Maha Suci Allah. Sesungguhnya manusia ini golongan yang lemah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah. Dia lah yang mengetahui apa yang akan berlaku dan kesudahan sesuatu perkara. Hatta sehelai daun yang gugur di tengah belantara juga dalam pengetahuan Allah yang Esa.
Sehinggakan apa yang tersirat di setiap hati-hati manusia dalam pengetahuanNya.
Persoalannya: Mengapa manusia ingkar dan tidak melaksanakan suruhan Allah?
Mudah sahaja.
Jawapannya adalah manusia itu takbur dan sombong.
Jika kita selidiki, mengapa nabi diutuskan kepada manusia? Ini adalah untuk membawa manusia kepada petunjuk jalan yang benar di sisi pencipta segala yang ada di langit dan bumi iaitu Allah. Daripada jahiliah yang penuh dengan kegelapan dan kemaksiatan di sana-sini, dengan diutuskan para nabi dan rasul, baharulah manusia hidup dengan bersistem. Sistem yang dirangka dan diatur oleh Tuan Punya Dunia, iaitu Allah. Manual yang serba lengkap turut diutus kepada kita. Kalau setiap peralatan dan mesin yang dijual di pasaran ada manualnya atau ada buku panduannya, maka begitu juga dengan manusia. Tanpa buku panduan ini, maka mesin dan peralatan itu akan rosak kerana digunakan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pembuatnya.
Begitu juga dengan kita sebagai manusia. Al-Quran diutus melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan dan digunapakai prosedur-prosedur yang terdapat di dalamnya oleh setiap manusia. Jika kita tidak menggunakan manual yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hidup di atas muka bumi yang juga dicipta oleh Allah, maka rosak binasalah manusia dan alam ini.
Bagi memastikan dunia ini ditadbir dengan hukum PenciptaNya, pula maka, khalifah-khalifah diamanahkan untuk tugasan tersebut.
Di antara tugas para khalifah adalah untuk menegakkan agama Islam di atas muka bumi. Jika diskopkan lebih kecil kita sebut sebagai negara, negeri, wilayah, parlimen, daerah, kampung, khariah, dan keluarga. Jadi, Islamkah kepimpinan yang kita bawakan dan yang kita pilih untuk diaplikasikan kepada keluarga, masyarakat, dan negara ini?
Seperti yang kita sedia maklum, khalifah ini adalah penerus kepada perjuangan nabi dalam menegakkan agama Islam. Zaman ini, Islam nampak begitu mengendur sekali. Usah kita bicarakan dari perspektif dunia, memadai kita lihat dalam negara kita yang selalu diwar-warkan sebagai sebuah negara Islam yang berperlembagaan 'Orang Putih'.
Khalifah juga ditugaskan untuk memberi dan memperkukuh kefahaman agama Islam kepada seluruh umat Islam. Meninggalkan yang tidak terdapat manual Islam iaitu Quran yang dibicarakan di awal tadi. Sejauh mana perkara ini dilaksanakan di negara kita. Malah sehingga hari ini 'Ayah Pin' tidak berjaya diambil tindakan walaupun sudah terang nyata orang tersebut membawa ajaran yang bercanggah dengan Islam.
Maka, dengan yang demikian, kita sebagai manusia yang dikurniakan dengan penuh keistimewaan oleh Allah dan kita ada hak sebagai seorang warganegara perlu berfikiran waras dalam menentukan khalifah yang betul-betul berupaya menegakkan hukum Allah di atas muka bumi Malaysia ini.
***Hasil catatan sepanjang kuliah dhuha semalam.