Kehangatan kempen Pilihanraya Kecil (PRK) masih lagi terasa dan semakin dekat dengan hari mengundi semakin hangat isu-isu diperkatakan. Janji demi janji ditabur tetapi entah bila akan ditunaikan. Tidak dinafikan bahawa ada yang ditunaikan, ada yang ditangguhkan, dan ada yang hanya omongan kosong.
Di sebelah Pakatan Rakyat (PR), mereka berdepan situasi 'sukar'. Bukan buat kali ini sahaja, malah saban pilihanraya mereka terpaksa menggagahi diri untuk berdepan dengan provokatif yang dimainkan oleh saluran TV yang terdapat di negara ini. Di samping kempen-kempen yang dilakukan oleh pihak Barisan Nasional, TV tidak henti-henti untuk mensensasikan sesuatu isu yang dimainkan. Isu kecil, nada suara pembaca berita bisa sahaja membuatkan isi berita yang disampaikan menjadi seolah-olah besar sekali. Rakyat yang berfikir seakan-akan loya dengan ulasan dari semasa ke semasa yang dibuat oleh stesyen-stesyen TV. Media masa ini digunakan semaksima mungkin oleh pihak berkuasa. Semuanya condong ke arah mereka. Kerapkali dilihat, benang yang basah cuba didirikan. Ini satu 'keistimewaan' yang ada pada pihak di sebelah kerajaan yang memerintah sesebuah negara. Di peringkat negeri, 'kuasa' sebegini amat terhad sekali untuk diperolehi.
Terfikir di minda yang nakal ini, alangkah baiknya sekiranya pihak pembangkang di dalam Kerajaan Malaysia diberi hak yang sama dengan pihak kerajaan dari satu aspek iaitu lesen penyiaran televisyen. Sebagai contoh, TVPAS disiarkan secara tanpa sekatan seperti stesyen-stesyen TV yang lain di negara ini. Mungkin juga Keadilan ada TVnya sendiri yang kita boleh namakan sebagai TV-Keadilan, atau DAP dengan DAP-TV nya. Dan kalau digabungkan sebagai TVPR itu mungkin bertambah cocoknya.
Dengan yang demikian, apa jua berita yang bakal dibawakan hasil daripada risikan dan rakaman yang dibuat oleh para wartawan masing-masing dapat disiarkan tanpa sekatan. Kami sebagai rakyat akan memegang 'remote' TV di rumah masing-masing dan sesuka hati kamilah untuk menekan butang mana yang kami mahukan. Seterusnya, baharulah penilaian hasil pemberitaan yang dibawa dapat kami simpulkan dengan 'fair and square' omputih kata.
Entah bila mimpi sebegitu akan menjadi nyata. Bayangkan, di awal pagi Jumaat, satu negara dapat menyaksikan secara Live Kuliah Dhuha dari Negeri Serambi Mekah yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato Nik Aziz yang dihadiri oleh ribuan hadirin. Terbeliak biji mata rakyat Malaysia. "Ooooo...ini rupanya Tok Guru, baharulah aku faham apa yang dimaksudkan dengan 'Tuhan Samseng'..." Itu contoh sahaja.
Berkaitan dengan 'kempen' melalui TV yang diamalkan oleh pihak kerajaan pemerintah juga agak senget. Bagi rakyat yang kurang berfikir, dia akan telan seratus dua puluh peratus sebarang isu yang dibawakan atau disiarkan oleh TV. Oleh itu, dengan adanya TV sendiri, sesi penerangan kepada rakyat Malaysia dapat dilakukan oleh pihak yang satu lagi. Begitu juga sekiranya pihak pembangkang yang membawakan isu yang tak masuk akal di kepala pihak pemerintah, maka mereka akan jawab isu tersebut di saluran TV mereka. Baharulah kita akan melihat betapa rancaknya TV kita. Dengan itu, baharulah kita akan lihat berlipat kali ganda rakyat Malaysia yang sanggup menempah saluran TV berbayar bagi mendapatkan siaran yang lebih 'clear'. Siapa yang untung...tauke saluran TV berbayar itu juga yang semakin kaya raya. Saya memadai pakai 'indoor' antenna sahaja.
Pelbagai sekatan yang telah dilakukan membuatkan rakyat Malaysia dan Dunia amnya semakin menjadi jumud dari segi memiliki pemikiran yang berinformasi dan sahih. Surat khabar disekat, terhad, dipantau penerbitannya, TV tak ada hak penyiarannya. Apa alternatif kita? Golongan yang celik teknologi maklumat (IT) bolehlah mendapatkan maklumat melalui saluran maya itu. Tetapi, ibu ayah, tok nenek, golongan lama yang berada jauh nun di pedalaman dan ceruk rantau begitu miskin dengan maklumat-maklumat yang berkualiti tersebut. Memanglah tidak dinafikan bahawa satu kawalan itu penting dan perlu. Tetapi apa yang kita lihat hingga ke hari ini, setelah lebih 52 tahun negara mengecapi kemerdekaan, belum wujud lagi TV 'pembangkang'. Kenapa disekat dan takut sekali dengan kewujudan saluran TV tersebut.
Setakat ini yang mampu kita lakukan. Menulis, meluah, dan berkongsi dengan pembaca yang membaca. Yang selebihnya, kita perlu ada pejuang-pejuang yang betul-betul memperjuangkan perkara-perkara penting sebegini. Nampak mudah, tapi usaha sebegini banyak sekatannya. Percayalah.