Alhamdulillah. Inilah kalimah yang selayaknya saya ucapkan. Ini adalah kerana percutian 3 minggu saya ke kampung halaman di Sri Aman, Sarawak berakhir hari ini dengan nikmat dan kurnia yang tak terhingga daripada Allah, Tuan Empunya Dunia.
Seluruh perjalanan pergi dan balik dalam keadaan baik dan selamat tanpa sebarang musibah yang tidak diingini. Kesihatan seluruh ahli keluarga juga dalam keadaan baik dari awal hingga akhir selama mana bercuti di kampung.
Apabila sampai di rumah, keadaan juga dalam keadaan baik dan selamat. Berhabuk sikit tu biasalah. 3 minggu tak diduduki. Tinggal nak tacap sikit-sikit lagi. InsyaAllah esok masih ada cuti hujung minggu, bolehlah buat kemasan sikit-sikit.
InsyaAllah, saya akan paparkan beberapa kepingan gambar yang sempat dirakamkam sepanjang bercuti sebagai ingatan dan kenangan buat diri. Semasa bercuti, keterhadan 'coverage' kemudahan internet agak menyukarkan proses upload gambar. Tidak ada yang menarik sangat pasal gambar tu, sekadar ingatan dan kenangan buat saya sekeluarga.
Hari ini, Allah mengembalikan kenikmatan untuk melayari internet dengan keadaan talian yang sangat baik setelah nikmat ini ditarik sementara sebelum ini. Rasa rindu juga untuk menikmati perkembangan semasa yang berlaku di negara ini melalui tulisan-tulisan para blogger dan web-web tertentu. Pelbagai isu yang berlaku. Itulah dia Negaraku Malaysia. Itu biasa.
Sedar tidak sedar, telahpun berlalu dengan pantasnya hari-hari di dalam bulan Rejab selama 10 hari. Esok dah 11 haribulan Rejab. Bagaimana puasa sunat kita?Dah mula ke belum? Ini pertanyaan buat diri saya yang begitu lalai dan alpa nie...Maklumlah, cuti ni macam-macam hidangan kampungan yang terhidang. Ikan keli hutan (bukan bela dalam kolam tau...), ikan tapah, umbut-umbut yang pelbagai (umbut maram (asam paya), umbut lalih (istilah iban),umbut pisang, umbut kelapa), paku pakis, ayam pansuh (masak dalam buluh), ikan pansuh, dan pelbagai lagi. Itu hidangan orang rumah panjang. Makan...makan...dan makan...
Tak tertaip rasanya kronologi percutian kali ini. Amat menyeronokkan. Isteri dan anak-anak turut seronok. Cuti terasa begitu pendek sekali. Rezeki perlu diusahakan. Oleh itu, kena balik juga.
Keseluruhannya, rakaman kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Ilahi di atas kurniaan dan perlindungan sepanjang hidup ini. Sesungguhnya, manusia seperti saya ini tiada daya upaya selain mengharap bantuan pemilik alam ini yakni Allah yang satu!