Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

31 Mei 2009

Tahniah kepada yang menang di Penanti, bagi yang kalah bersedia beli borang di Manek Urai

Syabas dan tahniah kepada wakil pilihan rakyat di N12 DUN Penanti. Majoriti 5558 jauh lebih besar daripada PRU12 yang lalu (2219). Peratus mengundi, 46.12% memecah rekod keluar mengundi paling rendah di Semenanjung Malaysia. Ramai yang tidak turun menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang matang.
Mansor Othman (PKR) memang dijangka memenangi PRK tersebut sejak awal-awal lagi. Oleh yang demikian, BN tidak meletakkan calonnya kali ini.
Namun, calon-calon bebas tetap bersemangat untuk menonjolkan diri agar dilihat berpotensi mewakili rakyat. Malang sekali wakil bebas mendapat undi yang amat sedikit (Aminah Abdullah (Bebas) 392 undi. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) 494 undi. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 56 undi).
Jangan berputus asa bagi calon-calon bebas yang kalah. Bersedialah untuk membeli borang baharu di Manek Urai. Teruskan perjuangan dan kesungguhan kalian mewakili rakyat. Jika bertanding di Manek Urai, cuba target jumlah undi yang lebih berbanding di Penanti.
Bakal TKM1 P.Pinang, Mansor Othman yang dijangka mengangkat sumpah rabu ini, tunaikan tanggungjawab kepada rakyat. Jangan bacul dek desakan dan gertakan mana-mana pihak. Jangan lari dari medan peperangan pula. Jangan ada PRK sekali lagi di DUN Penanti. Hari ini 46% yang turun mengundi. Kalau PRK sekali lagi mungkin 20% yang turun mengundi.
Tahniah sekali bagi yang menang. Sama ada calonnya mahupun seluruh jentera parti yang bertungkus lumus untuk meyakinkan rakyat di Penanti. Bagi yang kalah, cuba fikirkan taktik yang lebih mantap, rasional, dan masuk akal fikiran yang waras.

Selamat Ngintu Hari Gawai. Gayu Guru Gerai Nyamai.

31 aribulan lima. Tengah malam tu lagi bala dayak deka nyambut penatai taun baru ianya Hari Gawai. Hari tu hari ti kepenudi bala ke ngintu pengerami tu bebeli ka perengka ti deka dikena nyambut hari gawai.
Nuju bala kitai dayak ti nyambut pengerami tu, arap ulih begempuru enggau bala kaban menyadi. Kelebih agi ti lama enda pulai ke menua ngusung apai indai ti maioh bejasa ngagai kitai.
Enggau penatai hari gawai tu arap ka kitai ti bisi besengkang jako, belaya, bemasam mua sereta laya bukai ti ngasuh kitai nadai bejako sesama diri, ambi meh peluang tu dikena kitai minta ampun sereta terus begulai manah.
Hari Gawai endang 'sinonim' enggau ai tuak sereta cap langkau. Ngagai bala kaban ke belandik ka ngirup ai tuak tauka cap langkau sampai mabuk, jaga meh jako sereta ulah kitai ngambi ka nadai ngemedis ka ati bala kaban belayan ti datai. Tau kurang ka meh beirup ka cap langkau ti kelalu ia. laban nya tau ngerusak pengerai kitai. Enti pala udah sebening, tau mulai kediri ke ruang bilik meh.
Enggau peluang ke bisi tu, aku meri Selamat Hari Gawai ngagai mak enggau aba di menua, bala menyadi, kaban belayan, sereta bala bloggers ti nyambut pengerami tu baka ka taun 2009 tu. Arap terus mujur dalam pengawa ti dikereja.
Selamat Ngintu Hari Gawai.
Gayu Guru Gerai Nyamai.

PRK DUN Penanti Bermula

Selamat memilih pemimpin kepada seluruh masyarakat yang layak mengundi di DUN Penanti. Beberapa minit lagi, pengundian akan dibuka secara rasmi.

Pertandingan 4 penjuru bakal disaksikan. Calon PKR, Mansor Othman bakal disaing oleh 3 calon bebas iaitu Aminah Abdullah, Nai-Khan Ari, dan Kamarul Ramizu Idris.

Menjelang malam, InsyaAllah kita akan tahu pemimpin pilihan rakyat di Penanti.

Setiap urusan dunia yang kita kerjakan akan dinilai, diberi ganjaran, dan diberi hukuman. Bijaklah dalam memilih pemimpin.

30 Mei 2009

Manusia bersaudara, iblis dan syaitan musuh kita

Sesungguhnya hanya iblis dan syaitan yang memusuhi dan dimusuhi oleh makhluk bergelar manusia. Kita yang dikategorikan oleh Allah sebagai manusia sewajarnya memiliki perasaan kasih sayang dan lemah lembut di antara satu sama lain. Hatta kita disakiti. Sudah pastilah sifat sabar sebagai seorang manusia amat diperlukan semasa berhadapan dengan pelbagai kerenah dan mehnah makhluk bernama manusia.
Permusuhan yang wujud sesama manusia sejak berkurun lama merupakan salah satu daripada jutaan ujian yang Allah Taala turunkan kepada manusia agar dapat dinilai tahap kesabaran. Sabar berkait rapat dengan iman. Sehinggakan kita sering berkata bahawa sabar itu separuh daripada iman. Kurang sabar, terjejas markah iman kita. Sekiranya tidak sabar langsung, bermasalah iman kita. Ini yang boleh menyebabkan manusia hilang pertimbangan diri dalam menangani rencah kehidupan manusia yang berbagai-bagai.
Al-Miqdad bin Amru al-Kindi, salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang ikut serta dalam peperangan Badar telah meriwayatkan bahawa beliau telah memberitahu Rasulullah s.a.w.;

“ Wahai Rasulullah s.a.w.! Hamba telah bertembung dengan seorang kafir lalu hamba pun bertempur. Tiba-tiba dia sempat menetak sebelah tangan hamba lalu putuslah tangan hamba itu. Kemudian si kafir itu menyelamatkan dirinya di sebalik sebatang pokok sambil berkata: Aku masuk Islam kerana Allah SWT. Adakah boleh hamba membunuhnya setelah dia berkata demikian?"
Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: “Jangan kamu bunuh dia”.
Al-Miqdad pun bertanya lagi: "Ya Rasulullah, dia menetak putus sebelah tangan hamba kemudian baru dia mengaku masuk Islam. Bolehkah hamba membunuhnya?"
Rasulullah s.a.w. pun menjawab: “ Jangan kamu bunuh sebab kalau kamu bunuh dia maka taraf dia sama dengan taraf kamu sebelum kamu cuba membunuhnya tadi dan kamu pula mendapat taraf yang sama dengan dia sebelum dia mengucap dua kalimah syahadah itu."
(Al-Bukhari, Juz IX, halaman 3-4)
Berkisarkan hadis di atas, jelas sekali pertimbangan wajar perlu kita lakukan setiap masa agar Islam dapat berkembang dengan lebih rancak dan dapat menarik manusia yang belum Islam ke dalam kelompok orang beriman. Kalaulah nabi membenci kaum musyrik, sudah pastilah Islam tidak akan berkembang seperti yang kita kecapi pada hari ini.
Rentetan itu, kita sebagai umat akhir zaman yang semakin merudum prestasi keimanan, perlu sedaya upaya berusaha bersatu padu meningkatkan keimanan kita, ahli keluarga serta masyarakat sekeliling agar Islam terus dikecapi generasi seterusnya. Perbetulkan akidah pegangan kita agar tidak lari daripada tuntutan al-Quran dan as-sunnah.
Berkeluarga perlulah cara Islam. Menuntut ilmu perlu cara Islam. Bersahabat, perlu ikut cara Islam. Bernegara juga perlu ikut cara Islam. Selain daripada cara Islam, kita tergolong daripada golongan yang mengikut hawa nafsu.

Aku Cinta Padamu

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.
Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang- orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

29 Mei 2009

Catatan Musafir: Mengapa bencana turun

Hari ini bermusafir ke Cherating. Penat juga meredah perjalanan hampir 10 jam setelah campur tolak berehat, isi minyak, makan. Bergerak dari rumah pukul 3.40 pagi. Corner masuk Kuala Kangsa, Bandar Diraja, Bandar yang menyaksikan pelbagai sejarah tercatat pada tahun ini. Solat subuh di masjid Rizwaniah. Perjalanan diteruskan, sampai di pekan Cherating pukul 1 petang, terus masuk masjid menunaikan solat Jumaat.
Apa yang ingin dikongsikan bersama pada kali ini adalah isi kandungan khutbah jumaat yang sempat saya dengar. Kandungannya adalah berkisar kepada hadis yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.
Wallahualam.

