Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

26 April 2009

SELESEMA BABI

Laporan Berita Harian 26 April 2009:

WHO bimbang selesema babi merebak


BANDARAYA MEXICO: Virus selesema baru yang membunuh sehingga 82 orang di Mexico mungkin menular menjadi wabak sejagat, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika penyakit itu semakin merebak ke Amerika Syarikat.

Virus baru itu, H1N1, menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini.

Sebelas kes sudah disahkan di California, Kansas dan Texas manakala lapan pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema, dipercayai jenis sama.

Kali terakhir wabak selesema sejagat ialah pada 1968 apabila virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia. - Agensi


***


Benarlah ayat Allah berikut;

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Baqarah:173]


Seterusnya, Allah memperingatkan kita lagi dalam ayat ini;

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Anaam: 145]


...dan ada beberapa lagi ayat-ayat lain di dalam Kitab Suci Al-Quran yang menjelaskan haramnya babi untuk orang Islam. Buktinya nyata sekali apabila kita melihat perkara-perkara sebegini berlaku pada hari ini. Dan ternyata juga Al-Quran itu adalah satu kitab yang memberi panduan hidup kepada seluruh manusia. Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk makhluk ciptaan-Nya.

Indahnya Islam. Terbukti Islam itu agama penyelamat kepada seluruh umat yang beramal dengan keseluruhan kandungannya. Yang baik kita manfaatkan, manakala yang buruk kita jauhkan. InsyaAllah selamat kita hidup di dunia yang dicipta oleh Tuan Yang Menciptanya iaitu ALLAH.

Bagi saudara mara, sahabat handai, tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu, bapa-bapa, serta seluruh manusia yang belum Islam sekalian...Inilah jawapan yang kita cari selama ini. Islam adalah agama Benar.