
Bakal PM Malaysia (sehingga tulisan ini dicatatkan) yang baharu. Bakal bersumpah esok di hadapan YDP Agung.
Beliau mengatakan bakal menerima jawatan itu dengan penuh keinsafan dan tawaduk (TV9: 1 April 2009-Berita 8 malam).
Apa salah dia sehingga perkataan "keinsafan" terpacul dimulutnya. Betul juga kan, hari-hari kita bergelumang dengan dosa, maka setiap hari kena insafi diri dan bertaubat. Itu lah yang terbaik.
Saya tidak sabar-sabar menunggu di manakah Islam di era PM-6 ini. Jika di era PM-5 popular dengan Hadhari nya. Apa pula jenama Islam selepas ini?