28 Mei 2009

Pimpin Secara Islam, Bukan Kebatilan

Dalam perjalanan balik majlis ilmu sebentar tadi, sambil memandu kereta saya mendengar siaran radio IKIM. Saya tak pasti siapa panel slot perbincangan tersebut yang agak menarik minat saya untuk terus mendengar sehingga ke pintu pagar rumah.
Salah satu soalan yang diajukan oleh deejay pada slot berkenaan adalah, "adakah golongan ulama di Malaysia wajar untuk terus menerajui kepimpinan mana-mana parti dan merebut panggung kekuasaan dalam arena politik di negara ini?"
Panel tersebut menjawab persoalan tersebut berlandaskan kata-kata yang dikeluarkan oleh ulama terkemuka dunia, Yusuf al-Qardawi. Jawapannya begini,
"Ulama terus berjuang di dalam politik di tanahair oleh kerana dorongan yang kuat daripada al-Quran dan as-Sunnah. Oleh kerana dunia ini adalah milik Allah, maka ianya perlulah diurus tadbir berpandukan hukum Allah yakni al-Quran. Sekiranya pemimpin yang memimpin sesebuah negara tidak berpandukan kitabullah tersebut, sesungguhnya dia telah mengikut hawa nafsu dalam setiap urusan kepimpinan tersebut."
Tambahnya lagi, "selayaknya dunia ini dipimpin oleh manusia yang celik Islam. Jika tidak, kepimpinan selain daripada landasan Islam adalah kepimpinan berlandaskan kebatilan."
Sedarlah kita selaku umat Islam bahawa satu tanggungjawab yang besar kepada Muslim sekalian untuk memastikan muka bumi ini khususnya negara kita agar ditadbir urus oleh manusia yang mentadbir mengikut hukum Allah dan bukannya mengikut hukum hawa nafsu yang penuh kebatilan.
Satu lagi persoalan yang wajib untuk kita persoalkan, "sejauh manakah pemimpin yang memimpin kita dapat memimpin orang yang dipimpin sehinggalah kita terjamin keselamatan di dunia dan akhirat?
Kebanyakkan manusia di atas muka bumi ini berlumba-lumba merebut kekuasaan di atas muka dunia. Mereka sekadar berminat untuk memimpin hanya di dunia, sebaliknya jarang untuk menyelamatkan kehidupan akhirat rakyat jelata. Kenapa saya berkata begitu? Jawapannya amat mudah. Cuba kita buka siaran-siaran yang dipaparkan kepada kita di kaca-kaca televisyen. Cuba kita tinjau program-program yang disajikan kepada kita (konsert, pesta, dsb.). Cuba kita tinjau sukatan matapelajaran yang disajikan kepada anak-anak kita. Dan pelbagai lagi yang boleh kita tinjau. Apakah hasil tinjuan kita jika kita golongan yang perihatin? Jika hati kita tidak buta, kita mendapat jawapan yang diharapkan.
Seterusnya, sejauh mana peranan kita dalam usaha menyelamatkan akidah umat-umat Islam daripada dicemari fenomena akhlak yang semakin rancak menyerang dunia hari ini. Itu perbicaraan dalam lingkungan yang sedia ada dalam kelompok Islam. Bagaimana pula orang-orang yang masih belum Islam? Apakah program dakwah yang kita anjurkan untuk menyelamatkan mereka di dunia dan akhirat?
Bagi mata dan hati yang tidak buta, masing-masing ada jawapan yang kita sediakan untuk persoalan-persoalan tersebut!

SPR Umum PRK DUN Manik Urai

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan 6 Julai 2009 sebagai hari penamaan calon pagi Pilihanraya Kecil (PRK) bagi DUN Manik Urai. Manakala, 14 Julai 2009 adalah hari pengundian.

Selamat bertugas kepada para petugas parti. Selamat berjuang kepada seluruh pejuang parti. Selamat memilih pemimpin wahai rakyat yang dipimpin.

Islam mendidik kita agar memilih pemimpin yang terbaik di kalangan pemimpin yang ada. Pemimpin yang membantu tertegakkan syiar Islam di atas bumi Allah ini.

Maka, ada dosa dan pahala yang menanti kita. Berhati-hati apabila memilih pemimpin.

Akhirnya...Barcelona Juara!!!


Barcelona:

Kesebelasan Utama: Valdes, Puyol, Toure Yaya, Pique, Sylvinho, Xavi, Busquets, Iniesta (Pedrito 90), Messi, Eto'o, Henry (Keita 72).

Pemain simpanan yang tidak diturunkan: Pinto, Caceres, Muniesa, Gudjohnsen, Bojan.
Kad: Pique.

Gol: Eto'o 10, Messi 70.



Manchester United:

Kesebelasan Utama: Van der Sar, O'Shea, Ferdinand, Vidic, Evra, Anderson (Tevez 46), Carrick, Giggs (Scholes 75), Park (Berbatov 66), Ronaldo, Rooney.

Pemain Simpanan yang tidak diturunkan: Kuszczak, Rafael Da Silva, Evans, Nani.
Kad: Ronaldo, Scholes, Vidic.


Penonton: 72,700

Pengadil: Massimo Busacca (Switzerland).




27 Mei 2009

Komunis Akidah Lagi Bahaya Daripada Chin Peng

Chin Peng tidak dibenarkan balik ke Malaysia - Najib
27/05/2009 6:42pm

PUTRAJAYA 27 Mei — Kerajaan tidak akan membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali menetap di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali kepada pejuang negara dan ahli keluarga mereka yang terkorban angkara pemberontakan PKM dari tahun 1948 hingga 1981.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, ketika diminta mengulas saranan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetap di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negara. - Bernama




IBAN MUSLIM:

Sememangnya tidak dapat kita nafikan ada pelbagai pandangan, emosi, kenangan berkaitan isu ini. Yang mencadangkan kembalinya Chin Peng adalah Pengerusi Parti Gerakan Pulau Pinang.

Kita sewajarnya berterima kasih kepada para pejuang yang bertungkus lumus berjuang dan menggalas tanggungjawab sebagai pembela nusa dan bangsa melalui kerjaya sebagai seorang perajurit.

Pastinya sejarah perjuangan itu tidak luput dalam ingatan. Tetap segar bugar. Pedihnya masih terasa. Bagi generasi milenium, ia mungkin kurang menempel dalam sanubari. Bagi pejuang silam, sudah pasti "tiada maaf bagimu Chin Peng!"

Lupakan seketika berkaitan Chin Peng. Iban Muslim (IM) ingin membugarkan sesaat berkaitan 'komunis akidah'. Komunis akidah IM fikirkan lagi bahaya daripada PKM. Barahnya lagi membingungkan seluruh umat Islam. Luka semalam angkara PKM masih pedih. Namun, barah 'komunis akidah' bukan sekadar memberi impak 30 tahun atau 100 tahun. Mungkin sampai kiamat.

Siapa 'komunis akidah' ini?

Para pejuang ajaran sesat!

Ayah Pin, Kahar Ahmad @ Rasul Melayu, atau lebih global lagi mungkin kita boleh masukkan nama Amina Wadud dan seumpamanya.

Sewajarnya kita selaku seorang Muslim, lagi-lagi berada di dalam sebuah negara yang mendapat jolokan "Negara Islam" ini, tidak lena tidur malam apabila memikirkan komunis akidah ini.

Sehingga ke hari ini, komunis-komunis akidah tersebut masih bebas di luar sana. Tidak ada usaha yang bersepadu diambil untuk memerangi mereka itu. Tidak ada perbincangan rancak mengenainya. Sekadar panas seketika sahaja. Akhirnya, sehingga ke detik ini ajaran-ajaran sesat masih didokong dengan bangganya oleh para pelopor serta para pengikutnya.

Kita hari ini seakan-akan sudah berputus asa untuk memburu dan terus memburu mereka-mereka ini. Mengapa? Tidakkah mereka ini mengganggu gugat keselamatan negara? Sudah penuhkah Kem Tahanan Tanpa Bicara? Atau, selagi mereka tidak ada usaha menggulingkan kekuasaan dunia, selagi itu kita tidak risau?

IM berpendapat dengan fikiran yang dangkal ini, agar komunis-komunis akidah ini diperangi secara bertubi-tubi sebagaimana gas pemedih mata menggempur para pejuang sukarela tanpa perasaan kesian walau sedikit pun. Tangkap, seret, gari... Jangan bagi chance sama dia!

Mengapa tidak begitu? Komunis akidah inilah yang merosakkan pegangan Islam dalam seluruh jiwa-jiwa orang Islam. Bertindaklah. Jangan sekadar panas di tengahhari. Apabila menjelang senja, panasnya kian surut.



