Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

3 April 2009

TPM ada yang nak cilok


Timbalan Setiausaha Agung MCA, Datuk Loke Yuen Yow menggesa Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan jawatan timbalan pengerusi BN untuk diisi oleh presiden MCA bagi mencermin perkongsian kuasa sebenar.
Malaysiakini, 3 April 2009


Belum sempat bernafas kawan tu dah minta jawatan no.2 negara? Bagaimana pula impian Timbalan Presiden UMNO yang baharu. Mengikut adat, dia yang patut jadi TPM. Ada orang nak cilok dah ke? Ini melanggar adat namanya.

Saya tak ada kaitan dengan UMNO. Saya tidak ada kepentingan apapun. UMNO parti berasaskan kaum. Saya orang Iban, sampai bila-bila UMNO tidak layak untuk saya.