Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

4 April 2009

Perjuangan dalam Jemaah Islam adalah lambang kesempurnaan sebagai seorang Islam

Tidak sempurna Islam jika tidak berada dalam jemaah.

Tidak sempurna jemaah jika tiada kepimpinan.

Tidak sempurna kepimpinan jika tiada ketaatan kepada Islam.

Itu di antara intipati kuliah subuh sebentar tadi.

Faham daripada kata-kata tersebut, maka kita cuba imbas (scan) diri kita akan kedudukan kita sebenarnya.

Bagi yang sudahpun berada dalam jemaah Islam, maka teruskan perjuangan. Bagi mereka yang ada dalam jemaah dan berniat keluar dari jemaah, maka fikirkan sedalamnya. Kerana nabi s.a.w pernah memberi amaran bahawa orang yang keluar daripada jemaah perjuangan Islam umpama merungkai ikatan Islam itu sendiri walaupun kita adalah orang yang mengerjakan solat, puasa, zakat, haji.

Ringkasnya, jemaah mana yang perlu kita pilih? Dengan jelas, Islam lah satu-satunya pilihan bagi kita orang Islam. Memilih selain daripada perjuangan Islam adalah sama ertinya menentang Islam itu sendiri.