"Fahaman yang ditanam oleh Inggeris ini melekat kuat ke dalam pemikiran umat Islam, bukan sahaja umat Islam di negara kita malah kepada umat Islam di seluruh dunia. Hasil daripada idea Inggeris inilah lahirnya kalangan umat Islam yang melarang persoalan politik dibincang dalam khutbah Jumaat sebab dikatakan itu bukan urusan agama. Hal-hal politik hanya boleh diperkatakan di luar masjid. Melalui peristiwa ini maka menular penyakit yang memisahkan masjid dari politik atau disebut politik suku agama suku. Di zaman Rasulullah tidak berlaku dua jenis khutbah, iaitu untuk politik di luar masjid manakala untuk agama di dalam masjid. Rasulullah menyebut apa sahaja yang berkaitan dengan persoalan hidup maupun yang bersifat politik atau sebaliknya hanya dalam satu khutbah sahaja".
- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat -
[Sumber ] Saat Cinta Bertasbih:Tribut Buat Tuan Guru