Amalan Menuju Syurga

Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata :
" Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "

Jawab Nabi SAW :
" Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "

Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "

Aku menjawab :
" Mahu, ya Rasulullah . "

Sabda baginda :
" Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "

Kemudian Nabi bersabda lagi :
" Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? "

Aku menjawab :
" Mahu, ya Rasulullah. "
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata :
" Awas, jaga ini baik-baik. "

Aku bertanya :
" Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "

Baginda lalu menjawab :
" Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "

26 Mei 2009

Tarik Diri Dari Hujjah - Kenyataan Husam Dari Sri Pentas

Tuesday, 26 May 2009 21:25

Setelah tiba di Sri Pentas Bandar Utama, untuk menyertai program Hujjah secara langsung di TV9 jam 9.35 malam ini sebagai ahli Panel bersama Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan, YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir kerana keuzuran.

Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri. Ini kerana pengganti yang dijemput mengambil alih tempat YB Menteri, tidak memegang jawatan di dalam Kerajaan dan juga partinya yang memberi beliau keupayaan untuk bercakap bagi pihak Kerajaan atau partinya apalagi keupayaan untuk membawa perubahan kepada pentadbiran Kerajaan serta partinya.

Saya mencadangkan kepada penerbit rancangan supaya menjemput Pengerusi GERAK bagi menggantikan tempat saya. Ini amat sesuai memandangkan ahli panel yang menggantikan tempat YB. Menteri adalah bekas Pengerusi GERAK.
IBAN MUSLIM:
O...ini puncanya. Sebab pengganti Menteri untuk rancangan Hujah itu tidak memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan. Pendek kata, panel tu tak padan dengan Husam.

Mat Ezam: Rasuah diamalkan mana-mana parti yang berkuasa

Sebentar tadi baharu sahaja menonton Hujah di TV9. Panel nya Ezam, Husam tidak dapat hadir, dan perantara yang tidak asing lagi Prof Dr Agus.
Beberapa isu yang agak dangkal dihujahkan oleh Mat Ezam pada hujah tersebut. Antaranya, "Rasuah tetap ada pada mana-mana parti yang berkuasa". Bagi penulis, hujah dangkal ini hanya ada pada pencacai-pencacai yang cuba menegakkan benang yang basah.
Hujah Mat Ezam lagi, "Sukar untuk mencari bukti bagi sebuah kerajaan yang baharu memerintah, contoh di Perak, Selangor atau Pulau Pinang." Penulis berpendapat, bagi sebuah kerajaan yang baharu, sudah pastilah lagi mudah untuk mengorek bukti-bukti sekiranya betul rasuah itu berlaku. Prof Agus turut bertanya, kenapa tidak dilaporkan sahaja pada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika diyakini benar berlaku rasuah. jawapan Mat Ezam adalah seperti di awal perenggan ini!
Panel juga cuba untuk menyegarkan kembali isu lembu korban, balak di Perak, balak di Kelantan (zaman 70-an).
Isu di Penanti, berkaitan sogokan PKR kepada calon bebas turut disentuh. Mat Ezam bersetuju bahawa betul-betul berlakunya rasuah terebut. Alasannya, "sekiranya calon bebas tersebut berbohong, dia (Aminah) mungkin akn menghadapi risiko di saman". Penulis terfikir... Bagaimana pula tuduhan beberapa akhbar luar negara terhadap VVVVIP negara ini berkaitan isu yang sangat menjijikkan itu? Mengapa tidak saman sahaja sekiranya di pihak yang benar? Kena bersihkan nama negara di mata masyarakat antarabangsa.
Husam? Kenapa tidak hadir? Mungkin dia tidak mahu disalahtafsirkan menggunakan TV untuk berkempen jawatan dalam parti. Mungkin boleh dikatakan rasuah juga. Rasuah TV untuk dapat jawatan. Eloklah tak datang. Sebab itu rancangan dipendekkan setakat pukul 10 sahaja. Ya?Entah.
Ringkasnya, berhujahlah...tapi jangan mendangkalkan hujah!

Uji Minda 3

Surah dan ayat apakah yang membuktikan bahawa semakin jauh atmosfera dari bumi, semakin kurang ketumpatan udara dan semakin sukar juga untuk kita bernafas?

Uji Minda 2


Yang membuat, tidak menggunakannya.

Yang membeli pula, diberi padang orang lain.

Yang menggunakannya, tak tahu.

Apakah benda yang dimaksudkan?

Uji Minda 1

Berdasarkan formula di bawah, sila jelaskan apakah maksudnya?

1 Bulan + 6 Hari = 1 Tahun

How I Came to Islam (Cat Stevens)


All I have to say is what you know already, to confirm what you already know of the message of the Prophet (sallallahu alaihi wa sallam) as given by God - the Religion of Truth. As human beings we are given a consciousness and a duty that has placed us at the top to creation. Man is created to be God's deputy on earth and it is important to realize the obligation to rid ourselves of all illusions and to make our lives a preparation for the next life. Anyone who misses this chance is not likely to be given another, to be brought back again, for it says in the Qur'an Majeed that when man is brought to account, he will say, "O Lord, send us back and give us another chance.' The Lord will say, 'If I send you back, you will do the same.'


My early religious upbringing
I was brought up in the modern world of all the luxury and the highlight of show business. I was born into a Christian home.


We know that every child is born in his original nature, and it is only his parents that turn him to this religion or that. I was given this religion (Christianity) and thought this way. I was taught that God exists, but there was no direct contact with God, so we had to make contact with Him through Jesus, and Jesus was in fact the door to Good. This was more or less accepted by me, but I did not swallow it all.


I looked at some of the statues of Jesus; they were just stones with no life. When they said that God is three, I was puzzled even more but could not argue. I believed it, simply because I had to have respect for the faith of my parents.


Pop star
Gradually, I became alienated from this religious upbringing, and started making music. I wanted to be a big star. All those things I saw in the films and on the media took h old of me, and perhaps I thought this wa my god: the goal of making money. I had an uncle who had a beautiful car, and I thought "Well, he has it made". He had a lot of money. The people around me influence me tho think that this was it, this world was their God.


I decided then that this was the life for me, to make a lot of money, to have a 'great life'. My examples were the pop stars, and so I started making songs. But deep down, I had a feeling for humanity, a feeling that if I became rich, I would help the needy. (It says in the Qur'an that we make a promise, but when we make something, we want to hold on to it and become greedy)


So it happened that I became very famous, as a teenager, and my name and photo were splashed in all the media. They made me larger than life, so I wanted to live larger than life, and the only way to do that was to be intoxicated (with liquor and drugs).

In Hospital

After a year of financial success and 'high' living, I became very ill, contracted TB and had to be hospitalized. It was then that I started to think: what was to happen to me? Was I just a body and my goal in life was merely to satisfy this body? I realized now that this calamity was a blessing given to me by Allah, a chance to open my eyes, 'why am I here, why am I in bed', and I started looking for some of the answers. At that time there was great interest in great interest in the Eastern mysticism. I began reading and the first thing I began to become aware of was of death, and that the soul moves on, it does not stop. I felt I was taking the road to bliss and high accomplishment. I started meditating and even became a vegetarian. I now believed in 'peace and flower power', and this was the general trend. But what I did believe in particular was that I was not just a body, this awareness came to me at the hospital.


One day when I was walking and I was caught in the rain, I began running to the shelter and I realized, 'wait a minute, my body is getting wet, my body is telling me I am getting wet.' This made me think of a saying that the body is like a donkey and it has to be trained where it has to go, otherwise the donkey will lead you where it wants to go.


Then I realized I had a will, a God given gift: follow the will of God. I was fascinated by the new terminology I was learning in the Eastern religion. By now I was fed up with Christianity. I started making music again and this time I started reflecting my own thoughts. I remember the lyric of one of my songs. It goes like this: 'I wish I knew, I wish I knew what makes the Heaven, what makes the Hell, do I get to know You in my bed or some dusty cell while others reach the big hotel/' and I knew I was on the Path.


I also wrote another song 'The way to find God out.' I became even more famous in the world of music. I really had a difficult time because I was getting rich and famous and at the same time I was sincerely searching for the Truth. Then I came to a stage where I decided that Buddhism is alright and noble, but I was not ready to leave the world, I was too attached to the world and was not prepared to become a monk and to isolate myself from society.


I tried Zen and Ching, numerology, tarot cards and astrology. I tried to look back into the Bible, and could not find anything. At this time I did not know anything about Islam, and then, what I regarded as a miracle occurred. My brother had visited the mosque in Jerusalem, and was greatly impressed that while on the one ;had it throbbed with life ( unlike the churches and synagogues which were empty), on the other hand, an atmosphere of peace and tranquility prevailed.


