Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

27 April 2009

PRK DUN Penanti- 23hb Penamaan Calon, 31hb Mengundi Calon

SPR memutuskan 23 Mei hari penamaan calon, manakala 31 Mei hari mengundi bagi DUN Penanti.
PRK kali ini menyaksikan SPR membuat 'pindaan' drastik terhadap 'sistem' yang digunapakai selama ini di Malaysia dengan melarang wujudkan 'pondok panas' dan 'peraih undi' semasa hari pembuangan undi itu nanti.
Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana yang tenang, aman, dan mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menjelaskan perkara ini hari ini semasa pengumuman berkaitan PRK DUN Penanti.
Beliau menyatakan bahawa, pondok panas adalah 'pusat ketegangan' manakala orang-orang yang berada di dalamnya yang lazimnya bertindak sebagai peraih undi diumpamakan sebagai dirasuk hantu.
Apa yang penting adalah 31 Mei 2009. Kita bakal menyaksikan keputusan sama ada 5-1 atau 4-2.
Selamat memilih pemimpin kepada seluruh rakyat di DUN penanti!!! Pastinya, di akhirat kita akan dipertanggungjawabkan terhadap setiap keputusan yang kita buat termasuk dalam soal memilih kepimpinan di dalam sesebuah negara.

26 April 2009

SELESEMA BABI

Laporan Berita Harian 26 April 2009:

WHO bimbang selesema babi merebak


BANDARAYA MEXICO: Virus selesema baru yang membunuh sehingga 82 orang di Mexico mungkin menular menjadi wabak sejagat, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ketika penyakit itu semakin merebak ke Amerika Syarikat.

Virus baru itu, H1N1, menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini.

Sebelas kes sudah disahkan di California, Kansas dan Texas manakala lapan pelajar sekolah di New York City dijangkiti virus selesema, dipercayai jenis sama.

Kali terakhir wabak selesema sejagat ialah pada 1968 apabila virus "Hong Kong” membunuh lebih sejuta orang di seluruh dunia. - Agensi


***


Benarlah ayat Allah berikut;

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Baqarah:173]


Seterusnya, Allah memperingatkan kita lagi dalam ayat ini;

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Anaam: 145]


...dan ada beberapa lagi ayat-ayat lain di dalam Kitab Suci Al-Quran yang menjelaskan haramnya babi untuk orang Islam. Buktinya nyata sekali apabila kita melihat perkara-perkara sebegini berlaku pada hari ini. Dan ternyata juga Al-Quran itu adalah satu kitab yang memberi panduan hidup kepada seluruh manusia. Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk makhluk ciptaan-Nya.

Indahnya Islam. Terbukti Islam itu agama penyelamat kepada seluruh umat yang beramal dengan keseluruhan kandungannya. Yang baik kita manfaatkan, manakala yang buruk kita jauhkan. InsyaAllah selamat kita hidup di dunia yang dicipta oleh Tuan Yang Menciptanya iaitu ALLAH.

Bagi saudara mara, sahabat handai, tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu, bapa-bapa, serta seluruh manusia yang belum Islam sekalian...Inilah jawapan yang kita cari selama ini. Islam adalah agama Benar.

DS Anwar Ibrahim Saksikan Final Piala FA di Stadium Bukit Jalil


Lawatan ke Kilang Perodua.


Jumaat lalu saya mengikuti satu rombongan lawatan ke KilangPerusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd atau ringkasnya, Perodua di Rawang Selangor.

Rombongan kami di bawa ke beberapa lokasi pemasangan kereta-kereta keluaran Perodua seperti MyVi, Viva, Nautica, Kenari dan Kancil. Kelisa? Pemasangan untuk Kelisa sudah lama dihentikan semenjak Viva keluar di pasaran. Kancil ada lagi? Ya...Dihentikan sama hari dengan lawatan yang kami buat. Malam tu pemasangan terakhir untuk Kancil. Lepas ini dah tak dikeluarkan lagi, cuma habiskan stok sedia ada. Bagi Nautica pula, hanya lebih kurang 20 hingga 30 % sahaja pemasangan di buat di Malaysia, yang selebihnya sudah siap sedia di pasang di Jepun. Di samping memasang kereta-kereta seperti yang saya sebutkan tadi, Kereta Toyota Avanza turut dipasang di kilang Perodua. Ini kerana, UMW Toyota adalah di antara pemegang saham terbesar di dalam syarikat Perodua.

Kami tidak dibawa untuk melawat secara seratus peratus di kilang berkenaan. Kami tidak dibenarkan untuk masuk ke beberapa lokasi tertentu atas sebab "Proses R&D terhadap model MPV jenama Perodua yang dijangka menemui rakyat Malaysia sama ada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Di samping melihat aktiviti-aktiviti pemasangan tersebut di jalankan, beberapa perkara yang menarik perhatian saya sepanjang lawatan di kilang tersebut. Pekerja-pekerja dididik dengan amalan kerja yang dipelopori oleh Negara matahari terbit, Jepun iaitu amalan 4'S. Sebelum ini kita selalu dengar 5'S. Perodua amalkan 4'S iaitu SUSUN-SISIH-SUCI-SERAGAM. Amalan ini lazimnya diamalkan oleh kilang-kilang agar disiplin melakukan kerja dapat dikawal.

Itu baik. Yang paling memikat hati saya ialah apabila terpandang beberapa papan tanda yang digantung di beberapa lokasi di dalam kilang berkenaan. Tulisannya seperti berikut:

  • "Ucapkan Bismillahirrahmanirrahim (ada tulisan jawi sekali) sebelum memulakan kerja"
  • "Ucapkan Astaghfirullah, jika berkata sesuatu yang tidak baik"
  • "Ucapkan Alhamdulillah setelah selesai sesuatu kerja"
Itu di antara perkara-perkara yang menarik sepanjang lawatan tersebut. Di dalam kilang, kami tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar.

23 April 2009

Terkenang Zaman Jahiliahku


Pada zaman jahiliah aku, aku tak berjaya mencari satu ketentuan dan penyudah. Lepas hidup di dunia ni, apa kesudahannya. Adakah abis begitu sahaja. Lepas mati, di gali lubang kubur, tanam, selesai... Tanya bapa, dia kata, lepas mati, takdak apa dah la...takat tu ja. Roh (semangat) akan pergi ke satu tempat yang dipanggil sebagai 'SEBAYAN' (Istilah Iban) iaitu satu kehidupan baharu yang kekal selepas mati. Makna kata, kita akan berjumpa semula nenek moyang, kaum kerabat kita yang telah mati.

Daripada penerangan ringkas tersebut, tidak dapat ditentukan bentuk balasan yang bakal diterima di sana. Untuk pengetahuan, ini kisah kepercayaan turun temurun orang Iban yang berpegang kepada kepercayaan lama, turun temurun. Walaupun di atas kertas, rata-rata orang Iban di rumah panjang pada masa ini beragama Kristian, tetapi penghayatan sebenar kepada isi kandungan agama tersebut boleh aku katakan tidak berlaku. Hanya sekadar tolong sambut hari perayaannya sahaja. Kebanyakan mereka masih mengamalkan kepercayaan turun temurun.

Berbalik kepada kisah utama pada perenggan pertama tadi, ternyata aku buntu sebenarnya untuk memikirkan jawapan kepada kehidupan selepas mati. Daripada kecil sehinggalah tamat persekolahan menengah, aku tidak endah sangat soal beragama. Aku ikut sahaja apa yang keluarga budayakan. Semasa Tingkatan Satu, baharulah satu keluarga dikristiankan. Tetapi tak pegang sungguh-sungguh pada kristian tersebut kerana tak 'mengaji'. Kalau orang tanya aku pasal kristian, ikhlas aku kata aku tidak tahu. Pernah tengok Bible, baca sikit-sikit (tak khatam) Perjanjian Baru. Baca-baca, pening...tak faham apa kandungannya. Akhirnya jadi malas nak baca. Alahai...serius aku tak faham... Umpama baca buku sastera.

1 Jun, sambut hari Gawai. 25 Disember, sambut Krismas. Begitulah kitaran hidup setiap tahun.

Dalam Kristian yang aku ingat, dalam bacaan sembahyangnya, ada juga menyebut pasal syurga (konsep Trinity). Aku tak amal, bacaan sembahyangnya pun aku tak hafal. Punya lah tak reti. Main ikut aje...

Masa tu aku memang tak terfikir adanya pembalasan dan penghisaban yang bakal dilalui oleh setiap manusia sebelum ditentukan kelayakan masuk yang mana, syurga atau neraka. Melalui budaya hidup yang aku lalui, lepas mati, akan bersambung episod kehidupan yang baharu seperti kehidupan di dunia.

Orang Iban begitu percaya akan roh-roh orang yang dah mati, mereka boleh memberi pertolongan kepada orang yang masih hidup di dunia dalam bentuk "memberi kejayaan" dalam hidup. Boleh dikatakan sebagai memuja roh. Lagi-lagi nenek moyang yang dah mati tu di kalangan orang-orang berpengaruh zaman-zaman 'Head Hunter' dulu. Siap bagi makanan pada kepala-kepala musuh yang dah kena pancung yang ada lagi di rumah panjang aku. Letak makanan kat para tempat letak tengkorak tersebut. Moga-moga boleh membantu dalam hidup. Bapa aku ada simpan satu Parang yang digunakan untuk berperang zaman dulu kala. Hasilnya tengkorak yang ada kat para. Sekarang tengkorak tu ada kat reban ayam. Parang panjang tu keluarga aku yang jaga. Turun-temurun. Jangan bagi aku sudahlah...Dahlah aku ni satu-satunya anak lelaki bapa aku, yang lainnya perempuan.

