14 Julai, 1.22 petang yang lalu saya menerima sebuah khidmat pesanan ringkas (RMS) dari seorang sahabat. Beliau memaklumkan bahawa bekas pelajar yang pernah saya ajar telahpun memeluk agama Islam pada hari berkenaan. Allah Taala telah mencampakkan hidayah ke dalam hatinya untuk memilih Islam sebagai jalan penerus bagi kehidupannya di dunia ini. Sama-samalah kita mendoakan agar beliau berpegang teguh pada ajaran Islam yang sebenar sepertimana yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk kita semua teruskan sehingga ke akhir hayat.
Semasa saya sebagai pengajarnya di bilik kuliah, namanya Joshua Chandran Naidu. Kini, beliau bersama-sama kita dalam Islam dengan nama baharunya, Muhammad Ayman Joshua.
Apa yang penting adalah langkah-langkah yang seterusnya dalam mengamalkan agama Islam yang syumul ini.
Harapan dan doa saya adalah agar Muhammad Ayman dapat beramal dengan amalan Islam, dan belajar berkaitan Islam melalui orang Islam yang mengamalkan ajaran Muhammad S.A.W yang sebenar. Semoga Allah memudahkan jalan-jalan yang seterusnya untuknya. Insya-Allah.
19 Julai 2009
Pelajar Saya Memeluk Islam
Catatan IBAN MUSLIM pada 7/19/2009 10:23:00 PTG