai 70 orang. Suami, isteri, anak, cucu. Patut sangat lah kalau setiap hari jumaat, solat jumaat, selepas salam, solat zohor pula. Itu satu bab.
Saya bersekolah di kampung. Melihat keperibadian saki baki orang Islam yang ada di sebelah rumah panjang saya itu, tidak ada yang menarik minat saya untuk Islam pada masa itu. Saya rasakan orang Iban ada yang lebih baik peribadinya daripada orang Islam yang ada di kampung saya itu. Lebih menyedihkan lagi, ada segelintir yang menunjukkan contoh yang kurang enak dan orang Iban yang tak reti Islam boleh menilai yang mereka tidak beramal dengan Islam. Mana tidaknya. Orang Iban minum arak di Hari Gawai, mereka pun datang minum sama (bukan semua). Ada yang lebih memualkan, orang tua yang saya sanggup mengunyah benda haram dalam keadaan bukan 'darurat' pun. Apa dia? Babi. Itu zaman 80-an. Harapnya hari ini semakin baik. Kalau adapun hari ini golongan ini, tolong jangan buat di depan mata saya. Takut-takut ada 'cap kaki' di muka.
Itu yang berlaku di sekeliling saya di zaman 80-an dahulu. Penyebab utama saya tidak nampak Islam pada masa itu. Ada yang baik. Itu biasa. Orang kata, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Ringkasnya apa yang berlaku di kampung saya sebegitulah.
Tetapi...di sekolah rendah tempat saya belajar di kampung saya, ada seorang cikgu yang kerap ajak saya solat dengan dia. Dulu, zaman sekolah rendah kerap lepak di rumah cikgu-cikgu bujang. Ramai dari Semenanjung ni. Saya menolak. Takut! Tak tahu cikgu tu di mana sekarang. Cikgu Azmi Bin Sagir.
Diteruskan di zaman sekolah menengah saya di sebuah pekan kecil Sri Aman. Saya tinggal di asrama. Tingkatan 1 hingga 3 saya bersekolah di sekolah tersebut. Alkisahnya di asrama. Murid-murid Melayu Islam. Antara golongan penghidu gam tegar. Kalau diperatuskan. Peratusan murid Islam dengan Bukan Islam yang menghidu gam pada masa itu. Mereka Johan. Situasi ini membuatkan hati saya kurang berkenan dengan Islam pada masa itu.
Diteruskan lagi cerita di Tingkatan 4 dan 5. Saya berpindah sekolah. Sekolah Menengah Teknik di Kuching. Tinggal di asrama juga. Di sekolah ini, ramai juga pelajar Melayu Islam yang baik-baik. Bersembahyang di surau secara berjemaah. Bergaul dengan kami yang belum Islam dengan baik. Bagus, saya suka cara kawan-kawan Islam pada masa itu. Cuma mereka tidak pernah mempromosikan Islam kepada kami. Kalau dipromosi pun, undang-undang Malaysia tidak mengizinkan kami menjadi orang Islam pada masa itu kerena kamu berusia di bawah 18 tahun. Kena ubah undang-undang itu dahulu.
Di Universiti. Dalam bidang yang saya ambil di universiti, saya seorang sahaja yang bukan beragama Islam. Yang lain tu, Islam. Atas faktor itu, rata-rata kawan karib saya adalah terdiri daripada orang Melayu Islam. Sedikit sahaja kawan di kalangan orang Iban pada masa itu. Pendek cerita, kawan saya majoriti orang Malaya. Orang Sarawak kata macam tu. Tahun pertama dan kedua di U, kawan-kawan saya tidak 'berani' promosikan Islam kepada saya walaupun satu ketika saya pernah duduk serumah dengan kawan-kawan Malaya selama satu semester. Yang seronoknya, mereka tidak janggal mengajak saya sebagai ahli rumah. Selepas itu, saki baki pengajian saya, saya tinggal di dalam kampus (asrama).
Di tahun ketiga dan keempat di universiti, ada seorang kawan sekelas saya yang sering bercerita berkaitan Islam kepada saya. Ada ketika dia hadiahkan buku-buku berkaitan Islam. Salah satunya, JUZ AMMA. Namun saya tidak lagi di Islam kan pada masa itu. Kawan-kawan Melayu Islam pada masa itu bergaul baik dengan saya pada masa itu walaupun hanya saya seorang bukan Islam di kalangan mereka. Saya berasa selesa. Tertambat hati saya. Tahniah kawan-kawanku sekalian. Namun yang bercerita berkaitan Islam kepada saya cuma seorang sahaja. Seperti yang saya ceritakan di atas (bukan isteri saya). Yang lainnya, saya ingat tidak pernah. Mungkin isu sensitif.
Dan akhirnya, selepas 4 tahun belajar di U berkenaan, selepas sahaja konvokesyen, 24 Julai 2002 saya mendapat persijilan Islam. Hingga ke hari ini.
Memang susah untuk promosikan Islam kepada orang belum Islam. Tapi usaha ini perlu untuk menyelamatkan saudara-saudari kita yang masih belum Islam. Soal hidayah bukan kerja kita, namun usaha itu adalah kerja kita sebagai seorang Muslim. Paling tidak pun, kita cuba tunjukkan contoh peribadi Muslim terbaik kepada masyarakat. Itu bisa mengetuk pintu hati mereka. Percayalah...