Cuba kita perhatikan sedikit kajian maya yang saya cuba buat. Jadual di atas menunjukkan populasi masyarakat Islam 7 buah negara yang saya pilih secara rawak. Didapati 220.72 Juta orang Islam terdapat di India, 195.272 juta di Indonesia, dan 130.37 juta terdapat di China. Hasil kajian ini juga, didapati sehingga penghujung Tahun 2008, 15.399 juta rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Turut mencatatkan angka yang membanggakan kita, United States (US) mempunyai 6.42 juta penduduk Islam. Hampir 100% rakyat Turki beragama Islam.
Untuk pengetahuan kita semua, kajian ini HANYA melibatkan beberapa negara terpilih sahaja. Kalau di senaraikan kesemua negara di dunia, di benua Afrika sahaja terdapat 462.36 juta orang Islam. Manakala jumlah penduduk Islam di Benua Eropah mencatatkan angka 51.46 juta penduduk.
Dapatan kajian ini menunjukkan 59% penduduk di Malaysia beragama Islam. Itu belum lagi dipecahkan mengikut kaum. Kaum-kaum yang terdapat di Malaysia adalah pelbagai, contohnya, Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, Bidayuh, Kedazan, Melanau, Penan, Orang Asli (Pelbagai suku), Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Siam, dan banyak lagi. Saya amat yakin bahawa setiap suku kaum yang disebutkan tadi itu ada yang beragama Islam. Contohnya saya sendiri, orang Iban yang beragama Islam. Di rumah panjang saya sahaja ada 6 orang beragama Islam.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama sejagat. Agama global. Islam ini bercambah di seluruh pelusuk benua di dalam dunia ini. Mungkin selama ini kita jarang terfikir fakta-fakta sebegini oleh kerana jumudnya pemikiran kita setelah ditepukan agar tidak berkembang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sehubungan dengan ini, satu persoalan yang ingin saya bangkitkan kepada para pembaca sekalian, di manakah hak 'Melayu' yang menyatakan kenyataan berikut:
"Melayu itu Islam, Islam itu Melayu"
Mungkin dari segi angka kita menang dengan negara Mongolia, kita menang dengan US, akan tetapi kita jauh berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan negara Indonesia, China, India, dan Turki. Ini tidak lagi termasuk dengan negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iraq, Iran dan sebagainya.
Sebenarnya saya cuba untuk merungkai doktrin yang tertanam di benak pemikiran 'low class' rakyat Malaysia yang cuba meletakkan racun di fikiran rakyat negara ini sebagaimana persoalan yang dinyatakan di atas. Seakan-akan kaum lain tidak ada hak untuk mendekati dan mendampingi Islam itu sendiri. Malah, seboleh mungkin kaum lain yang masih belum Islam diletakkan satu penghalang daripada mencintai Islam itu sendiri.
Sesungguhnya Allah Maha Kaya, Dialah yang berkuasa atas tiap sesuatu. Sehebat mana usaha yang cuba menjauhkan orang belum Islam daripada Islam itu sendiri, kita kena ingat bahawa hidayah itu hak mutlak Allah. Tidak boleh diheret ke balai polis. Malah tidak boleh didakwa di mahkamah-mahkamah, namun sebaliknya orang-orang kurang cerdik yang cuba menghalang Islam daripada terus berputik dan berkembang di hati-hati golongan belum Islam inilah yang bakal didakwa dengan hebatnya oleh Allah, Tuan Empunya Dunia.
Kesimpulannya, berusahalah untuk menjinakkan hati-hati kaum lain di bumi Malaysia ini supaya berpaut di dahan Islam yang luhur ini. Dan, usahlah kita meneruskan virus dan doktrin yang menyatakan bahawa, "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu". Maaf... Ini bukan isu perkauman, malah ini adalah satu usaha untuk merungkai anasir tidak sihat di dalam dunia Islam pada hari ini khususnya di negara kita Malaysia.
saudarabaharu.blogspot.com/