Bila aku kenang-kenang kehidupan aku zaman jahiliah dulu, aku tersenyum sendirian akan kejahilan yang berlingar dalam kehidupan aku pada masa tersebut. Terdetik rasa kesyukuran di dada diberi kesempatan oleh Tuan Punya Dunia yakni Allah, untuk tergolong di kalangan orang yang beriman kepada Allah. Jadilah aku seorang Iban Islam.

Banyak sebenarnya pengalaman belum Islam yang aku lalui...ada masa terluang, aku cubalah tulis di dalam blog ni. Aku dah wujud satu lagi blog sebenarnya, IBANISLAM...tapi tak ada masa lagi untuk aku aktifkan. Cadangnya nak cuba wujudkan medan dakwah kat situ. InsyaAllah, mohon Allah bagi kekuatan.

Maaflah. Aku cerita semua ni bukannya apa. Kadang-kadang aku terkenang zaman itu. Alhamdulillah sekarang aku sudahpun beragama ISLAM. Aku seronok jadi orang Islam. Dalam Islam inilah aku jumpa jawapan kepada soalan kehidupan selepas mati yang sebenarnya. Bukan SEBAYAN, tapi ada dua persimpangan iaitu SYURGA atau NERAKA.

Walaupun dah Islam, keluarga di rumah panjang belum lagi, hampir tiap tahun aku balik rumah panjang. Jalani kehidupan seorang Islam di rumah panjang. Alhamdulillah mereka memahami bahawa anaknya ini seorang Islam. Tuan/puan tolonglah doakan mereka agar sempat jadi orang beriman. Kerap menitis air mata mengenangkan mereka. Bila terfikir bahawa hidayah bukan boleh dijual beli dan hak mutlak Allah, redha juga hati ini.

Kita yang dah Islam ni, bersyukur kerana terpilih untuk memegang passport Islam. Pakat jaga elok-elok. Takut expired...atau tamat tempoh...perlu sentiasa renew...macam mana...teruskan dengar-dengar pengajian agama...refresh iman...aku bukannya reti sangat, tuan/puan makan garam dulu (org tua kata).

Oklah...takat ni dulu. Ada pertanyaan silalah... :-)

Zambry Kadir bakal beli Proton Perdana Executive untuk ganti Camry

'Kerajaan Perak' di bawah pimpinan Zambry Kadir akan membeli Proton Perdana Executive bagi menggantikan Toyota Camry yang bakal dilelong. Menurut 'MB' , ini adalah untuk menunjukkan rasa bangga terhadap kereta buatan Malaysia.

Seperti yang kita sedia maklum, daripada perbandingan harga, secara jelas 'Kerajaan' Perak sekarang tetap memilih yang kurang ekonomik.

Motif ini semua kita boleh ramalkan bahawa beliau berhajat menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang ingin membantu industri automotif di negara ini yang mana tanpa kita sedari pembaziran wang rakyat berlaku dan boleh kita istilahkan sebagai satu ketirisan.

Saya memikirkan bahawa berbangga dalam menggunakan produk sendiri adalah sesuatu yang baik. Namun seperkara yang kita sering lupa. Dasar pemberian AP kepada pihak-pihak tertentu demi untuk membawa masuk pelbagai jenis jenama kereta ke dalam negara Malaysia perlu dipertimbangkan semula sekiranya perkataan 'kebanggaan' menjadi sebab utama pertukaran kereta rasmi. Alasan itu terlalu rapuh untuk menyokong tindakan yang diambil. Saya tidak menolak secara total akan kemasukan kereta luar yang pada masa ini seakan-akan berlumba-lumba untuk memikat 'duit'para pembeli. Malah, saya akui kualiti dan performance kereta jenama luar negara terbukti lebih terserlah.

Hatta, model yang baharu sahaja dilancarkan oleh PM dan x-PM tetap diragui kemampuannya. Ada sahabat kata bahawa kalau ingin menggunakan kereta cap negara ni, tunggu dulu orang pakai. Kalau tak ada komplen, baharu tempah. Ini menggambarkan tahap keyakinan sebenar rata-rata rakyat Malaysia terhadap produk kita.

Berbalik kepada isu kereta yang bakal Team Zambry tempah, satu persoalan timbul... adakah kemungkinan mereka tak nak menggunakan 'bekas' kereta yang orang telah pakai. Kalau inilah sebabnya, ternyata kesombongan manusia terselah. Sekali lagi, duit rakyat yang mana rakyat sendiri kadang-kadang tidak sedar dia ada duit yang banyak tetapi terus tiris bertali arus. Banyak lagi program pembangunan masyarakat yang boleh dilaksanakan berbanding mengutamakan kereta. Lainlah kalau kereta yang ada itu rosak,nak repair pun tidak ekonomik untuk disenggara...Jenis ni, sila tukar kereta sebab takut duit rakyat tiris semasa proses senggaraan berlaku.

Apa-apapun yang kita luahkan,itu keputusan mereka. Sebagai rakyat, kita jadilah hakim yang terbaik.




22 April 2009

Kenapa lelong? Beli dulu murah, jual up dekat 50 ribu...

"Kita pakai tidak sampai setahun tapi kos penyelenggaraan untuk sebuah kereta V6 amat tinggi sehingga ada yang mencecah RM80,000, boleh beli sebuah kereta lain pula."

"Jadi kita ambil keputusan untuk menukar kenderaan rasmi kerajaan negeri kepada Camry kerana jika diikutkan harga, harganya hanya RM96,000 sebuah berbanding V6 yang berharga RM102,000."

-Petikan kata-kata Dato'Seri Ir Nizar dlm mStar.


saudarabaharu;

Kita tunggu, sama ada "Kerajaan" Zambry akan guna V6 yang lama atau beli yang baharu.

Kita perlu ingat, kerajaan Terengganu guna Mercedes, Sabah guna VOLVO.

Mana Jimat? Kita rumuskan di bawah...


Toyota Camry = RM96, 000.00

Perdana V6 = RM102, 000.00

Mercedes = RM 245, 000.00

Volvo 2.5 = harga semasa atas 200 Ribu (cek sendiri),dpt maklumat, bgtau harga ye...


Kos senggara Proton Perdana V6 Executive

Terengganu (BN) = pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun

Perak (PR) = RM 80, 000.00

Sabah pun kata mahal, sebab tu tukar Volvo baharu-baharu ini (Februari 2009)


Tindakan Zambry....apa kata anda?

21 April 2009

Dato' Seri Ir. Nizar beli kereta terpakai.



AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828, AEU606

Di atas adalah senarai kenderaan yang akan dilelong bermula 4 Mei hinggalah 18 Mei. Borang tender sudah boleh mulai dibeli
di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Opps...satu yang takkan dilelong. Lupa nak bagitau... AGS10. Yang ni MB Perak, Dato'Seri Nizar sudah tempah dan takkan dilelong. Yang lain tu boleh pilih. Kesemua kenderaan ini didaftarkan pada awal Januari yang lepas. Baru, bergaya, nombor plat pun menarik. Kenderaan semua dalam keadaan baik dan bebas kemalangan.

Kenapa dilelong...Mungkin nak pakai Exora pula. Apa kelas pakai Exora. Untuk menunjukkan semangat kenegaraan, pakailah kereta Malaysia, walau kereta yang ada baharu sahaja digunakan lebih kurang 4 bulan.

Bagi yang nak membeli, selamat bertarung harga. Bagi yang bertanya, kenapa dijual...dilelong? Tanyalah yang boleh menjawabnya. Sedikit masa lagi, kita baca saja di akhbar.


20 April 2009

Pemimpin Terengganu Terus Bercakaran

Kerajaan Negeri Terengganu semakin goyah dan kacau bilau. Malaysiakini melaporkan bahawa, 18 daripada 24 ADUN BN bertindak menyokong desakan agar MB meletakkan jawatannya. MB yang dijadual untuk melawat ke luar negara pada hari ini terpaksa membatalkan lawatan tersebut ekoran daripada kemelut yang berlaku di negeri itu.

Politik ala-BN sungguh memeningkan kepala. Bercakaran sesama sendiri, rakyat memerhatikan sahaja tingkah laku pemimpin pilihan mereka setahun yang lalu. Kalau bertikam lidah dengan ADUN PAS itu adalah lumrah. Tetapi kali ini mereka saling berseteru antara satu sama lain.

Apakah natijahnya? Sudah pastilah fokus terhadap usaha pembangunan negeri seperti yang diamanahkan akan hilang. Sudahnya, rakyat yang rugi secara tanpa disedari.

Pada akhir-akhir ini, pemimpin terlalu mementingkan kepentingan diri daripada kepentingan rakyat. Mereka sewenangnya menodai kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada mereka. Tuduhan demi tuduhan yang tiada kesudahannya semakin membuka pekung di dada.

