Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

10 Julai 2009

Masjid Utama di Urumqi, China ditutup

Lelaki China Uyghur membuka pintu pagar sebuah masjid utama di Urumqi pada Khamis lalu semasa lawatan pihak media



Lima masjid utama berdekatan kawasan rusuhan etnik hujung minggu lalu di Urumqi, barat wilayah Xinjiang, ditutup pagi tadi (Jumaat) atas factor keselamatan.

Namun begitu, masjid-masjid kecil di Bandar berkenaan masih dibuka, menurut agensi berita Xinhua.

“Masjid dianggap kawasan sensitif ditutup atas nasihat imam masjid berkenaan,” lapor pegawai hubungan agama Wilayah Xinjiang. “Kebanyakan orang muslim mengerjakan sembahyang di rumah sejak peristiwa hujung minggu lalu hinggalah keadaan kembali reda”.

Jumaat adalah hari utama (mulia) bagi umat Islam untuk mengerjakan ibadat, khasnya sembahyang Jumaat.

Rusuhan yang berlaku Ahad lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 156 orang dan lebih 1000 orang cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Askar-askar masih berkawal ketat di beberapa lokasi di jalanan sekitar Urumqi.-(SUMBER BERITA: CNN)