Pagi ini hinggalah ke petang, rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Ai berpeluang sekali lagi menunaikan kewajipan mereka sebagai rakyat Malaysia untuk menentukan pemimpin yang bakal membawa pembelaan kepada pembangunan di kawasan-kawasan tersebut sama ada pembangunan fizikal hinggalah pembangunan rohani.
Beberapa jam sudah berlalu, dan beberapa jam lagi akan berakhir episod PRK buat kali ini. Keputusannya sudah diketahui oleh Tuhan Yang Maha Kuasa yakni Allah sahaja. Walau apa jua janji, harapan, momokan dan rayuan yang dilakukan oleh para juru kempen, namun Allah jua lah yang menggerakkan hati-hati manusia untuk membuat keputusan. Harus diingat, semua ini ada ganjaran yang hebat di sisi Allah. Sama ada ganjaran dosa mahupun pahala. Pahala itu hebat ganjaran baik dan nikmatnya, manakala dosa itu hebat juga ganjaran dari segi buruk dan siksaannya.
Maka, pilihlah sama ada nak yang baik ataupun sebaliknya. Setiap inci kerja buat kita di atas muka dunia ini tidak ada satupun yang terkecuali daripada bancian Allah.
Selamat memilih pemimpin!