Dengan yang demikian, jelaslah bahawa pemimpin yang sebegini tidak layak sama sekali dihulurkan amanah yang sebesar ini. Kita masih waras, maka berfikirlah.

19 April 2009

Berhati-hati Hidup Di Dunia


Kita boleh merasa sedih, kecewa, menyesal jika:

Tidak sempat beriman sebelum mati.
Tidak sempat solat berjemaah di masjid/surau.
Tidak sempat takbiratulihram pertama bersama imam.
Tidak sempat bersedekah kepada yang memerlukan.
Tidak sempat berzakat.
Tidak sempat berhaji sebelum mati walaupun duit berlebih-lebih.
Tidak sempat berpuasa sunat dan berpuasa wajib.
Tidak sempat berjihad di jalan Allah.
Tidak sempat berkiamulail di hening malam.
Tidak sempat melangsaikan hutang.


Dan, usahlah merasa sedih, kecewa, menyesal jika:

Terlepas peluang perniagaan yang untung berjuta-juta tapi jawapan akhir ialah Haram.
Terlepas peluang memiliki kereta mewah dan rumah besar.
Terlepas pangkat dan kedudukan di tempat kerja.
Terlepas peluang memiliki segala yang selesa, senang, suka, sedap, seronok yang jawapan akhir hanya dunia...

Itulah sebenarnya yang tersirat dan tersurat berkaitan hidup di dunia yang penuh dengan ujian dan tipu daya. Dunia memang nampak enak kerana nafsu kata begitu. Yang balasannya sedap dan enak di akhirat begitu sukar nak dibuat di dunia, itu kerana manusia kalah dengan kata nafsu. Maka, yang terbaik untuk kita adalah yang terbaik balasannya di akhirat. Selalu kita diingatkan agar berhati-hati di jalan raya. Tetapi, amat jarang kita diseru agar berhati-hati hidup di dunia. Siapapun kita...Mati itu pasti. Bekalannya? Amalan masing-masing...Hanya dua yang PASTI... Syurga untuk Islam, Neraka untuk selain Islam.

Mufti: Menonton Wayang Adalah Haram




Artikel harian metro bertarikh 26 Mac 2009 ‘Haram tonton wayang:Mufti Besar Arab Saudi, Shekh Abdul Aziz Alu al-Shekh’ ('Abd al-'Aziz ibn 'Abd Allah ibn Muhammad ibn 'Abd al-Lateef Aal ash-Shaikh). Berikut salinan asal artikel berkenaan yang disalin daripada ArabEastern.com (baca di sini) untuk tatapan serta panduan bersama;


March 26, 2009, RIYADH - Saudi Arabia’s Grand Mufti Shaikh Abdul Aziz Alu Al Sheikh has lashed out at cinema and theatre saying that they are against Shariah (Islamic law) as they are tools that distract people from work and efforts to achieve progress, reported Gulf News. He made these comments when asked about theatrical performance and watching comedies at an interaction with students at King Saud University. "Theatrical performance, whether it is a cinema or a song, would generally make an impression that is against Shariah. People need only those (art forms) that are useful to them to change their way of life (in an Islamic manner),” he said. It is noteworthy that last year the Grand Mufti had issued an edict against watching Turkish melodramas of Noor and The Last Years, the hottest shows on Arab TV, aired on MBC.

He slammed them as evil and ordered audiences to stop watching them. "They contain so much evil; they destroy people's ethics and are against our values. Any TV station that airs them is against God and His messenger. These are serials of immorality," he noted.


Malaysia....bekenjah panggung wayang di seluruh negara? Apa kata orang Malaysia????????? Atau kita lebih betul daripada Mufti Besar Arab Saudi. Bagi bukan kaki wayang...tahniah, anda berjaya meninggalkan salah satu yang ulama kata sebagai haram.

Satu lagi Sandiwara di Perak

Speaker Perak gantung Setiausaha, SUK tegas tidak sah

SUK: Penggantungan diputus Speaker tidak boleh dikuatkuasakan

IPOH: Krisis politik Perak memasuki episod baru hari ini dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak - buat kali kedua sejak penghujung Februari lalu.

Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan Speaker itu, Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim pula menegaskan, keputusan itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Abdul Rahman berkata, jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak. -mStar-


saudarabaharu:

Susah kan macam ini. Apa macam kalau bubarkan sahaja DUN tu, pastu serah kepada rakyat pilih semula. Dah kabo lama doh... Perak sekarang pun kita tak tau siapa MB nya. Seorang ke dua orang. Yang Lama ke yang Baharu. Mahkamah masih tak putuskan lagi...Kita tunggu...tunggu...dan terus tunggu...Banyak drama yang bakal menyusul selepas ini. Rakyat menjadi mangsa perebutan kuasa di antara pemimpin. Inilah krisis kepimpinan. Di mana bermulanya...Siapa yang memulakannya...Pertengahannya bagaimana...Akhirnya...

18 April 2009

BN takut kalah...Itu Sebenarnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak menolak kemungkinan Barisan Nasional (BN) tidak akan menyertai pilihanraya kecil DUN Penanti, Pulau Pinang.

Pengerusi BN itu berkata BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihanraya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.-malaysiakini-


saudarabaharu kata:

Hai DS...apa cerita ni. Risau tumpas lagi ka? Atau PRU13 nanti pun ada kemungkinan tak akan menyertai. Lawan la...lawan jangan tak lawan...perjuangan perlu diteruskan...kita tengok rakyat pilih siapa...samaada 5-1 atau 4-2. Kalau main bola, tak payah lawan pun takpa. Agreget kalah dah. Tapi ini bukan bola. Bagi la peluang rakyat menunaikan hak memilih. Depa dok tak sabaq nak pi pangkah...Yang penting...ini lah masa yang paling sesuai membangunkan kawasan DUN Penanti. Kalau tidak, entah bila...

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak

Mohamed Hanipa Maidin

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?

Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.

Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.

Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.

Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.

Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.

Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai
Speaker.

Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.


Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat.- tajdid_ -Harakahdaily-

17 April 2009

SPR nak hadkan penyokong pada hari penamaan calon mulai PRK Penanti






PETALING JAYA: Jika selama ini hari penamaan calon dan hari pengundian berwajahkan seolah-olah pesta atau keramaian, persekitaran yang disaksikan ketika tiga pilihan kecil serentak baru-baru ini nampaknya yang terakhir dalam sejarah pilihan raya negara ini (baca di sini). -mStar-




saudarabaharu kata:


Apa lagi ni. Mungkin ini adalah punca kekalahan parti pemerintah selama ini. Buat la penamaan calon dalam stadium. Jual tiket...dapat duit...yang boleh masuk hanya yang dapat tiket jer. Stadium bola mungkin ramai sangat...kecilkan lagi...kita guna stadium apa ya...nanti dia fikirkan. Mungkin boleh guna bilik soal siasat di balai polis. Polis pun mudah, tak payah bawa lori ke tempat penamaan calon..cuma jaga di balai aje...

Terengganu Hanya Terima RM 6.27 bilion dari Jumlah Keseluruhan RM 15.8 bilion Wang Royalti

Kuala Terengganu – Dari tahun 2000 hingga tahun 2008 Kerajaan Terengganu hanya menerima wang royalti petroleum sebanyak RM6.27 bilion daripada kerajaan pusat.Jumlah wang yang sepatutnya diterima oleh kerajaan Terengganu dalam tempoh tersebut adalah RM15.847 bilion.Menteri Besar Dato’ Ahmad Said berkata demikian ketika menjawab soalan lisan ADUN Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abdul Wahid Endut dalam sidang Dewan Undangan Negeri, semalam. -buletinonline-


Terengganu negeri kaya. Ada utang lagi dak?

16 April 2009

ADUN merajuk kerana tak dapat gula-gula

Punca 10 ADUN mahu singkirkan MB

Kumpulan 10 ADUN Umno Terengganu marah kepada Menteri Besar Datuk Ahmad Said kerana didakwa antaranya meminggirkan mereka, termasuk tidak dilantik sebagai penyelaras DUN masing-masing.

Mereka juga kecewa kerana menteri besar tidak melantik mereka sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Umno tambahan, apabila mereka kalah dalam pemilihan parti tahun lalu. -malaysiakini-
saudarabaharu kata:
Oooo...ini kes merajuk tak dapat gula-gula...dapat gula-gula lagi baik punya...reda la rajuk tuuu...ingatkan pasal MB tak bela rakyat, atau tak prihatin pada rakyat. Rebut amanah punya pasal...akhir zaman...