The Qur'an
When he came to London he brought back a translation of the Qur'an, which he gave to me. He did not become a Muslim, but he felt something in this religion, and thought I might find something in it too.


And when I received the Book, (a guidance that would explain everything to me: who I was, what the purpose of life was, what reality was, and where I came from), I realized that this was the true religion - religion not in the sense the West understands it, not the type foe only your old age. In the West, whoever wishes to embrace a religion and make it his only way of life is deemed a fanatic. I was not a fanatic, I was at first confused between the body and the soul. Then I realized that the body and soul are not apart and you don't have to go to the mountain to be religious; we must follow the will of God, then we can rise even higher than the angels. The first thing I wanted to do now was to be a Muslim.


I realized that everything belongs to God, that slumber does not overtake Him. He created everything. At this point I began to lose the pride in me, because hereto I had thought the reason I was here was because of my own greatness. But I realized that I did not create myself, and the whole purpose of my being here was to submit to the teaching that has been perfected by the religion we know as Al-Islam. At this point I started discovering my faith. I felt that I was a Muslim, on reading the Qur'an. I now realized that all the Prophets sent by God brought the same message. Why then were the Jews and Christians different? I know now how the Jews did not accept Jesus as the Messiah and that they had changed His Word. Even the Christians misunderstand God's Word and called Jesus the son of God. Everything made so much sense. This is the beauty of the Qur'an; it asks you to reflect and reason, and not to worship the sun or moon but the One who has created everything. The Qur'an asks man to reflect upon the sun and moon and Good's creation in general. Do you realize how different the sun is from the moon/ They are at varying distances from the earth, yet appear the same size to us; at times one seems to overlap the other.

Even when many astronauts go t space, they see the insignificant size of the earth and vastness of space, and they become very religious, because they have seen the Signs of Allah.

When I read the Qur'an further, it talked about prayer, kindness and charity. I was not a Muslim yet, but I felt that the only answer for me was the Qur'an, and God had sent it to me and I kept it a secret. But the Qur'an speaks on different levels. I began to understand it on another level, where the Qur'an says "Those who believe don't take disbelievers for friends and the believers are brothers." Thus at this point I wished to meet my Muslim brothers.

Conversion
Then I decided to journey to Jerusalem (as my brother had done). At Jerusalem, I went to the mosque and sat down. A man asked me what I wanted. I told him I was a Muslim. He asked what was my name; I told him 'Stevens'. he was confused. I then joined the prayer though not so successfully.. Back in London, I met a sister called Nafisa. I told her I wanted to embrace Islam and she directed me to the New Regent Mosque. This was in 1977, about 1 1/2 years after I received the Qur'an. Now I realized that I must get rid of my pride, get rid of Iblis and face one direction. So on a Friday, after Jummah I went to the Imam and declared ;my faith (the Kalima) at his hands. You have before you someone who had achieved fame and fortune. But guidance was something that eluded me, no matter how hard I tried, until I was shown the Qur'an. Now I realize I can get direct contact with God, unlike Christianity or any other religion. As one Hindu lady told me, 'You don't understand the Hindus, we believe in one God, we use these objects (idols) to merely concentrate.' What she was saying was that in order to reach God one has to create associates, that are idols for the purpose. But Islam removes all these barriers, the only thing that moves the believers from the disbelievers is the Salat. This is the process of purification. Finally I wish to say that everything I do is for the pleasure of Allah and pray that you gain some inspirations from my experiences. Furthermore I would like to stress that I did not come into contact with any Muslim before I embraced Islam. I read the Qur'an first and realized no person is perfect, Islam is perfect, and if we imitate the conduct of the Holy prophet (peace and blessings of God be upon him), we will be successful. May Allah give us guidance to follow the path of the Ummah of Muhammad ( peace and blessings be upon him). Ameen!

Yusuf Islam (formerly Cat Stevens)



Bangsa Kamu Tiada Harga! Yang Bernilai Cuma Takwa

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). "

(Al-Hujurat: 13)
Kenapa manusia begitu bangga dengan bangsa?
Kenapa manusia begitu bangga dengan keturunan?
Kenapa manusia begitu bangga dengan suku?
Sedangkan...Mulianya Manusia di sisi Allah adalah kerana TAKWA nya...
Sedarilah akan diri kita...
Yang membezakan engkau dan aku adalah Takwa...
Bukan bangsa...
Bukan keturunan...
Bukan suku...
Bukan yang lain...
Usah kita bangga dengan bangsa dan keturunan...
Usah kita tegakkan bangsa mahupun keturunan...
Tapi...
Tegakkan ketakwaan kita di sisi Allah...
Itulah penentu sama ada kita ke syurga atau ke neraka...
Kuasa dunia hanya sementara...
Pangkat dunia hanya sementara...
Harta dunia hanya sementara...
Yang kekal adalah kehidupan selepas mati...

25 Mei 2009

Catatan Iban Muslim: Islam Perlu Difahami


Alangkah indahnya hidup ini apabila lahir sahaja ke dunia, tahu-tahu mak bapa adalah orang Islam. Maka, dengan sendirinya bayi yang lahir itu adalah orang yang beragama Islam.


Namun, di sebaliknya terdapat segolongan manusia yang lahir ke dunia, tahu-tahu mak bapa adalah orang yang belum Islam. Maka, dengan sendirinya bayi yang lahir itu adalah orang yang beragama selain daripada Islam.


Pernah atau tidak kita terfikir sebagai seorang Islam bahawa betapa beruntungnya kita berada di dalam kelompok ini. Kelompok yang berada di atas landasan yang benar di sisi Allah, yakni Tuhan Seluruh Alam. Dengan syarat, kita menjaga dan mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan oleh Allah.


Dan, pernah atau tidak kita terfikir bahawa orang yang dilahirkan dalam keadaan bukan Islam, adakah mereka akan kekal dalam keadaan bukan Islam sehingga akhir hayat mereka? Atau, di pertengahan pengembaraan mereka di dunia ini mereka akan bertemu satu cahaya hidayah yang bakal menyelamatkan mereka di akhirat kelak.


Itu semua satu ketentuan yang telah tertulis di dalam catatan Allah. Allah lebih mengetahui hujung pangkal kehidupan setiap makhluk yang diciptakan-Nya.


Jujurnya, Islam adalah satu agama yang begitu indah kalau kita dapat menyingkap satu persatu rahsia yang terdapat di dalamnya. Untuk berjaya melihat indahnya Islam, sudah pasti memerlukan pengorbanan dan kepayahan dalam usaha mendaki ke puncak keindahan Islam itu sendiri. Berkorban masa. Berkorban harta. Berkorban masa muda. Berkorban masa remaja. Berkorban masa bersama teman. Berkorban masa bersama keluarga. Berkorban hobi. Dan, pelbagai jenis pengorbanan yang perlu kita korbankan.


Untuk apa? Itu semua adalah semata-mata untuk menerokai ilmu Islam itu sendiri. Hendak tahu sejauh mana indahnya Islam itu, satu perkataan yang paling tepat adalah FAHAM! Faham kita berkaitan Islam, maka kita akan melihat betapa indahnya agama Islam ini. Jika kita tidak faham berkaitan Islam, kita hanya mampu sebagai pewaris Islam. Tidak lebih daripada itu.


Bukannya mudah untuk seseorang yang lahirnya di luar agama Islam untuk mengakhiri kehidupannya dalam keadaan Islam. Malah, seseorang yang lahir dalam keadaan Islam pun belum tentu akan berakhir dalam keadaan Islam.


Walau apa jua cara seseorang itu datang untuk memeluk agama Islam bukan satu persoalan yang perlu kita persoalkan. Tidak perlu kita terlalu banyak bertanya, bagaimana kamu boleh masuk Islam? Mimpikah? Kajian kah? Dengar azan kah? Sebab kahwin kah? Atau seribu satu macam soalan yang selalu ditanyakan. Kalau kita faham bahawa hidayah dan petunjuk itu datangnya daripada Allah, maka kita akan terima saudara seIslam kita itu seadanya tanpa mempertikaikan asal usulnya daripada seorang yang kafir sebelumnya. Sebab musabab seseorang itu mendekati Islam adalah satu cahaya suluhan menuju jalan yang lurus, yakni Islam.


Bagi manusia yang sudah berada di jalan Islam, usah menoleh ke kiri, ke kanan, mahupun ke belakang. Teruskan perjalanan yang lurus itu. Peliharalah jalan yang lurus itu. Semailah benih Islam itu untuk keluarga kita. Jangan sampai nanti, kita terganggu dengan tipu daya simpang siur kehidupan di kiri dan kanan yang boleh bila-bila masa menarik kita menyimpang daripada jalan yang lurus ini.


"Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. "

(Al-Qalam: 7)

Why a non-Muslim should know the Qur'an?


The Qur'an is undeniably a book of great importance even to the non-Muslim, perhaps more today than ever, if that is possible. One aspect of Islam that is unexpected and yet appealing to the post-Christian secular mind is the harmonious interplay of faith and reason. Islam does not demand unreasoned belief. Rather, it invites intelligent faith, growing from observation, reflection, and contemplation, beginning with nature and what is all around us. Accordingly, antagonism between religion and science such as that familiar to Westerners is foreign to Islam.

This connection between faith and reason enabled Islamic civilization to absorb and vivify useful knowledge, including that of ancient peoples, whereby it eventually nursed Europe out of the Dark Ages, laying the foundation for the Renaissance. When Europe got on its cultural feet and expelled Islam, however, the European mind was rent by the inability of the Christian church to tolerate the indivisibility of the sacred and the secular that characterized Islam and had enabled Islamic civilization to develop natural science and abstract art as well as philosophy and social science. The result was a painful, ill-fated divorce between science and religion in Europe, one whose consequences have adversely affected the entire world.

In the post-Christian West, where thinking people, including scientists themselves once more, are seeking solutions to the difficulties created by the Christian divorce between religion and science, the Qur'an offers a way to explore an attitude that fully embraces the quest for knowledge and understanding that is the essence of science, while at the same time, and indeed for the same reasons, fully embraces the awe, humility, reverence, and conscience without which "humankind does indeed go too far in considering itself to be self-sufficient" (Qur'an 96:6-7).

Even for the secular Westerner, apart from any question of religious belief or faith, there are immediate benefits to be found in reading the Qur'an. First, in view of the sacredness and vital importance of the Qur'an to approximately one-fifth of all humanity, a thinking citizen of the world can hardly develop a rational and mature social consciousness without considering the message of the Qur'an and its meaning for the Muslim community.

With the fall of communism, it has become particularly clear that global peace, order, and self-determination of peoples cannot be achieved without intelligent respect for Islam and the inalienable right of Muslims to live their religion. The second immediate benefit in reading the Qur'an, therefore, is that it is a necessary step toward the understanding and tolerance without which world peace is in fact inconceivable.

For non-Muslims, one special advantage in reading the Qur'an is that it provides an authentic point of reference from which to examine the biased stereotypes of Islam to which Westerners are habitually exposed. Primary information is essential to distinguish between opinion and fact in a reasonable manner. This exercise may also enable the thinking individual to understand the inherently defective nature of prejudice itself, and thus be the more generally receptive to all information and knowledge of possible use to humankind.


-IslamiCity.com-

Surat Husam Kepada PM

YAB Dato’ Seri Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya

YAB Dato’ Seri,

UMNO Lantik Menteri Besar Perak Sebelum MB Nizar Digugurkan Secara Yang Sah

Saya telah membaca kenyataan panjang lebar YAB Dato’ Seri di bawah tajuk: Perak Sultan Should Not Be Blamed: Najib, laporan yang dikeluarkan BERNAMA juga dipetik oleh Utusan Malaysia pada hari ini di bawah tajuk: Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib.

Penjelasan YAB Dato’ Seri ternyata menunjukkan YAB Dato’ Seri mengalami kekeliruan yang amat asas dalam isu krisis di Negeri Perak sekarang.

Bukan Sultan Perak yang dipersalahkan oleh orang ramai. UMNO dan secara khususnya, YAB Dato’ Seri lah yang dipersalahkan kerana telah mengesyorkan perlantikan Zambry Abdul Kadir untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada waktu Menteri Besar yang dilantik secara sah belum lagi digugurkan sebagai Menteri Besar!

Dari situ, timbul istilah dua Menteri Besar! Itulah yang dikatakan rampasan kuasa membelakangkan undang-undang khususnya undang-undang tubuh Negeri Perak yang menyatakan dengan jelas Menteri Besar yang telah dilantik hanya boleh gugur dengan empat cara iaitu;
a. Meletakkan jawatan.
b. Meninggal dunia.
c. Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
d. Melalui undi tidak percaya oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Di dalam kes di Perak, keempat-empat perkara di atas tidak berlaku. Nizar masih lagi Menteri Besar Perak pada waktu Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Inilah asas yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi ketika mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sepanjang masa material, baru-baru ini.

Atas prinsip yang sama, penaung YAB Dato’ Seri, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa UMNO gopoh dalam pelantikan Zambry.

Pemimpin UMNO yang lain, YBM Tengku Razaleigh Hamzah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perlantikan itu tidak sah kerana membelakangkan prosedur undang-undang berkaitan.

Betul Barisan Nasional melalui tiga wakil bebas yang bersama BN mempunyai lebih majoriti. Tetapi BN tidak boleh menggunakan kelebihan majoriti mudah ini sama seperti keadaan Menteri Besar belum terlantik selepas pilihanraya baru diadakan. Pada waktu itu, Menteri Besar belum ada. Sekarang, Menteri Besar sudah ada.

Undang-undang mengkehendaki Menteri Besar yang sah dihilangkan jawatannya melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri secara rasmi dan bukan sekadar membilang berapa bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membuat pengakuan bersama BN di luar Dewan.

Ini pernah berlaku di Kelantan dalam peristiwa turn about about turn pada tahun 1968 di mana UMNO telah menculik dan mengugut empat orang ADUN PAS dan mereka telah membuat pengakuan menyokong UMNO/Perikatan untuk menggulingkan kerajaan PAS pada waktu itu, di luar dewan.

Oleh kerana Speaker yang dilantik oleh PAS juga telah berpaling tadah pada UMNO/Perikatan, beliau memanggil satu sidang Dewan Negeri Kelantan untuk tujuan itu. Malangnya, bila usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dibawa, ADUN yang tadinya mengaku akan menyokong usul itu telah berpaling tadah sekali lagi dan usul tidak percaya itu dapat dipatahkan.

Itulah proses yang digunakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada waktu itu. Pegawai-pegawai YAB Dato’ Seri boleh menyemak rekod ini untuk tujuan perbandingan. Proses yang sama mesti digunakan oleh UMNO/BN di Perak tetapi itu tidak dilakukan.

Dewan Undangan Negeri Perak di bawah YB Sivakumar selaku Speaker, tidak menggantung Sultan Perak atau mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa kecaman kepada Tuanku Sultan Perak kerana mereka tahu Tuanku tidak bersalah.

Yang bersalah ialah ADUN-ADUN berkenaan yang telah mengangkat nama mereka kepada Tuanku untuk angkat sumpah ahli-ahli Exco Negeri pada hal mereka semua tahu ia bertentangan dengan kehendak undang-undang tubuh Negeri Perak. Mereka digantung kerana melanggar undang-undang tubuh Negeri Perak, bukan kerana Pakatan Rakyat mahu mengurangkan majoriti BN dalam Dewan Undangan Negeri.

Zambry pula bersalah kerana bersetuju untuk mengangkat sumpah sedangkan jawatan Menteri Besar belum dikosongkan.

Jika sekiranya UMNO/BN menggunakan proses yang dikehendaki oleh undang-undang dan satu usul tidak percaya telah diluluskan ke atas Nizar, mengikut undang-undang, Nizar boleh mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan membubarkan DUN Perak atas prinsip mengembalikan hak menentukan kerajaan mana yang rakyat kehendaki untuk memerintah Perak melalui pilihanraya semula.

Ini kerana, rakyat telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Perak. Tiga ADUN yang melompat bertindak demikian bertentangan dengan pilihan rakyat dan ia adalah ambil alih kuasa menerusi pintu belakang. Sebab itu, penyelesaian terbaik ialah memulangkan semula kuasa itu kepada rakyat.

Pemimpin komponen BN sendiri semakin ramai yang menyuarakan hal ini secara terbuka.

Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.

Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan.

Segala-galanya bermula dari ketamakan untuk mendapat kuasa memerintah melalui jalan belakang. Jika ia berpunca dari ketamakan politik, penawarnya ialah politik juga iaitu UMNO dan BN bersama PR mengadap Sultan Perak untuk mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Tidak ada rompakan ala lanun Somalia tetapi kepatuhan kepada undang-undang dan hasrat rakyat. Ini selari dengan kehendak Islam yang memberikan hak kepada yang berhak dan Islam sama sekali tidak mengizinkan pencabulan dan pemerkosaan hak rakyat.

