Perkara yang paling awal dibuat oleh seorang perdana menteri:
Satu: Menarik balik penggantungan permit penerbitan dua akhbar alternatif yang lebih benar daripada akhbar arus perdana, Harakah dan Suara Keadilan.
Dua: Membebaskan 13 tahanan ISA.
mStar Online melaporkan (di sini):
"Kita nak tunjukkan dasar keterbukaan kita kepada semua," katanya (Najib) kepada mStar Online ketika diminta mengulas mengenai isu pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan semula larangan 2 akhbar pembangkang hari ini.
Saya fikir, akhbar ini digantung dahulu adalah kerana kebenaran isi berita yang dipaparkan dan bukannya melangar peraturan permit seperti yang diwar-warkan. Sebagai hero yang tak didendang, maka MR.PM6 ini datang sebagai penyelamat kepada kebebasan bersuara dan keterbukaannya MR.PM itu di Malaysia.
Saya juga memikirkan, 13 tahanan ISA itu sepatutnya lama dah dibebaskan. Oleh kerana Peralihan Kuasa itu lebih penting dari soal penganiayaan, maka yang berada di ISA itu terus terusan teraniaya oleh kerana politik cilok sana-sini golongan tersebut.
Maka, lepas ini apa pula? Kita tunggu...