PRK Lagi!!! 5-1 atau 4-2

Kenyataan Fairus- Bekas ADUN Penanti
Setelah memberikan pertimbangan dengan sewajarnya, mengambilkira landasan perjuangan dan kepentingan rakyat yang saya wakili, saya dengan ini mengambil keputusan demi memelihara kepentingan Parti Keadilan Rakyat untuk melepaskan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti berkuatkuasa hari ini 16hb April 2009.Keputusan ini bertujuan untuk membolehkan saya memberikan tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekaligus memberikan masa kepada saya untuk bersama dengan keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya.Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini. Khususnya kepada pengundi dan rakyat Penanti yang saya wakili, saya ingin merakamkan jutaan penghargaan di atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan selama saya memegang amanah selaku wakil rakyat Penanti.Keputusan ini adalah untuk kebaikan semua, Parti Keadilan Rakyat dan perjuangan serta kepimpinan di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim (selaku Penasihat Parti) demi menegakkan kebenaran dan keadilan. -malaysiakini-
Saudarabaharu ulas:
Tahniah Fairus, itu jalan terbaik. Bagi Rakyat Penanti...tahniah juga kepada anda. Sedikit masa lagi, projek segera akan menjengah kawasan kamu.
Bagi parti-parti politik, selamat tonjolkan potensi diri untuk dinilai oleh rakyat. Rakyat akan memilih wakil yang boleh memikul amanah bagi pihak mereka.
Selamat menanti penuh debar sekali lagi.
Adakah 4-2 atau 5-1?

Pergantungan Zambry dan Exco Terbatal dan Tidak Sah

PUTRAJAYA, 16 April (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini memutuskan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and enam anggota exco kerajaan negeri adakah terbatal dan tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian. -Bernama-


Ending yang dapat diagak...Selamat berkhidmat!!!

15 April 2009

Sarkis da...........


Apa yang terjadi di dalam keluarga Umno semakin riuh rendah. Tak reda lagi di Terengganu, di Perlis pun begitu. Di Perak sedang menghitung hari untuk bertarung semula sekiranya dalam tempoh sebulan daripada sekarang tidak ada sebarang sidang DUN diadakan. Ini soal rumah tangga mereka sebenarnya.

Yang di atas nak kekal di atas...yang di bawah nak duduk atas...yang dulu berkuasa, sekarang tiada kuasa, sekarang terliur akan kuasa itu. Macam-macam.

Maka ada betulnya skrip perbualan Ramli, Sudin, dan Ajis dalam Pendekar Bujang Lapok:

Alif, Mim, Nun, Wau... Alif tendang Wau...SARKIS da.........................

Selepas MCA dan MIC, Sekarang Melayu&Bidayuh Sarawak Pula


Sarawak Malays unhappy too :
Najib’s cabinet said to have done away with past tradition of having one Malay MP from Sarawak as full minister

KUCHING: The Sarawak Malays have joined the growing voices of dissent over Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s cabinet line-up.

A philosophical Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) deputy president Datuk Amar Abang Johari Tun Openg however called for understanding, saying even though PBB had expected to be given one full ministerial post to represent the Sarawak Malay community, Najib might have his own reasons to do what he did.”

The Malays (in Sarawak) are not happy (because) we are not represented by a full minister, but then again, it is the prerogative of the prime minister.

Maybe he has a reason (to do so),” he told reporters yesterday.

He said Sarawak Malays felt that they should be given one full ministerial post in the cabinet reshuffle announced last Thursday because they had always had one full minister in the federal cabinet.

-Borneo Post Online, 15 April 2009-

*****************************************************************************

Agenda Satu M’sia enda ‘ngampitka’ bala Bidayuh

Tiga MP nerima SMS ngasuh badu gawa laban siku pan nadai raban sida dipilih enggau Kabinet Najib

KUCHING: Tiga iku Kaban Parlimen Bidayuh Dato James Dawos Mamit, Datuk Dr Tiki Lafe enggau Datuk Richard Riot madah sida iya nerima pesan pandak (SMS) ngasuh badu megai pengawa.

Dawos ke ditemu ba Indu Opis Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) madah kebuah sida iya dipinta baka nya laban nadai siku enggau ba Kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 9 April tu tadi.

Diatu Dr Tiki enggau Riot benung gagau nyidi penatai pesan pandak nya ari konstituensi sida.

“Enggau insiden ke baru tu (nadai siku pan pengari Bidayuh ba kabinet perintah besai), aku deka meri jaku aku laban empai lama tu tadi aku nerima mayuh SMS ngasuh aku badu,” ku iya.

Dawos madah mayuh ari SMS ke diterima datai ari rayat ba konstituensi sida iya ke enda lantang ati laban nadai siku Kaban Parlimen Bidayuh enggau kabinet Najib.

“Ba aku, aku lantang ati laban enda kena pilih (megai pengawa ba kabinet perintah besai) tang aku pan sinu ati laban siku ari sida tu (Dr Tiki tauka Riot) enda ga kena padu,” ku iya.

“Asai ati aku patut bisi pengari Bidayuh ba kabinet perintah besai,” ku iya.

-Borneo Post Online, 14 April 2009-

*****************************************************************************

saudarabaharu mengulas:

2 tajuk petikan akhbar daripada bumi kenyalang di atas, menggambarkan wakil orang melayu dan wakil orang bidayuh di negeri tersebut mula menyuarakan kitadakpuasan hati masing-masing terhadap percaturan kabinet Tok Jib baharu-baharu ini.

Versi bahasa Inggeris tersebut saya yakin ramai yang memahami kandungannya. Abang Jo melahirkan rasa kecewa kerana tiada wakil melayu Sarawak yang dilantik sebagai menteri penuh, yang ada hanya timbalan menteri, contoh: anak Taib sendiri, Sulaiman Taib. Kali terakhir orang Melayu Sarawak dilantik menjadi Menteri adalah, DS Adenan Satem.

Versi Bahasa Iban di atas pula memberitakan tentang 3 ahli parlimen bidayuh menerima SMS supaya berhenti berkhidmat (Sbg. Ahli Parlimen) kerana tidak tersenarai di dalam sebahagian kabinet Tok Jib. Dato James Dawos Mamit menyatakan sepatutnya ada wakil kaum bidayuh di dalam kabinet tersebut.

Kesimpulan yang boleh saya buat, ramai ahli komponen BN mula meluahkan rasa tidak puas hati. Bermula MCA, seterusnya MIC, sekarang orang Sarawak pula. Adakah sudah terlalu rapuh gabungan yang terdapat di dalam BN sehinggakan masing-masing sudah mula bersuara lantang?




Islam Bukan Hak Melayu: Satu Kajian Maya


Cuba kita perhatikan sedikit kajian maya yang saya cuba buat. Jadual di atas menunjukkan populasi masyarakat Islam 7 buah negara yang saya pilih secara rawak. Didapati 220.72 Juta orang Islam terdapat di India, 195.272 juta di Indonesia, dan 130.37 juta terdapat di China. Hasil kajian ini juga, didapati sehingga penghujung Tahun 2008, 15.399 juta rakyat Malaysia adalah beragama Islam. Turut mencatatkan angka yang membanggakan kita, United States (US) mempunyai 6.42 juta penduduk Islam. Hampir 100% rakyat Turki beragama Islam.

Untuk pengetahuan kita semua, kajian ini HANYA melibatkan beberapa negara terpilih sahaja. Kalau di senaraikan kesemua negara di dunia, di benua Afrika sahaja terdapat 462.36 juta orang Islam. Manakala jumlah penduduk Islam di Benua Eropah mencatatkan angka 51.46 juta penduduk.

Dapatan kajian ini menunjukkan 59% penduduk di Malaysia beragama Islam. Itu belum lagi dipecahkan mengikut kaum. Kaum-kaum yang terdapat di Malaysia adalah pelbagai, contohnya, Melayu, Cina, India, Iban, Bajau, Bidayuh, Kedazan, Melanau, Penan, Orang Asli (Pelbagai suku), Murut, Kayan, Kenyah, Kelabit, Siam, dan banyak lagi. Saya amat yakin bahawa setiap suku kaum yang disebutkan tadi itu ada yang beragama Islam. Contohnya saya sendiri, orang Iban yang beragama Islam. Di rumah panjang saya sahaja ada 6 orang beragama Islam.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa Islam adalah agama sejagat. Agama global. Islam ini bercambah di seluruh pelusuk benua di dalam dunia ini. Mungkin selama ini kita jarang terfikir fakta-fakta sebegini oleh kerana jumudnya pemikiran kita setelah ditepukan agar tidak berkembang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan dengan ini, satu persoalan yang ingin saya bangkitkan kepada para pembaca sekalian, di manakah hak 'Melayu' yang menyatakan kenyataan berikut:

"Melayu itu Islam, Islam itu Melayu"Justify Full
Mungkin dari segi angka kita menang dengan negara Mongolia, kita menang dengan US, akan tetapi kita jauh berlipat kali ganda jika dibandingkan dengan negara Indonesia, China, India, dan Turki. Ini tidak lagi termasuk dengan negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi, Iraq, Iran dan sebagainya.

Sebenarnya saya cuba untuk merungkai doktrin yang tertanam di benak pemikiran 'low class' rakyat Malaysia yang cuba meletakkan racun di fikiran rakyat negara ini sebagaimana persoalan yang dinyatakan di atas. Seakan-akan kaum lain tidak ada hak untuk mendekati dan mendampingi Islam itu sendiri. Malah, seboleh mungkin kaum lain yang masih belum Islam diletakkan satu penghalang daripada mencintai Islam itu sendiri.