Sekian Terima Kasih

Husam Musa
Naib Presiden PAS
21 Jumadal Ula 1430H
Bersamaan 16 Mei 2009

Aminah Dedah Bukti Disogok PKR


Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini.

Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menggunakan slogan "Ke Arah Keadilan Sebenar", Aminah bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin PKR tersebut.Beliau juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan satu ketua menteri.

Mansor akan dilantik kepada jawatan nombor dua kerajaan itu bagi menggantikan Mohammad Fairus Khairuddin yang melepaskan jawatan tersebut dan ADUN Penanti bulan lalu.

Aminah, yang berlambangkan kunci, mendedahkan buktinya - dalam bentuk rakaman audio - kepada wartawan dalam sidang media di Penanti. Rakaman tiga jam itu kini sedang disalin oleh kumpulan wartawan yang membuat liputan tersebut.

Aminah juga berkata beliau akan membuat aduan polis hari ini berhubung perkara tersebut dan untuk mendapatkan perlindungan pihak berkuasa tersebut susulan pendedahannya itu.

Beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok mengenai isu tersebut, dengan mendedahkan nama dua wakil PKR dan foto rakaman pertemuan tersebut.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua semalam menafikan parti itu cuba menyogok Aminah dan mencabar calon itu agar membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan SPR.

Hari ini, Pengarah Pilihanraya PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan menghantar segera surat peguamnya kepada Aminah agar menarik balik tuduhan tersebut dan meminta maaf. -Malaysiakini-

Mogok Lapar Di Perak: Penjelasan Oleh Ustaz Ahmad Awang

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Harakah) - Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan keputusan Badan Perhubungan PAS Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan munajat sewaktu berhadapan dengan kemelut politik di negeri Perak adalah selaras dengan Islam.

Dalam kenyataannya sebentar tadi, Ustaz Ahmad berkata, hikmah berpuasa juga bertepatan dengan sunnah apabila umat Islam digalakkan berpuasa sunat tiga hari setiap awal bulan hijrah iaitu 1 Jamadil Akhir (esok).

Katanya, keputusan PAS selaras dengan hasrat parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang mahu menganjurkan mogok lapar tiga hari mulai esok sebagai membantah kezaliman Barisan Nasional terhadap rakyat di negeri itu.

"Saya sudah bertanya kepada rakan-rakan bukan Islam daripada DAP dan KeADILan, mereka mengatakan mogok lapar yang dianjurkan tidak dibuat sehingga menyeksa diri.

"Lagi pun mereka menyediakan khidmat doktor yang akan sentiasa memantau keadaan," katanya.

Sekaligus Ustaz Ahmad menolak kenyataan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang mengatakan umat Islam haram melakukan mogok lapar.

"Jangan kita terperangkap dengan mainan media, kita orang Islam, sudah tentu kita faham beza antara mogok lapar dengan berpuasa sunat.

"Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasaruddin Hassan dalam sebuah akhbar harian hari ini yang menolak mogok lapar, saya fikir tidak sesuai," tegasnya.

Ustaz Ahmad memberitahu, beliau sudah mengarahkan PAS Kawasan-kawasan seluruh Perak untuk menganjurkan puasa sunat dan pada Khamis (hari ketiga berpuasa) malamnya diadakan solat hajat dan munajat.

Tegasnya, matlamat utama berpuasa sunat dan munajat diadakan ialah untuk memohon kepada Allah agar digerakkan hati pihak yang berkuasa bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Kita tidak mahu terlalu hampa dengan kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan, kita masih ada peluang di Mahkamah Persekutuan, apa yang kita mahu, sebagai orang Islam, kita mesti sentiasa dekat kepada Allah dan memohon pertolongan dari-Nya," tegas beliau.

Sehubungan itu beliau mempelawa umat Islam yang berpuasa di Perak untuk menyerai majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak selama tiga hari berturut-turut mulai esok.

From East: Foreign Forces 'no help'


[Al-Jazeera]
Mahmoud Ahmadinehjad, Iran's president, has criticised the presence of foreign troops in the region during talks with his counterparts from Pakistan and Afghanistan.

"Regional people are able to tackle ... security issues by themselves," he said during talks with Hamid Karzai and Pakistan's Asif Ali Zardari on Sunday.His comments came after the three leaders gathered in Tehran to discuss a joint strategy to tackle security problems and drug trafficking in the region.

"Although the presence of foreign forces in our region was under the pretext of establishing security ... it has not been much of a help to the establishment of permanent security and political and economic growth," Ahmadinejad said.

Karzai, the Afghan president, said the problems his country and its neighbours were facing originated at home.

Frequent attacks

"The problems come from amongst ourselves," he said.

"If we can save Pakistan and Afghanistan from these problems, from extremism ... then such trilateral meetings are meaningful."Tens of thousands of US and Nato military alliance troops are curently deployed in Afghanistan to combat Taliban fighters.Across the border in northwest Pakistan, the military is involved in fierce fighting with pro-Taliban forces who control large areas of the Swat valley.The one-day summit in Tehran ended with Ahmadinejad, Karzai and Asif Ali Zardari, Pakistan's president, signing an agreement to work together on stabilising the region.

"All three nations, by relying on their strengths, good organisation and co-operation, can solve these issues," Ahmadinejad said at the summit's closing session.

"The Tehran Declaration is a serious declaration of comprehensive co-operation towards achieving the interests of all three nations."


'Beacon of hope'

Al Jazeera's Alireza Ronaghi, reporting from Tehran, said that the meeting was an opportunity for Iran to prove to the new US administration that it can play an important role in the region."Iran wants to prove to the world that it is a beacon of hope in a region that is emboiled in turmoil and conflict," he said.

"Iran has been relatively stable security-wise ... and it has always favoured regional security pacts over deals and treaties with foreign forces."Barack Obama, the US president, has said he is committed to a more regional approach to tackling the security situation in Afghanistan and Pakistan, while at the same time making diplomatic overtures to Tehran.Elahe Mohtasham, a senior research associate at the Foreign Policy Centre, said Iran had stayed out of the security issues of Pakistan and Afghanistan over the last eight years.

"Iran will be able to play a crucial role as border security between these countries is extremely important," she told Al Jazeera.

"But the trade and economic aspects of relations are as important ... and could have side effects, overlaps with each other.

"For example, Iran wants to provide free or subsidised electricity to Pakistan."


'Comprehensive approach'

Zardari suggested that the three leaders should meet again in Pakistan, but did not set a date for the summit.He said Islamabad was committed to fighting the menace of "terrorism, extremism and narcotics which has threatened the region".

"We can tackle them through a comprehensive approach," Zardari said.

During the summit, Iran signed a framework agreement to export natural gas to Pakistan, local news agencies reported.

India had been part of the $7bn so-called "peace pipeline" project, but stayed away from talks in September saying it wanted to agree transit costs through Pakistan on a bilateral basis first.

Iran and Pakistan had agreed on a revised price formula and a new price review mechanism in December which updated terms reached in 2006.

24 Mei 2009

Sri Aman 'Bandar Tidur'

Bandar Sri Aman Sarawak 'bandar tidur'. Begitulah laporan yang dibuat oleh Borneo Post hari ini.(Baca di sini). Ada benarnya kenyataan yang dilaporkan tersebut. Saya selaku warga Sri Aman mengakui perkara ini, walaupun ADUN nya menafikan laporan tersebut.
Saya selaku orang muslim, agak merasa sedikit kepayahan apabila berkunjung ke bandar berkenaan. Apa tidaknya... Apabila sampainya waktu solat, tidak ada surau-surau disediakan di lokasi strategik di bandar berkenaan. Alternatif yang ada ialah Masjid Jamek Sri Aman, yang terletak kira-kira 2 km daripada pusat bandar berkenaan.
Apalah salahnya menyediakan sebuah surau berdekatan dengan stesyen bas, atau berhampiran pasar tamu. Boleh juga orang-orang beragama Islam bersolat.
Kalau setakat membina menara peninjau benak di sepanjang tebingan sungai batang lupar terebut, apalah sangat faedahnya. Boleh bina, tapi kena tengok sama keperluan orang Islam.
Kepada pihak berwajib, diharap keperluan orang Islam turut dijaga walaupun Muslim golongan minoriti di kawasan berkenaan.

Harussani: Dia punya pasal lah

IPOH 23 Mei - Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) hari ini membidas rancangan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Beliau berkata, mereka sepatutnya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan tidak menimbulkan masalah apabila keputusan itu tidak memihak kepada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Kenapa hendak datangkan masalah, kalau menang belah dia tidak apa tetapi apabila kalah hendak bangkang," katanya ketika dihubungi semasa berada di Mekah, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pakatan pembangkang untuk mengadakan kempen mogok lapar selama tiga hari mulai Selasa hingga Khamis depan bagi mendesak Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".

