Pada zaman jahiliah aku, aku tak berjaya mencari satu ketentuan dan penyudah. Lepas hidup di dunia ni, apa kesudahannya. Adakah abis begitu sahaja. Lepas mati, di gali lubang kubur, tanam, selesai... Tanya bapa, dia kata, lepas mati, takdak apa dah la...takat tu ja. Roh (semangat) akan pergi ke satu tempat yang dipanggil sebagai 'SEBAYAN' (Istilah Iban) iaitu satu kehidupan baharu yang kekal selepas mati. Makna kata, kita akan berjumpa semula nenek moyang, kaum kerabat kita yang telah mati.
Daripada penerangan ringkas tersebut, tidak dapat ditentukan bentuk balasan yang bakal diterima di sana. Untuk pengetahuan, ini kisah kepercayaan turun temurun orang Iban yang berpegang kepada kepercayaan lama, turun temurun. Walaupun di atas kertas, rata-rata orang Iban di rumah panjang pada masa ini beragama Kristian, tetapi penghayatan sebenar kepada isi kandungan agama tersebut boleh aku katakan tidak berlaku. Hanya sekadar tolong sambut hari perayaannya sahaja. Kebanyakan mereka masih mengamalkan kepercayaan turun temurun.
Berbalik kepada kisah utama pada perenggan pertama tadi, ternyata aku buntu sebenarnya untuk memikirkan jawapan kepada kehidupan selepas mati. Daripada kecil sehinggalah tamat persekolahan menengah, aku tidak endah sangat soal beragama. Aku ikut sahaja apa yang keluarga budayakan. Semasa Tingkatan Satu, baharulah satu keluarga dikristiankan. Tetapi tak pegang sungguh-sungguh pada kristian tersebut kerana tak 'mengaji'. Kalau orang tanya aku pasal kristian, ikhlas aku kata aku tidak tahu. Pernah tengok Bible, baca sikit-sikit (tak khatam) Perjanjian Baru. Baca-baca, pening...tak faham apa kandungannya. Akhirnya jadi malas nak baca. Alahai...serius aku tak faham... Umpama baca buku sastera.
1 Jun, sambut hari Gawai. 25 Disember, sambut Krismas. Begitulah kitaran hidup setiap tahun.
Dalam Kristian yang aku ingat, dalam bacaan sembahyangnya, ada juga menyebut pasal syurga (konsep Trinity). Aku tak amal, bacaan sembahyangnya pun aku tak hafal. Punya lah tak reti. Main ikut aje...
Masa tu aku memang tak terfikir adanya pembalasan dan penghisaban yang bakal dilalui oleh setiap manusia sebelum ditentukan kelayakan masuk yang mana, syurga atau neraka. Melalui budaya hidup yang aku lalui, lepas mati, akan bersambung episod kehidupan yang baharu seperti kehidupan di dunia.
Orang Iban begitu percaya akan roh-roh orang yang dah mati, mereka boleh memberi pertolongan kepada orang yang masih hidup di dunia dalam bentuk "memberi kejayaan" dalam hidup. Boleh dikatakan sebagai memuja roh. Lagi-lagi nenek moyang yang dah mati tu di kalangan orang-orang berpengaruh zaman-zaman 'Head Hunter' dulu. Siap bagi makanan pada kepala-kepala musuh yang dah kena pancung yang ada lagi di rumah panjang aku. Letak makanan kat para tempat letak tengkorak tersebut. Moga-moga boleh membantu dalam hidup. Bapa aku ada simpan satu Parang yang digunakan untuk berperang zaman dulu kala. Hasilnya tengkorak yang ada kat para. Sekarang tengkorak tu ada kat reban ayam. Parang panjang tu keluarga aku yang jaga. Turun-temurun. Jangan bagi aku sudahlah...Dahlah aku ni satu-satunya anak lelaki bapa aku, yang lainnya perempuan.
Bila aku kenang-kenang kehidupan aku zaman jahiliah dulu, aku tersenyum sendirian akan kejahilan yang berlingar dalam kehidupan aku pada masa tersebut. Terdetik rasa kesyukuran di dada diberi kesempatan oleh Tuan Punya Dunia yakni Allah, untuk tergolong di kalangan orang yang beriman kepada Allah. Jadilah aku seorang Iban Islam.
Banyak sebenarnya pengalaman belum Islam yang aku lalui...ada masa terluang, aku cubalah tulis di dalam blog ni. Aku dah wujud satu lagi blog sebenarnya, IBANISLAM...tapi tak ada masa lagi untuk aku aktifkan. Cadangnya nak cuba wujudkan medan dakwah kat situ. InsyaAllah, mohon Allah bagi kekuatan.
Maaflah. Aku cerita semua ni bukannya apa. Kadang-kadang aku terkenang zaman itu. Alhamdulillah sekarang aku sudahpun beragama ISLAM. Aku seronok jadi orang Islam. Dalam Islam inilah aku jumpa jawapan kepada soalan kehidupan selepas mati yang sebenarnya. Bukan SEBAYAN, tapi ada dua persimpangan iaitu SYURGA atau NERAKA.
Walaupun dah Islam, keluarga di rumah panjang belum lagi, hampir tiap tahun aku balik rumah panjang. Jalani kehidupan seorang Islam di rumah panjang. Alhamdulillah mereka memahami bahawa anaknya ini seorang Islam. Tuan/puan tolonglah doakan mereka agar sempat jadi orang beriman. Kerap menitis air mata mengenangkan mereka. Bila terfikir bahawa hidayah bukan boleh dijual beli dan hak mutlak Allah, redha juga hati ini.
Kita yang dah Islam ni, bersyukur kerana terpilih untuk memegang passport Islam. Pakat jaga elok-elok. Takut expired...atau tamat tempoh...perlu sentiasa renew...macam mana...teruskan dengar-dengar pengajian agama...refresh iman...aku bukannya reti sangat, tuan/puan makan garam dulu (org tua kata).
Oklah...takat ni dulu. Ada pertanyaan silalah... :-)