Sesungguhnya Allah Maha Kaya, Dialah yang berkuasa atas tiap sesuatu. Sehebat mana usaha yang cuba menjauhkan orang belum Islam daripada Islam itu sendiri, kita kena ingat bahawa hidayah itu hak mutlak Allah. Tidak boleh diheret ke balai polis. Malah tidak boleh didakwa di mahkamah-mahkamah, namun sebaliknya orang-orang kurang cerdik yang cuba menghalang Islam daripada terus berputik dan berkembang di hati-hati golongan belum Islam inilah yang bakal didakwa dengan hebatnya oleh Allah, Tuan Empunya Dunia.

Kesimpulannya, berusahalah untuk menjinakkan hati-hati kaum lain di bumi Malaysia ini supaya berpaut di dahan Islam yang luhur ini. Dan, usahlah kita meneruskan virus dan doktrin yang menyatakan bahawa, "Melayu itu Islam, Islam itu Melayu". Maaf... Ini bukan isu perkauman, malah ini adalah satu usaha untuk merungkai anasir tidak sihat di dalam dunia Islam pada hari ini khususnya di negara kita Malaysia.


saudarabaharu.blogspot.com/

14 April 2009

Rakyat Johor Nak Jambatan Bengkok. Rakyat ke penipu rakyat?

Jambatan bengkok Singapore-JB timbul kembali setelah beberapa tahun menyepi. Rugi entah sekian juta duit rakyat karam di tambak Johor.

Pemuda Umno Johor membuat saranan agar projek ini dikaji semula dan setidak-tidaknya dibina di bahagian Malaysia sahaja. Mereka berkata bahawa seluruh rakyat Johor di segenap pelusuk menaruh harapan tinggi pada Tok Jib selaku PM yang baharu.

Kalau diteruskan, sekian bilion lagi duit rakyat tenggelam di selat Johor itu. Pembaziran demi pembaziran yang keseterusnya. Kenapa? Ya, hari tu kan dah sekian jutaan terbazir semasa pelancaran...pembinaan awal...seterusnya bayar pampasan kerana tak jadi projek. Kaya orang Malaysia. Inilah tadbir urus yang tidak bertanggungjawab pada mata penulis. Kenapa semasa pembatalan tempoh hari tak dibantah sekeras-kerasnya. Sekarang pampasan dah diberi. Nak sambung pula projek. Tok Jib kena petimbang betul-betul. Kubu kuat Umno di Johor. Kalau tak bagi, goyang lagi Umno. Kalau bagi, berdesing juga telinga di gelanggang perdebatan parlimen. Mangsanya, duit rakyat!!!

Kenapa timbul sebaik sahaja Pak Lah undur diri. Pak Madey pun masuk balik Umno apabila Pak Lah undur diri. Kalau merujuk kepada penaakulan penulis, jambatan itu jambatan Pak Madey. Jadi sahaja projek jambatan itu, bermakna "dia sudah datang". Datang untuk menyambung semula legasi dan empayarnya. Siapa? Entah.

UMNO bergolak lagi

Keadaan di DUN Terengganu semakin tegang. Ada ADUN yang ponteng sidang DUN dengan alasan keselamatan tidak terjamin selepas menerima ugutan melalui SMS. "YB tak sayang nyawa?" Begitulah bunyi SMSnya. Entah siapa yang bagi. Tok Jib kata bukan dari pejabat MB. Apa pula kata MB...MB kata dia tak tahu puncanya dan tidak akan pujuk ADUN yang terbabit. Dan...Tok Jib dan Tok Din kata mereka tahu sejak Ahad lagi perkara ini.

Rumit ni...sorang kata tak tahu menahu...seorang kata bukan dari pejabat MB...seorang lagi kata dah tahu sejak Ahad yang lalu....kata pula, tak akan pujuk.

Ini cerita ahli dalam sebuah parti yang sama. Bukan dari parti yang berlainan. Barah yang bernanah semakin hari semakin parah. Menunggu masa untuk ditalkinkan sebenarnya. Rakyat masih ternganga lagi, ternganga bukan terkejut, tapi masih tak faham apa yang berlaku. Akhirnya, dia orang akan kata...lagi lidah akan tergigit.

Tok Jib gesa para ADUN untuk hadiri sidang DUN. MB kata tak nak pujuk. Merajuk ke nak pujuk-pujuk. berat....berat...berat...

Nak ringankan, bubarkan sahaja DUN Terengganu. Mungkin ini yang ADUN yang ponteng itu hendakkan. Tunggu...

UMNO Haram atau Produk Haram. Sama aja!

Ketua Penerangan Umno Negeri Perlis, Datuk Hashim Suboh menyifatkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram" tradisi Umno. Pada kebiasaannya, pengerusi perhubungan negeri, selalunya dilantik memegang jawatan tersebut (MB).

Beliau mengulas kenyataan Md Isa yang mahu menteri besar turut dilantik sebagai pengerusi perhubungan bagi memudahkan penyelarasan.

"Beliau jadi MB bukan mengikut norma dan sistem dalam Umno. Dia adalah 'produk haram' dalam sistem parti. - malaysiakini-

Oooo...UMNO ni ada produk halal ke? Satu kapal dua nakhoda. Itu situasi UMNO Perlis. Jadi, siapa yang berkuasa. Nak ikut MB atau pengerusi perhubungan...

Terpulanglah pada korang. Jelas kecelaruan dalam UMNO dalam berebut jawatan yang ada. Belum sempat redha isu pemilihan agung UMNO, timbul pula isu Ketua Pemuda KJ tak tersenarai dalam kabinet, ni timbul pula masalah di peringkat negeri. UMNO bercelaru, Samy Vellu pula tak puas hati dengan kabinet One Malaysia.

Kesudahannya, kita tunggu dan lihat. Sebab... tak ada kaitan pun. Eloklah tu... Lama dah orang kata, ikut sistem Islam. Tak mau. Ikut sistem penjajah, minda penjajah lah yang ada pada kotak pemikiran pemimpin.



***Penaakulan Mantik:

A: Pengeluar produk yang haram adalah turut sama haram.
B: UMNO mengeluarkan 'produk haram'. (baca di sini)

Jawapan: UMNO HARAM!

13 April 2009

Peluk ya Nabil!!! Tok One Rais mana?



“Saya peluk dia secara spontan, jadi saya tak menyesal sebab itu merupakan cara saya meluahkan perasaan gembira.

"Lagipun, dia merupakan tempat untuk saya meluahkan perasaan, semasa saya susah dan senang,” kata Nabil selepas majlis tersebut berakhir.

Nabil bagaimanapun sedar perlakuannya itu pasti akan menimbulkan satu kontroversi.“Saya minta maaf kalau apa yang orang nampak itu melampaui batas dan terpeluk di tempat yang salah.

-mStar Online-


saudarabaharu berkata:

Inilah realiti kehidupan kebanyakkan anak muda zaman sekarang. Ikut sedap dia jer... Tak mustahil sedikit masa lagi, mereka akan raikan 'kejayaan' sebegini dengan bercumbuan pulak... Ala-ala Hollywood...Bollywood...Malayawood...

Apa dia semua ni...mengarut...kurang ajar...tak reti malu... dan pelbagai lagi ungkapan yang mungkin kita dengar dan ucap. Ini satu pencapaian sistem pendidikan sebenarnya. Dan, ini mungkin satu pencapaian yang dibanggakan oleh tv-tv di negara kita. Dan... Inilah pencapaian pemimpin yang bertanggungjawab di dalam bidang penyiaran.

Ini yang ditonjol secara live... Yang di belakang tabir kita tak tau... Lagi teruk kut...

Pak menteri...oooo...pak menteri...senyap lagi ka...bukan satu ni je tau...hang kena lepak seharian di taman-taman, pasaraya, panggung wayang, pusat2 hiburan...tak dan kut seharian. Suka hati hang la..yang penting, budaya pergaulan bebas muda-mudi ni setel. Itu baru dinamakan kejayaan! Bukan sekadar menghentam pembangkang sahaja kat tv tuuuu... Gunakan tv tu betui-betui... Didik, ajar, bimbing...

Tak perlu sebut satu2 lah...kan kau menteri...kalau aku sebut semua, baik aku ambik tempat kau jadi menteri...tapi bukan menteri 'BeEnd' la kut...


Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

[Al-Israa', 17:32]

Tauke Arak Buatan Malaysia!


Allah berfirman (terjemahan):
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
(Al-Maidah, 5:90)
Siapakah 'tauke-tauke' kilang arak yang besar di Shah Alam. Mari semak di bawah.

(Baca di sini dan di sini)


-Corporate Information-


DIRECTORS
Michael Iuul, R. (Chairman)

Chan Hua Eng, R OBE

Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth, P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.

Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin, P.S.M., P.J.N.,
J.S.M., S.M.J., K.M.N.

Mogens Thomsen
Dato’ Jorgen Bornhoft, D.P.T.J. (Kehormat)


ALTERNATE DIRECTOR
Chin Voon Loong
for Mogens Thomsen


MANAGING DIRECTOR
Dato’ Jorgen Bornhoft, D.P.T.J. (Kehormat)


SECRETARY
Chin Voon Loong


AUDIT COMMITTEE
Chan Hua Eng (Chairman) - (Independent Non-Executive Director)

Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth
(Independent Non-Executive Director)

Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
(Independent Non-Executive Director)

Dato’ Jorgen Bornhoft
(Managing Director)


AUDITORS
Ernst & Young
Chartered Accountants


SOLICITORS
Shearn, Delamore & Co.