Zambry pula semasa diminta mengulas rancangan pembangkang itu berkata, biarlah rakyat menilai sendiri sikap mereka.
IBAN MUSLIM:
Mari kita sama-sama menilai pandangan Mufti Popular Malaysia dalam petikan akhbar Utusan Malaysia di atas. Rasa senak perut apabila membaca kenyataan beliau yang seakan-akan dengan nada yang agak kasar, garang dan bencinya terhadap pihak pembangkang. Namun, kita sebagai pembaca berhak untuk menilai cara masing-masing. Tetapi kita perlu faham bahawa Mufti adalah untuk seluruh rakyat Malaysia, bukan cenderung kepada mana-mana pihak. Saya ingin fokus pada ayat ini,
Ketika ditanya hukum perbuatan mogok lapar dalam Islam, Harussani berkata: ''Dia punya pasal lah, tidak ada kena mengena dengan hukum Islam tetapi kalau keputusan mahkamah begitu, haramlah hukumnya,".
Anda dan saya sama-samalah menilai. Inilah rupa tonggak agama Islam di dalam Negara Islam, Malaysia.

4 Amalan Sebelum Tidur

Rasulullah s.a.w berpesan kepada Aisyah r.a:
"Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu:
  1. Sebelum khatam Al Quran,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah."

Bertanya Aisyah:

"Ya Rasulullah...Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara sekaligus (serentak)?"

Rasulullah s.a.w tersenyum dan bersabda:

"Jika engkau tidur, bacalah Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran,

Membaca salawat untuk-Ku dan para nabi sebelum aku, maka Kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat,

Beristighfarllah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu,

Dan, perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."

4 Macam Manusia

  1. Manusia yang tahu (mengerti) dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.
  2. Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.
  3. Manusia yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cerdas.
  4. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian haruslah dijauhi.

Nik Aziz: Islam Tidak, Demokrasi Pun Tidak

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.

Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.

"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.

Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini.


"Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini.

"Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.

Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.

"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.

Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.

"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu.

"Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.

"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. -HarakahDaily-

23 Mei 2009

Jalan dan Tujuan

Dunia menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan...
Bila tujuan seorang hamba menuju Allah, pasti akan ditunjukkan-Nya menerusi sunnah...

7 Tips Bercinta Sampai Ke Syurga

  1. Dahulukan hak Allah daripada hak pasangan kita.
  2. Hadiri majlis pengajian bersama.
  3. Sentiasa bekerjasama untuk membuat kebaikan dalam rumah tangga dan masyarakat.
  4. Sama-sama saling ingat mengingati agar menjauhi kemungkaran.
  5. Rela berkorban kesenangan sesama pasangan demi bakti sesama manusia.
  6. Berdoa dan bersedekah sebagai wasilah mengekalkan cinta.
  7. Membaca al-Quran di permulaan dan pengakhiran hari.

Peraturan Cinta

Cinta! Seronoknya manusia bila bercinta. Namun, ia ada peraturannya. Peraturan cinta itu apa?
Ia adalah syariat yakni hukum halal (wajib), haram, sunat, makruh dan harus. Usah dilanggar sama sekali yang haram hanya kerana cinta!
Jangan diabai yang wajib hanya kerana cinta!
Manakala yang makruh dan sunat diserahkan kepada kebijaksanaan dan kewarakan si pencinta itu untuk membuat atau meninggalkannya.
Namun, percayalah...kemanisan dengan menempuh jalan yang haram, akan berakhir dengan kepahitan!
Dan...Percayalah, kepahitan yang dirasai kerana menjaga yang wajib pasti membuahkan kemanisan yang berkekalan.
Fikir-fikirkanlah. Jangan hanya mengikut rasa!

Di Mana Jalan Yang Lurus?

Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus. (Ali Imran: 51)

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus. (al-Maa'idah:19)

Dan inilah jalan Tuhanmu (agama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf. (al-An'aam: 126)

Dengan yang demikian, berpegang teguhlah engkau kepada Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu; kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus. (al-Zukhruf:43)

Dan (Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (Yaasin: 36)


Dan...banyak lagi ayat-ayat Allah yang menjelaskan sejelas-jelasnya bahawa Islam itulah jalan yang lurus dan benar di sisi Tuan Empunya Dunia (Allah)!

Menguap Pun Ada 5 Hukumnya

  • Ada ketikanya menguap menjadi wajib: Apabila terlalu mengantuk dan mesti menguap dan jika tidak dikhuatiri ia akan mengganggu gugat kesihatan.
  • Ada ketikanya menguap menjadi haram: Apabila menguap untuk menyindir orang lain.
  • Ada ketikanya juga menguap menjadi makruh: Apabila mulut ternganga luas ketika menguap.
  • Ada ketikanya menguap menjadi harus: Menguap boleh dilakukan dalam keadaan berdiri atau duduk atau berbaring.
  • Ada ketikanya menguap menjadi sunat: Disunatkan apabila menguap hendaklah menutup mulut dan membaca ta'awauz.

Sekecil-kecil perkara umpama menguap inipun Islam mengajar kita hukumnya. Apatah lagi persoalan besar seperti berkeluarga, bernegara, ekonomi, politik, pakaian, pendidikan sosial, budaya, dan lain lagi.

Dialog Hamba dengan Allah dalam al-Fatihah

Apabila seorang hamba berkata:
"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang."
Allah Menjawab:
"Hamba-Ku telah mengingat-Ku."
Apabila seorang hamba berkata:
"Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam."
Allah Menjawab:
"Hamba-Ku telah memuji-Ku."
Apabila seorang hamba berkata:
"Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
Allah Menjawab:
"Hamba-Ku telah Mengagungkan-Ku."
Apabila seorang hamba berkata:
"Raja yang menguasai hari pembalasan."
Allah Menjawab:
"Hamba-Ku telah memuliakan-Ku."
Apabila seorang hamba berkata:
"Hanya kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan."
Allah Menjawab:
"Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta."
Apabila seorang hamba berkata:
"Tunjukilah kepada aku jalan yang lurus, jalan orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat."
Allah Menjawab:
"Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas apa yang dia minta."
(Tafsir al-Kabir oleh Imam al-Fakhru al-Razi, Juz.1 halaman 270)

4 Penjuru di Penanti: BN Mengaku Kalah

Selesai sudah penamaan calon bagi perebutan kerusi DUN Penanti, pertandingan 4 penjuru di antara 3 calon bebas dan seorang calon PKR bakal disaksikan. Calon-calon bebas yang bakal bertanding menentang calon PKR (Mansor Othman) pada PRK tersebut adalah seperti berikut:
  • Kamarul Ramizu Idris (calon bebas yang hilang pertaruhan di Bukit Gantang, Perak)
  • Aminah Abdullah (bekas pemimpin Wanita PKR negeri )
  • Nai Khan Ari (Bekas pemimpin Gerakan)
BN mengotakan katanya untuk tidak bertanding pada PRK kali ini, dan dijangka berminat untuk bertanding di DUN Manik Urai.
Seterusnya, beberapa siri kempen bakal berlangsung mulai hari ini. Tumpuan pastilah pada stesyen-stesyen TV Malaysia. Dengan tiadanya calon BN, sama-sama kita perhatikan siri kempen TV akan mengarah ke calon yang mana?
Selamat berkempen para pejuang parti atau pejuang bebas...

BN Bertanding di Manik Urai

Mendapat perkhabaran bahawa BN bakal meletakkan calonnya di Manik Urai. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat pengesahan tersebut di Singapura bahawa BN akan mencabar kerusi DUN Manik Urai.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri pula turut bersetuju untuk meletakkan calon di PRK DUN N41 tersebut.
Berbeza dengan PRK Penanti, pucuk pimpinan BN tidak perlu melalui beberapa siri mesyuarat dalam menentukan sama ada ingin bertanding mahupun tidak.
Bagi rakyat di Manik Urai, anda begitu bertuah jika BN mengambil keputusan untuk bertanding kerana kawasan anda akan diserang oleh beberapa projek pembangunan tak terancang. Tahniah. Kalau diberi tu ambil...pangkah tu cerita lain...
Sebelum ini, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan parti untuk tidak bertanding di Penanti dengan alasan PRK tersebut adalah helah politik pembangkang dan membazirkan wang rakyat.
Justeru, sekiranya BN berdegil untuk bertanding di DUN Manik Urai, maka satu lagi siri pembaziran wang rakyat bakal dilakukan oleh BN selaku teraju kepimpinan rakyat Malaysia di peringkat persekutuan.
Sekali lagi diingatkan bahawa, setiap pangkahan itu membawa dua maksud, sama ada pangkahan dosa atau pangkahan pahala. Memilih pemimpin yang mengikut acuan Islam bermakna kita bakal diberi ganjaran pahala yang setimpal oleh Allah. Sebaliknya, jika memilih pemimpin yang tidak berjuang atas dasar Islam, maka kita akan bersekongkol sama dengan perjuangan mereka selain Islam. Maka, kita turut mendapat saham dosa.
Maka, bijaklah memilih pemimpin.
Bagi parti yang ingin mencabar kerusi parti penyandang di Manik Urai (PAS), fikirlah masak-masak demi kepentingan rakyat, Usahlah membazir duit rakyat. Usahlah menyusahkan Suruhanjaya Pilihanraya. Usahlah membiarkan Polis kerja overtime dan over limit.

