Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

8 April 2009

Jika "Ada Hati" Nak tubuh kerajaan, menangi hati 'Orang Rumah Panjai' terlebih dahulu. Kalau tidak, jangan mimpilah!!!

Bila lagi Pakatan Rakyat (PR) akan mendapat kepercayaan rakyat Sarawak mahupun Sabah. Mungkin kerana usaha sangat sedikit untuk meyakinkan orang sebelah sana untuk percaya kepada kemampuan PR. Pelbagai andaian yang boleh kita kemukakan berkaitan persoalan mengapa orang Borneo begitu setia dengan BN.

Ini bukan isu remeh sekiranya PR masih menyimpan hasrat dan bercita-cita untuk mentadbir Kerajaan Malaysia. Lima puluh enam kerusi Parlimen terdapat di Sabah dan Sarawak. Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas hampir seratus peratus dibolot oleh BN, malah ada yang menang secara percuma. Nampak sangat 'ketidakseriusan' PR untuk berusaha menawan kedua-dua buah negeri ini. Sekiranya inilah yang mampu PR lakukan, atau hanya mengharap Ahli Parlimen untuk melompat parti, sungguh tidak 'gentle'. Berjuanglah...Berusahalah...Kejayaan tidak datang bergolek...

PR usah terlalu leka dengan kemenangan 2-1 semalam, atau aggregate 4-1, atau apa sahaja kemenangan kecil jika dibandingkan 56 kerusi parlimen yang ada di seberang sana. PRU13 jauh lagi. Namun, strategi ampuh perlu diasah mulai sekarang. Malah, saya dapat merasakan bahawa MR PM-6 menyedari pemimpin kedua buah negeri itu perlu 'diambil hati' dalam pembentukkan kabinetnya esok.

Sebenarnya, pengalaman saya sebagai anak Sarawak yang hidup dalam keadaan serba sederhana sejak lahir di sana, membuatkan saya terfikir kenapa 'orang Iban' iaitu kaum majoriti di Sarawak agak setia dengan BN (saya tidak berkaitan). Satu faktor mudah yang ingin saya bawakan. "ORANG RUMAH PANJAI" SUDAH LALI DENGAN KEHIDUPAN SUSAH. Saya nampak itu sebenarnya, dan semasa pilihanraya diadakan dan dijanjikan projek yang sedikit, umpamanya, projek jambatan, projek atap rumah, projek buah limau...orang rumah panjang sudah menjadi ringan tangan untuk memangkah pihak yang memberi projek berkenaan. Mereka bukannya hendakkan didirikan bangunan pencakar langit di tepi rumah panjang mereka, mereka bukannya hendakkan hotel-hotel lima bintang di halaman rumah panjang mereka. Ya lah, dah biasa hidup bersederhana. Dapat projek sikit, 'no problem' pangkah dacing.

Perkara sebeginilah yang perlu disedari oleh mana-mana pihak yang berhajat menawan undi daripada 'orang rumah panjai'.

Seperkara lagi, selagi 'golongan lama' yang terdapat di kedua-dua negeri ini masih ada, selagi itulah undi mereka untuk dacing. Bukanlah niat saya untuk mendoakan mereka pergi cepat-cepat, tetapi itu hakikat. Cuba tuan-tuan tengok berita tv sepanjang pilihanraya, ramai orang-orang tua dipimpin tangan untuk datang ke pusat mengundi...kepala dia orang hanya ada dacing... Bagi golongan baharu yang lebih intelek dan lebih terbuka serta terdedah dengan informasi-informasi semasa berkaitan hal ehwal di dalam negara, saya yakin mereka adalah golongan yang bijak menghukum yang zalim.

Itulah hakikat 'orang rumah panjai'. Selagi anda tidak pujuk orang ini, jangan mimpi nak tubuh kerajaan!!!


Spontan daripada: saudarabaharu.blogspot.com/