REGISTERED OFFICE
No. 55, Persiaran Selangor
Section 15, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel : (03) 5519 1621
Fax : (03) 5519 1931
E-mail : info@carlsberg.com.my
Website: http://www.carlsberg.com.my/


REGISTRARS
Signet Share Registration Services Sdn. Bhd.
11th Floor, Tower Block
Kompleks Antarabangsa
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


BANKERS
Public Bank Berhad
Wisma Lim Foo Yong
86, Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur

Maybank Berhad
Menara Maybank
100, Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur

HSBC Bank Malaysia Berhad
2, Leboh Ampang
50100 Kuala Lumpur

ABN Amro Bank Berhad
Level 26, MNI Twins, Tower 2
11, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Firman-Nya (terjemahan):

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

(Al-Maidah, 5:91)

12 April 2009

Guru Besar ditukar, ibubapa mogok. PM bertukar, rakyat seronok (yang ganti lagi syok).

Ibubapa sebuah sekolah di Negeri Sabah, Sekolah Kebangsaan Pulau Mantani, Kota Belud melancarkan mogok tidak membenarkan anak-anak ke sekolah ekoran rayuan untuk mengekalkan guru besar, Sabli Nanti tidak diterima oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Mogok sejak awal Mac lalu memberi kesan yang besar apabila pernah satu ketika hanya dua orang murid sahaja yang hadir ke sekolah.


Alangkah hebatnya pemimpin sebuah sekolah ini. Apa dasar kepimpinannya hinggakan ibubapa begitu inginkan dia terus memimpin sekolah berkenaan.


Saya memikirkan bahawa mantan Menteri Pelajaran yang lalu yang terkenal dengan kerisnya pun tidak sehebat cikgu ini. Baharu-baharu ini ditukarkan ke kementerian lain pun tidak ada pihak yang lancarkan mogok. Malah tidak pernah lagi dalam sejarah Malaysia, kalau bertukar perdana menteri, mogok dilakukan tanda sayangkan pemimpin tersebut. Lagi cepat pergi lagi dia orang suka... Nampaknya aura cikgu ni lebih mantop jika dibandingkan dengan seorang Menteri mahupun Perdana Menteri.


Benarlah orang-orang dewasa kata, seorang Perdana Menteri itu menjadi Perdana Menteri bermula daripada usaha seorang guru.


Maka, Guru lebih hebat daripada seorang Perdana Menteri. Berapa ramai guru diberi pingat-pingat atau gelaran 'Datuk', 'Tan Sri', 'Tun'. Yang lebih diiktiraf di negara ini pada hari ini adalah seorang artis yang terdedah sana sini auratnya.

11 April 2009

3 Ciri Manisnya Iman

Dari Anas r.a, Nabi s.a.w, sabdanya:

"Ada tiga perkara, bila terdapat dalam diri seseorang maka dia akan merasakan bagaimana manisnya iman: Mencintai Allah dan Rasul-Nya, melebihi daripada yang lain-lain. Mencintai orang lain kerana Allah semata-mata. Benci menjadi kafir kembali, setelah Allah melepaskannya dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya akan dilemparkan ke neraka."


Sumber>>> Shahih Muslim

Tanya GURKHA UMNO pasal orang putih guna al-Quran

Mengapa 'pejuang-pejuang agama' UMNO tidak buat report polis pasal ribuan orientalis barat yang bukan sahaja baca ayat al-Quran malah ramai yang menghafal dan menghuraikannya. Mungkin mengujakan lagi, rata-rata mereka lebih faham apa yang terkandung di dalam kitab suci tersebut jika dibandingkan dengan kita rakyat Malaysia.
Malah, di universiti-universiti di negara barat, ada di antara mereka yang pergi ke bilik-bilik kuliah untuk mengajarkan isi kandungan al-Quran itu. Antara tujuan mereka adalah untuk membuat perbandingan agama. Islam dengan Kristian umpamanya. Sesetengahnya al-Quran hanya dikepit di celah ketiak. Dan, ada sesetengahnya yang sambil-sambil mengepit al-Quran di ketiak, sambil itu juga meneguk arak. Ini lagilah hina!
Itu hanya sekadar satu contoh globalisasi. Usah kita menjumudkan pemikiran rakyat Malaysia ini. Kalau tak percaya, tanya "GURKHA" UMNO, Khairy, dia dulu mengaji di Oxford. Atau ramai lagi orang-prang UMNO yang tahu benda ini sebenarnya. Mengapa tak laporkan sahaja pada polis, malah lapor kepada FBI pun boleh.
Jelaslah mereka ini bukanlah hendak membela agama. Merekalah orang yang menggunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Dan jelaslah mereka tak reti!

Ibrahim Ali sedang menunggu pinangan UMNO

Agensi berita melaporkan bahawa Ibrahim Ali, ahli parlimen Pasir Mas, menunggu pinangan UMNO. Beliau bakal mempertimbangkan untuk masuk semula ke pangkuan parti itu setelah meneliti beberapa perkara.


Alahai Brahim...lupa ka...dulu betanding atas tiket PAS...nak melompat ke seberang pulak. Ya lah, dah lama duduk atas pagar. Ke kiri tidak, ke kanan pun tidak.


Apapun tindakan kamu, rakyat akan menjadi hakim terbaik untuk kamu. Kamu tunggu ya...


10 April 2009

Wajah Pembunuh Mendiang Altantuya

Ini dia wajah pembunuh yang baru sahaja dijatuhkan hukuman mati setelah disabitkan kesalahan membunuh Altantuya, serentak dengan pengumuman barisan kabinet Malaysia. Dirancang atau kebetulan. Orang awam tidak pernah melihat wajah di sebalik topeng itu, kecualilah orang-orang yang masuk ke dalam mahkamah dan mengikuti perbicaraan itu secara langsung.

Apa motif di sebalik topeng itu sebenarnya. Adakah 'kambing hitam korban' yang dijatuhkan hukuman ini akan ada talian hayat lain...Atau ada kambing gantian untuk dikorbankan.

Tak apalah. Di dunia boleh lari dan mengelak, mencilok, dan menghindar dari hukuman. Di akhirat kelak, 'no way out'. Lebih pedih hukuman di sana...boleh jadi disiksa selamanya.

Teringin juga nak lihat muka 'pembunuh kejam' itu. Mungkin pihak yang berkuasa di dalam negara kita mengizinkan imej bertopeng ini.

Takpalah, kita tengok di skrin besar (giant screen) di padang Masyar nanti.


9 April 2009

Untuk Motivasi Saudara Baharu: Warkah TG Nik Abdul Aziz Kepada YB Nga Kor Ming. Seronok saya baca surat ini.



13 Rabiul Akhir 1430
9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS


Sumber>>> http://www.blogtokguru.com/

Kambing hitam yang bunuh Altantuya rupanya.. Abis...siapa punya kambing ni...


Sampainya hati korang berdua ni, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Apalah salahnya mendiang Altantuya Shaariibuu sehingga dibunuh begitu kejam.

Akhirnya, hari ini mereka berdua dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Apa hubungan korang berdua ni dengan si mati sehingga sanggup membunuh si mati. Apa rahsia besar yang dia ada sehingga korang bunuh dia? Apa dendam kesumat yang korang nak tutup sangat hingga terpaksa ambil nyawanya dengan begitu rupa...

Hingga ke hari dijatuhkan hukuman yakni hari ini, tak tau la...apa motif korang. Salah sorang kata jadi 'kambing hitam'.

Siapa tuan kambing hitam itu sebenarnya? Tak kan le kambing hitam tanpa tuan. Tu kambing liar namanye.

Ramai yang kesian kat korang berdua. Tapi, cara tu kejam sangat... Kalau hukuman itu kekal, korang akan mati nampaknya... bertaubatlah.

Tak puas hati betul lah...nak tau juga tuan kambing hitam ni...

Sebelum dihukum gantung, apa cara sekalipun, tolong sebut sekali sahaja cukuplah, siapa tuan korang berdua!


***kambing hitam akhirnya di 'korban'kan juga.

Kabinet Baharu 'One Malaysia' 2009. Setelah Dacing Membaca Timbangan.

Terjawab sudah penantian sebelum ini. Begitu lama kita menunggu 'dacing' membaca timbangan. Inilah bacaan yang diberi oleh dacing terse but. Sama-sama kita lihat dan nilai secara awalan dan akhirannya kita lihat kemudian(boleh ramal, bagi para peramal).