22 Mei 2009

PAS Menang Percuma di Manik Urai? Jangan Membazir Wang Rakyat!

Demi kepentingan rakyat, UMNO dinasihatkan jangan bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) di DUN Manik Urai ekoran kematian mengejut ADUN N41 awal pagi tadi.
Ini kerana, majoriti di DUN Kelantan terlalu besar untuk dicabar. Justeru, sekiranya UMNO atau sesiapa yang berhajat untuk bertanding, maka itu adalah satu pembaziran.
Semalam, Ketua Wanita UMNO menyatakan bahawa, PRK di Penanti adalah satu permainan politik kotor pembangkang. Maka, usahlah bertanding di Manik Urai. Takkan 'kematian' yang mana menjadi hak mutlak Allah untuk menentukannya, bakal dikatakan sebagai 'permainan kotor'.
Untuk memudahkan kerja Suruhanjaya Pilihanraya dan Polis, sesuailah kiranya UMNO tidak bertanding di Manik Urai.
Atau...ada 'ayat dalih' yang lain bakal dikeluarkan oleh para-para UMNO. Silakan.

Dr. Zambry MB Perak

Akhirnya terjawab persoalan MB Perak yang telah beberapa kali bertukar tangan. Dr. Zambry ditabalkan oleh mahkamah rayuan sebagai MB Perak yang sah. Keputusan tersebut sekaligus mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Begitulah episod yang berlaku di mahkamah dunia. Di mahkamah akhirat esok, keputusan adalah muktamad. Tidak ada mahkamah rayuan...
Kemungkinan akan ada lagi episod seterusnya di Negeri Perak tidak ditolak. Selagi DUN tidak dibubar, berlarutanlah episod ini. Sebab, undang-undang dunia mengizinkan mana-mana pihak menggunakan institusi kehakiman dalam menentukan hak masing-masing.
Bagi yang menang, tahniah! Bagi yang kalah, cuba lagi!
Yang haq tidak semestinya menang...yang menang tak semestinya haq...Kita tunggu di mahkamah akhirat...

ADUN PAS Meninggal Dunia

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu.

Beliau meninggal pada usia 60 akibat masalah kesihatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II subuh tadi.

Beliau juga di antara ADUN paling lama yang berkhidmat di DUN Negeri Kelantan sejak 1986.



Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai

Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 0.26%, Lain-lain 0.02%

1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192

Sama-samalh kita hadiahkan al-Fatihah kepada beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

21 Mei 2009

MB Perak ditentukan sekali lagi pagi ini

Pagi ini, menjelang 9.30 pagi sudah pastilah pandangan kita akan tertumpu kepada Mahkamah Rayuan yang akan bersidang dalam menentukan siapakan Mentei Besar Perak yang sebenarnya.
Ada yang menanti dengan penuh debaran. Tidak kurang juga yang tidak kisah apa jua keputusan yang bakal ditentukan oleh mahkamah sedikit jam lagi.
Bagi pejuang-pejuang parti, sudah pastilah keputusan pagi ini adalah satu perhitungan yang amat penting. Di antara haq dan batil... Dan, kita harus ingat bahawa yang haq tidak semestinya di pihak yang menang. Malah, Allah akan sentiasa menguji para pejuang haq. Sama ada kita tergolong dalam golongan yang sabar mahupun golongan yang gelojoh.
Jika ditakdirkan golongan haq ini berada di pihak yang menang, maka ini adalah satu bonus dan amanah yang amat besar untuk ditunaikan.
Manakala, golongan batil tetap berusaha dengan apacara sekalipun dalam usaha memegang tampuk kekuasaan. Bagi mereka, kuasa dunia mengatasi segalanya. Segala jentera akan digerakkan dalam usaha memenangi apa jua persaingan. Tidak kira sama ada usaha itu diredhai atau dimurkai Allah Rabbul Jalil.
Yang pasti...golongan haq adalah golongan yang benar dan diredhai Allah. Manakala, golongan batil adalah golongan penipu yang dimurkai Allah.
Mahkamah dunia manusia ada kuasa. Mahkamah akhirat Allah punya kuasa.

20 Mei 2009

Mesej MB Kelantan Kepada Presiden Amerika

"Saya berharap tuan dapat membawa mesej ini kepada Tuan Obama supaya beliau dapat menjaga kedamaian dunia dengan cara yang betul dan lebih bersifat perikemanusiaan" .

Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Duta Amerika ke Malaysia, James R Keith yang mengunjungi beliau di pejabatnya hari ini. (Lanjutnya di sini).

UMNO Perlis Retak Menanti Belah

Bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh membayangkan akan menyertai parti pembangkang. Kekecewaannya terhadap apa yang berlaku di dalam UMNO Negeri Perlis khususnya mendorong beliau bertindak demikian.
Beliau turut menyatakan bahawa berlaku keretakan hubungan di antara ahli UMNO kesan daripada pertelagahan di antara MB sekarang dan MB yang dahulu (baca di sini). Beliau jugalah di antara individu yang pernah menyatakan bahawa MB sekarang sebagai 'produk haram UMNO' sedikit masa lalu (baca di sini).
Dalam pada itu, bekas MB mengakui bahawa ramai ahli UMNO yang keluar parti tersebut ekoran daripada pengguran daripada menjadi JKKK. Dilaporkan lebih kurang 1000 ahli UMNO telah bertindak keluar parti berkenaan dan ada di antaranya menyertai pembangkang (baca di sini).
Jelas sekali keretakan yang berlaku di dalam UMNO Perlis ini umpama barah yang tidak ada ubatnya lagi. Umpama pesakit AIDS yang menunggu saat kematiannya. Dan diharapkan agar ahli-ahli kecewa yang bertindak keluar parti ini dan masuk ke parti lain tidak menjadi pembawa kuman barah yang bila-bila masa boleh menyerang organ-organ di dalam parti yang mereka sertai tersebut.
Lazimnya golongan kecewa ini mudah dipujuk (dah masuk, keluar semula - baca di sini) dan terbawa-bawa perangai lamanya. Jika hati itu ikhlas, mudah-mudahan berpahalalah perjuangannya. Jika sebaliknya, sia-sialah tindakannya.

19 Mei 2009

DS Nizar Mengadap DYTM Raja Dr. Nazrin.

YAB. Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin telah diperkenan mengadap oleh DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 12.30 tengahhari tadi (klik).
Apa isi kandungan bicara, hanya DS Nizar, Raja Nazrin, dan Allah sahaja yang tahu.
Moga kekalutan di Perak ini berakhir dengan segera. Kesian rakyat jelata yang menonton drama bersiri yang masih belum selesai pengambarannya.

BN keluar sayap

KUALA LUMPUR: Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) petang ini putuskan untuk mewujudkan sayap Puteri di peringkat BN secara rasmi, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. (Berita Harian)
Iban Muslim:
Puteranya mana? Pincanglah puteri tanpa putera... Mungkin sayap ini masih tidak berpasang, maka ia tidak boleh terbang ke Penanti... Tiada kaitan kot... Penanti takut kena 5-1!

BN tidak akan bertanding di PRK Penanti

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) sebentar tadi putuskan BN tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, 31 Mei ini.
Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini, petang ini.
Beliau berkata, sebab tidak bertanding kerana mengambil kira kepentingan rakyat serta keutamaan menangani masalah ekonomi negara ketika ini.
Sumber berita: Berita Harian
Iban Muslim:
Sekiranya ditakdirkan DUN Perak dibubarkan, demi kepentingan rakyat juga, adakah BN tidak bertanding? Sudah pasti kos untuk pilihanraya untuk seluruh 59 DUN di Perak menelan belanja 59 kali ganda daripada kos pilihanraya di Penanti (jika ada pertandingan). Yang ini, kita tunggu jawapan..."demi kepentingan rakyat Negeri Perak, kita akan bertanding..."