Pangkahan Pahala: memilih pemimpin yang tunduk kepada acuan pemerintahan yang baik, jauh daripada kemaksiatan, jauh daripada salah guna kuasa, jauh daripada penipuan/pembohongan, dan jauh daripada penyelewengan-penyelewengan yang menodai amanah yang diberikan.
Pangkahan Dosa: memilih pemimpin yang tunduk kepada pemerintahan yang zalim, mengamalkan salah guna kuasa /rasuah, melaksanakan aktiviti hiburan melampau dan kemaksiatan, menipu dan berjanji tidak benar, melakukan penyelewengan-penyelewengan apabila diberikan amanah, dan perilaku-perilaku yang menyalahi tatacara kehidupan sebagai seorang manusia.
Di mana tempat kita? Yang berpahala atau yang berdosa?