25 KEMENTERIAN

28 MENTERI, 40 TIMBALAN MENTERI




Perdana menteri
- Datuk Seri Najib Razak

Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:

Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad Maslan
T Murugiah

Menteri kewangan I
Datuk Seri Najib Razak

Menteri kewangan II
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Datuk Chor Chee Heung (timbalan)
Datuk Dr Awang Adek Hussin (timbalan)

Menteri pelajaran
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Datuk Dr Wee Ka Siong (timbalan)
Dr Mohd Puad Zarkashi (timbalan)

Menteri pengangkutan
Datuk Ong Tee Keat

Datuk Abdul Rahim Bakri (timbalan)
Datuk Robert Lau Hoi Chew (timbalan)

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
Datuk Hamzah Zainudin (timbalan)

Menteri dalam negeri
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Wira Abu Seman Yusop (timbalan)
Jelaing Mersat (timbalan)

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Datuk Joseph Salang Gandum (timbalan)
Senator Heng Seai Kie (timbalan)

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
Noriah Kasnon (timbalan)

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah
Datuk Seri Shafie Apdal

Datuk Hassan Malek (timbalan)
Datuk Joseph Entulu Belaun (timbalan)

Menteri pengajian tinggi
Datuk Seri Mohd Khaled Nordin

Datuk Dr Hou Kok Chung (timbalan)
Datuk Saifuddin Abdullah (timbalan)

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri
Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)
Datuk Jacob Dungau Sagan (timbalan)

Menteri sains, teknologi dan inovasi
Datuk Dr Maximus Ongkili
Fadillah Yusof (timbalan)

Menteri sumber asli dan alam sekitar
Datuk Douglas Uggah Embas

Tan Sri Joseph Kurup (timbalan)

Menteri pelancongan
Datuk Ng Yen Yen
Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib (timbalan)

Menteri pertanian dan industri asas industri
Datuk Noh Omar

Datuk Johari Baharum (timbalan)
Datuk Rohani Abdul Karim (timbalan)

Menteri pertahanan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (timbalan)

Menteri kerja raya
Datuk Shaziman Abu Mansor
Datuk Yong Khoon Seng (timbalan)

Menteri kesihatan
Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Datuk Razali Ibrahim (timbalan)
Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Maznah Mazlan (timbalan)

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna
Datuk Ismail Sabri Yaakob
Datuk Tan Lian Hoe (timbalan)

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan
Datuk Kong Cho Ha
Datuk Lajim Ukin (timbalan)

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat
Datuk Seri Sharizat Jalil
Datin Paduka Chew Mei Fun (timbalan)

Menteri luar
Datuk Anifah Aman

A Kohilan Pillay (timbalan)
Datuk Lee Chee Leong (timbalan)

Menteri wilayah persekutuan
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Datuk M Saravanan (timbalan)


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Masuk Semula

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jali dan Datuk Awang Adek Hussin


Gugur

Menteri:
Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin Mohamed, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique.

Timbalan menteri:
Datuk Noraini Ahmad.


Baharu

Datuk Razali Ibrahim (timbalan menteri belia dan sukan), Datuk Rosnah Rasyid Syirin (timbalan menteri kesihatan), Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI), Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran), Ahmad Maslan (timbalan menteri di JPM), pengarah KAGAT, Mej-Jen (B), Datuk Jamil Khir Baharom(menteri di JPM) dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (menteri wilayah persekutuan).

8 April 2009

Jika "Ada Hati" Nak tubuh kerajaan, menangi hati 'Orang Rumah Panjai' terlebih dahulu. Kalau tidak, jangan mimpilah!!!

Bila lagi Pakatan Rakyat (PR) akan mendapat kepercayaan rakyat Sarawak mahupun Sabah. Mungkin kerana usaha sangat sedikit untuk meyakinkan orang sebelah sana untuk percaya kepada kemampuan PR. Pelbagai andaian yang boleh kita kemukakan berkaitan persoalan mengapa orang Borneo begitu setia dengan BN.

Ini bukan isu remeh sekiranya PR masih menyimpan hasrat dan bercita-cita untuk mentadbir Kerajaan Malaysia. Lima puluh enam kerusi Parlimen terdapat di Sabah dan Sarawak. Pilihanraya Umum (PRU) yang lepas hampir seratus peratus dibolot oleh BN, malah ada yang menang secara percuma. Nampak sangat 'ketidakseriusan' PR untuk berusaha menawan kedua-dua buah negeri ini. Sekiranya inilah yang mampu PR lakukan, atau hanya mengharap Ahli Parlimen untuk melompat parti, sungguh tidak 'gentle'. Berjuanglah...Berusahalah...Kejayaan tidak datang bergolek...

PR usah terlalu leka dengan kemenangan 2-1 semalam, atau aggregate 4-1, atau apa sahaja kemenangan kecil jika dibandingkan 56 kerusi parlimen yang ada di seberang sana. PRU13 jauh lagi. Namun, strategi ampuh perlu diasah mulai sekarang. Malah, saya dapat merasakan bahawa MR PM-6 menyedari pemimpin kedua buah negeri itu perlu 'diambil hati' dalam pembentukkan kabinetnya esok.

Sebenarnya, pengalaman saya sebagai anak Sarawak yang hidup dalam keadaan serba sederhana sejak lahir di sana, membuatkan saya terfikir kenapa 'orang Iban' iaitu kaum majoriti di Sarawak agak setia dengan BN (saya tidak berkaitan). Satu faktor mudah yang ingin saya bawakan. "ORANG RUMAH PANJAI" SUDAH LALI DENGAN KEHIDUPAN SUSAH. Saya nampak itu sebenarnya, dan semasa pilihanraya diadakan dan dijanjikan projek yang sedikit, umpamanya, projek jambatan, projek atap rumah, projek buah limau...orang rumah panjang sudah menjadi ringan tangan untuk memangkah pihak yang memberi projek berkenaan. Mereka bukannya hendakkan didirikan bangunan pencakar langit di tepi rumah panjang mereka, mereka bukannya hendakkan hotel-hotel lima bintang di halaman rumah panjang mereka. Ya lah, dah biasa hidup bersederhana. Dapat projek sikit, 'no problem' pangkah dacing.

Perkara sebeginilah yang perlu disedari oleh mana-mana pihak yang berhajat menawan undi daripada 'orang rumah panjai'.

Seperkara lagi, selagi 'golongan lama' yang terdapat di kedua-dua negeri ini masih ada, selagi itulah undi mereka untuk dacing. Bukanlah niat saya untuk mendoakan mereka pergi cepat-cepat, tetapi itu hakikat. Cuba tuan-tuan tengok berita tv sepanjang pilihanraya, ramai orang-orang tua dipimpin tangan untuk datang ke pusat mengundi...kepala dia orang hanya ada dacing... Bagi golongan baharu yang lebih intelek dan lebih terbuka serta terdedah dengan informasi-informasi semasa berkaitan hal ehwal di dalam negara, saya yakin mereka adalah golongan yang bijak menghukum yang zalim.

Itulah hakikat 'orang rumah panjai'. Selagi anda tidak pujuk orang ini, jangan mimpi nak tubuh kerajaan!!!


Spontan daripada: saudarabaharu.blogspot.com/

Che Det suruh junjung al-Quran


"Dia saman saya tiga tahun lalu, sehingga sekarang belum selesai. Dia kata hakim korup, dia kata hakim dibeli, dia sebenarnya tidak pernah berlaku jujur, dia tidak pernah junjung al-Quran," kata Dr Mahathir.

Malaysiakini, 8 April 2009


Demikianlah kenyataannya terhadap DS Anwar Ibrahim (DSAI). Bukanlah nak fokuskan sangat kenyataan tersebut.

Apa yang saya ingin highlight kan di sini adalah berkaitan kitab suci kita al-Quran. Zaman ini hanya untuk dijunjung untuk bersumpah sahaja ke?

Sepatutnya...beliau cadangkan kepada Kerajaan yang memerintah Malaysia ini untuk memerintah negara dengan berpandukan al-Quran! Ada berani kah?


Kabinet yang tak muncul-muncul


Sehingga ke jam ini masih belum ada pengumuman berkaitan kabinet bari MR.PM-6. Faktor kekalahan yang ke-seterusnya dalam PRK semalam kemungkinan memberi kesan di dalam pertimbangan beliau untuk memilih 'bos' kepada kementerian-kementerian yang ada.


Awal-awal lagi MCA (baca di sini) menyatakan tidak bersetuju dengan pengumuman barisan kabinet yang bakal diumumkan oleh PM berkenaan.


Diberitakan juga, MR.PM-6 ini bakal membuat pertimbangan yang teliti berkaitan wakil-wakil daripada Kepulauan Borneo di dalam menganggotai barisan kepimpinan tersebut.


Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat. Siapa yang kekal? Siapa yang disingkirkan? Siapa yang baharu? Kementerian mana yang kekal? Kementerian mana yang dimansuhkan? Kementerian mana yang digabungkan? atau Kementerian mana yang baharu diwujudkan? Atau sekadar dijenamakan semula? Orang-orang yang bakal dilantik menerajui setiap kementerian adalah pemegang amanah rakyat Malaysia keseluruhannya. Mampukah parti pemerintah menyediakan barisan pemimpin yang 'berwibawa'?, atau masih sama pada takuk yang lama?


Setuju atau tidak, kita terpaksa akur. Tidak ada opsyen. Cuma kita boleh memilih sama ada redha atau sebaliknya...

