Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

12 April 2009

Guru Besar ditukar, ibubapa mogok. PM bertukar, rakyat seronok (yang ganti lagi syok).

Ibubapa sebuah sekolah di Negeri Sabah, Sekolah Kebangsaan Pulau Mantani, Kota Belud melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak ke sekolah ekoran rayuan untuk mengekalkan guru besar, Sabli Nanti tidak diterima oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Mogok sejak awal Mac lalu memberi kesan yang besar apabila pernah satu ketika hanya dua orang murid sahaja yang hadir ke sekolah.


Alangkah hebatnya pemimpin sebuah sekolah ini. Apa dasar kepimpinannya hinggakan ibubapa begitu inginkan dia terus memimpin sekolah berkenaan.


Saya memikirkan bahawa mantan Menteri Pelajaran yang lalu yang terkenal dengan kerisnya pun tidak sehebat cikgu ini. Baharu-baharu ini ditukarkan ke kementerian lain pun tidak ada pihak yang lancarkan mogok. Malah tidak pernah lagi dalam sejarah Malaysia, kalau bertukar perdana menteri, mogok dilakukan tanda sayangkan pemimpin tersebut. Lagi cepat pergi lagi dia orang suka... Nampaknya aura cikgu ni lebih mantop jika dibandingkan dengan seorang Menteri mahupun Perdana Menteri.


Benarlah orang-orang dewasa kata, seorang Perdana Menteri itu menjadi Perdana Menteri bermula daripada usaha seorang guru.


Maka, Guru lebih hebat daripada seorang Perdana Menteri. Berapa ramai guru diberi pingat-pingat atau gelaran 'Datuk', 'Tan Sri', 'Tun'. Yang lebih diiktiraf di negara ini pada hari ini adalah seorang artis yang terdedah sana sini auratnya.