Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

1 April 2009

'Segalanya Buruk' Ketika Abdullah Menjadi Perdana Menteri

Petikan dari Berita Harian Online 1 April 2009:



Kelmarin, Dr Mahathir menggunakan pentas antarabangsa melalui BBC mengkritik Abdullah dengan mengatakan 'segalanya buruk' ketika Abdullah menjadi Perdana Menteri (bacaan lanjut di sini). Beliau juga menghentam Khairy Jamaluddin dan anak Perdana Menteri, Kamal Abdullah, dengan mengatakan kedua-duanya yang menentukan pelbagai dasar ketika Abdullah memegang tampuk pemerintahan negara.


"Semuanya tidak kena ketika Abdullah ambil alih...," katanya yang enggan mengakui sebarang kesilapan ketika ditanya berulang kali oleh BBC sama ada masalah yang timbul dalam Umno dan Malaysia juga berpunca daripadanya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

Bagi Dr Mahathir, kesilapan yang dilakukan sepanjang tempoh itu ialah memilih Abdullah menjadi penggantinya.

Ulasan saudarabaharu:

Posting sebelum ini saya telah menyebutkan bahawa biasanya mantan akan berkata macam-macam setelah tidak 'berkuasa'. Inilah contoh yang jelas kepada maksud saya itu. Baharu sahaja saya membuat andaian, hari ini contoh terbaik dapat kita lihat.

Apapun saya cuba bersangka baik bahawa bukan semua yang jadi mantan itu sama kecewa.

Sebagai rakyat kita cuba merenung dengan mata hati yang tulus ikhlas. Inikah kesinambungan 'kekuasaan' yang ada dalam parti pemerintah di negara kita tercinta ini?