Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

4 April 2009

TPM layak untuk Orang Sarawak dan Sabah

MCA tuntut jawatan TPM Cina

Alasannya adalah untuk membuktikan bahawa perkongsian kuasa yang sebenar.

Alasan kedua adalah untuk menghargai sumbangan MCA.

Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menyebutkan(lanjutnya di sini);

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti".

"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.


Ulasan Saudarabaharu

Sama ada mengambil kesempatan yang ada atau realitinya ada pihak yang makan hati selama 52 tahun yang telah berlalu, semuanya itu adalah masalah mereka. Terimalah apa jua hakikat kerana kamu semua selama ini dikatakan begitu sepakat dan utuh.

Bagi saya, jawatan TPM itu bukannya layak sangat untuk MCA. Yang paling layak adalah daripada warga Sarawak mahupun Sabah! Kenapa? Boleh saya katakan bahawa 99% BN menang di kedua-dua negeri tersebut. Malah, kerap juga mencatatkan angka 100%. Dan lebih mencemaskan lagi pada pilihanraya setahun yang lepas di mana, hayat BN boleh dikatakan sebagai nyawa-nyawa ikan. Dua negeri inilah yang menjadi penyelamat kepada kesinambungan pemerintahan BN di negara ini.

Saya amat yakin. Sekiranya 'jasa baik' orang Sabah dan Sarawak ini tidak dikenang, tunggu sahaja Pilihanraya akan datang. Golongan yang masih degil untuk menyokong BN di kedua negeri tersebut boleh saya katakan sebagai golongan 'orang lama'. Golongan muda pemikirannya semakin terbuka dan bijak menilai kebenaran dan kezaliman atau peminggiran yang berlaku di negeri tersebut selama ini.

Saya menulis ini hanya kerana terkejut juga dengan kenyataan pihak tersebut yang mengatakan dirinya berjasa walaupun calonnya kalah teruk di pilihanraya 2008 yang lalu.

Apapun keadaan yang berlaku, kita tunggu Rabu hadapan untuk melihat, di manakah pemimpin Sabah dan Sarawak di era PM6 ini.