BN (1) vs PR (2), Aggregate Selepas Mengharungi 4 Perlawanan : 1-4

KEPUTUSAN RASMI PERTARUNGAN DI ANTARA BN VS PR

BN (1) - PR (2)

BN: DUN BATANG AI

PR: PARLIMEN BUKIT GANTANG, DUN BUKIT SELAMBAU

CATATAN: PR TURUT MENANG DI DUA PERTEMUAN YANG LALU IAITU DI PARLIMEN PERMATANG PAUH DAN PARLIMEN KUALA TERENGGANU



PARLIMEN BUKIT GANTANG, PERAK

PAS (PR): 21860
UMNO (BN):19071
BEBAS: 62

MAJORITI: 2789
(Tahun 2008: 1566)



DUN BUKIT SELAMBAU, KEDAH

PKR (PR): 12632
MIC (BN): 10229
BEBAS (13 CALON): 1326

MAJORITI: 2403
(Tahun 2008: 2362)




DUN BATANG AI, SARAWAK


BN: 3907
PKR (PR): 2053

MAJORITI:1854
(Tahun 2008: 806)


SELAMAT BERKHIDMAT WAHAI PARA PEMIMPIN YANG TERPILIH!

7 April 2009

KATA-KATA TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

"Fahaman yang ditanam oleh Inggeris ini melekat kuat ke dalam pemikiran umat Islam, bukan sahaja umat Islam di negara kita malah kepada umat Islam di seluruh dunia. Hasil daripada idea Inggeris inilah lahirnya kalangan umat Islam yang melarang persoalan politik dibincang dalam khutbah Jumaat sebab dikatakan itu bukan urusan agama. Hal-hal politik hanya boleh diperkatakan di luar masjid. Melalui peristiwa ini maka menular penyakit yang memisahkan masjid dari politik atau disebut politik suku agama suku. Di zaman Rasulullah tidak berlaku dua jenis khutbah, iaitu untuk politik di luar masjid manakala untuk agama di dalam masjid. Rasulullah menyebut apa sahaja yang berkaitan dengan persoalan hidup maupun yang bersifat politik atau sebaliknya hanya dalam satu khutbah sahaja".


- Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat -



[Sumber ] Saat Cinta Bertasbih:Tribut Buat Tuan Guru

RASMI: PKR (PR) MENANG SELESA DI BUKIT SELAMBAU

PKR: 12632

BN: 10229


MAJORITI: 2403

BEBAS TAK USAH KIRA...SIAPA TAJA?

Muhyuddin Yassin TPM Malaysia?

Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir pasti dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Dua dah Rasmi, cuma menunggu Bukit Selambau

Kita masih menunggu keputusan Bukit Selambau. Bukit Gantang sudahpun rasmi yang memihak kepada PAS dengan majoriti 2789. Pertambahan 1223 undi berbanding majoriti 1566 yang diperolehi pata tahun 2008 yang lalu.

Sementara di Batang Ai, BN menang dengan majoriti 1854. Janji pembangunan bernilai RM80 Juta menjadi harapan penduduk di Batang Ai. Diharap ini bukan hanya retorik, dan benar-benar ditunaikan untuk memajukan Sarawak yang jauh mundur dibandingkan dengan negeri-negeri di Semenanjung.

RASMI : PAS MENANG DI BUKIT GANTANG!!!

PAS (PR): 21860

UMNO (BN): 19071

BEBAS: 62

Majoriti - 2,789


Tahun 2008 , Majoriti 1566

RM80 Juta Menanti Penduduk Batang Ai!!!Tahniah!

Rasmi Batang Ai

BN: 3907

PKR: 2053
Majoriti: 1854

Tahniah kepada rakyat Batang Ai. Anda bakal menerima pembangunan sejumlah RM80 Juta daripada BN!!! Tahniah BN. Selamat menunaikan janji!

Islam Bukan Hak Milik Melayu atau Mana-mana Bangsa!


Isunya, membacakan ayat al-Quran atau membacakan terjemahan al-Quran oleh ORANG BELUM ISLAM.
Sehari dua ini panas juga isu ini. Dipanaskan lagi oleh kerana kempen parti-parti politik. Secara amnya, al-Quran ini diturunkan untuk menjadi panduan kehidupan oleh seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Kitab suci ini diturunkan bukan untuk bangsa Arab sahaja walaupun Nabi junjungan kita yang tercinta Muhammad s.a.w yang menyampaikannya setelah menerimanya daripada Allah melalui perantara Malaikat Jibril adalah daripada bangsa Arab. Itu jelas. Ini konteks yang menyeluruh.

Dalam konteks negara kita, menjadi kelaziman turun temurun bahawa bangsa Melayu adalah Islam dan Islam sinonim dengan bangsa Melayu. Tetapi ingat! Hari ini, bukan semua Melayu itu Islam. Tetapi, majoritinya Islam. Itu kita kena faham. Hakikat perkara tersebut kita kena terima.

Malah, mentaliti Orang Belum Islam di negara ini sudah lama tertanam dengam kenyataan ini, "memeluk atau menganuti agama Islam dikatakan Masuk Melayu". Kenapa? Mentaliti ini juga perlu diubah. Bangsa dan Agama dua perkara yang jauh berbeza. Bagai langit dengan bumi. Kita ambil contoh di negara China. Rakyatnya yang beragama Islam melebihi jumlah penduduk Malaysia secara keseluruhannya. Dan sekiranya kita pergi berjumpa dengan komuniti Islam di sana, kita akan disebut oleh mereka sebagai mualaf. Kenapa? Sebab persekitaran di satu-satu tempat.

Maka, sebagai satu usaha mendekatkan Orang Belum Islam ini kepada Islam atau dengan kata lain kita sebut sebagai satu usaha dakwah, apalah salahnya kita tidak terlalu eksrim dengan isu Orang Belum Islam ini membacakan terjemahan al-Quran dan sebagainya. Mereka cuma membacakan terjemahan sahaja, bukan mentafsirkannya. Juga, dua perkara yang amat berbeza. Itupun kita kena faham. Usahlah kita cuba untuk memonopoli Islam itu sendiri. Kita kena berkongsi keindahan Islam termasuk apa yang terkandung di dalam kitab suci yakni al-Quran itu sendiri. Sekiranya kita awal-awal lagi sudah begitu berkeras dengan perkara yang sebegini, adalah menjadi satu tugas sukar kepada usaha dakwah yang bukan semua orang boleh lakukan pada zaman ini. Jangan kita menjadikannya sebagai batu penghalang kepada dakwah tersebut.

Kita sebagai seorang Muslim sepatutnya berasa malu kepada Orang Belum Islam yang merujuk al-Quran dalam satu-satu tindakan yang mereka buat. Kita yang muslim ini pun jarang-jarang, kadang-kadang, atau tidak pernah langsung melihat al-quran dalam setiap tindak tanduk yang kita lakukan. Apatah lagi dalam konsep bernegara. Sedarlah wahai saudaraku muslimin dan muslimat sekalian. Apa usaha dakwah yang telah kita buat kepada saudara-saudara kita yang belum Islam itu. Semuanya itu bakal disoal kepada kita di hari akhirat nanti. Malah, Orang Belum Islam itu bisa sahaja akan menyalahkan kita kerana kita tidak pernah bercerita tentang Islam kepada mereka, malah menyulitkan usaha mereka untuk mendekati Islam.

Usahlah kita bercerita terhadap usaha dakwah kepada Orang Belum Islam tersebut. Memadailah kita lihat orang yang sejak azali ataupun yang sedia lahir dalam Islam itu sendiri. Adakah sempurna segala amalan yang dikerjakan mengikut acuan Islam? Pernah atau tidak kita menegur muda mudi kita yang berpeleseran di sana-sini tanpa segan silu melakukan maksiat tanpa tindakan yang dilakukan. Apa usaha yang telah dibuat oleh pihak berkuasa di dalam negara? Mengapa muda-mudi jadi begitu? Jawapannya mudah. Sekiranya aktiviti yang dianjurkan untuk mereka ke arah maksiat, maka mereka cenderung ke arah tersebut. Jika rancangan televisyen yang dihidangkan menghala kepada maksiat, maka maksiat juga ikutan yang mereka ikut. Siapa yang bersalah? Tuan-tuan sendiri boleh menjawab persoalan tersebut.

Secara tegas saya katakan di sini bahawa isu laporan polis yang dibuat dua tiga hari yang lepas adalah semata-mata atas kepentingan POLITIK pihak tersebut sahaja. Mana cemarnya? Bukan dia pijak al-Quran, bukannya dia memaki hamun hukum al-Quran... Sepatutnya, umat Islam yang tidak memakai tudung itu lebih patut dilaporkan kepada polis kerana menghina al Quran. Di dalam al-Quran jelas menguatkuasakan perintah menutup aurat. Oleh yang demikian, sebarang pelanggaran hukum yang terdapat di dalam al-Quran adalah bersamaan dengan menghina al-Quran. Laporkanlah. Kenapa Tidak? Itupun, tuan-tuan ada jawapannya.

Maka, di akhir tulisan ini, saya ingin menyeru bijak pandai yang arif lagi tahu supaya perkara yang remeh dan berkepentingan sebegini tidak perlu timbul dalam masyarakat kita pada hari ini. Ini semua merupakan satu usaha yang menjauhkan Orang Belum Islam itu sendiri daripada Islam. Dan...Ingat! Orang Belum Islam itu pada bila-bila masa akan mendapat hidayah dari Tuan Punya Agama yakni Allah. Sebaik sahaja dia memeluk Islam, mungkin dia lebih baik dari kita! Fikir-fikirkanlah, jangan hanya menuduh di sana-sini dan jangan asyik buang masa membuat laporan polis!

Oleh: Saudarabaharu