Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

4 April 2009

TPM, 2 Bukit & 1 Batang masih menjadi tanda tanya.

Beberapa hari mendatang pelbagai tanda tanya yang menyelubungi pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia. Di antara persoalan yang bakal terjawab sedikit masa lagi adalah seperti berikut:

1. Siapakah Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu? Adakah impian Timbalan Presiden UMNO menjadi nyata? Atau ada yang cilok baik punya?

2. Berjayakah PAS-PR mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang? Pelbagai isu di negeri Perak ini. Sejauh manakah rakyat menggunakan kebijakan mereka memilih pemimpin yang benar-benar layak memimpin rakyat jelata?

3. Bagaimana pula dengan DUN Batang Ai (Air)? Berjayakah PKR-PR menerobos kubu kuat BN? Kita sedia maklum bahawa BN Sarawak adalah di antara talian hayat penting bagi Kerajaan BN Malaysia.

Sama-sama lah kita tunggu sedikit masa lagi. Saudara/saudari dijemput membuat ramalan undi melalui blog ini.