Impian menjadi nyata. Akhirnya bersumpah sebagai PM-6. Malaysiakini melaporkan(lanjutnya di sini) 81 ahli parlimen Pakatan Rakyat (PR) memohon Yang di-Pertuan Agong menunda majlis tersebut sehingga satu suruhajaya bebas dibentuk untuk membersihkan ahli parlimen Pekan itu daripada sebarang dakwaan salah laku.
Apa salah laku yang dimaksudkan itu? Mungkin rakyat menjadi gusar dan keliru terutamanya rakyat-rakyat di pedalaman yang kurangnya informasi yang dimaksudkan. Seandainya berpegang pada 'kitab' TV arus perdana sampai bila-bila tidak akan memahami yang dimaksudkan oleh 81 ahli parlimen PR tersebut.
Apa jua yang dilaporkan, tahniah terlebih dahulu saya ucapkan kerana usaha keras selama ini membuahkan hasil akhirnya.
3 April 2009
Sumpah PM-6
Catatan IBAN MUSLIM pada 4/03/2009 02:50:00 PTG