Serangan siber secara besar-besaran yang melanda 2 negara besar dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan (Capaian lanjut, sila klik di sini dan di sini) sejak beberapa hari lalu perlu kita bimbangi walaupun dari segi lokasi kita berada agak jauh daripada negara berkenaan. Namun, sistem yang berasaskan internet ini tidak mengira jarak lokasi kerana akses terhadap sesuatu web bolah dilakukan dimana sahaja di seluruh dunia.
Tumpuan serangan kepada web-web rasmi kerajaan termasuk Agensi Keselamatan Nasional negara, Bursa Saham New York, Pentagon, White House, Nasdaq dan beberapa web-web lain.
Setakat ini belum ada pihak yang dikenalpasti menjadi dalang kepada serangan tersebut.
Berbalik kepada dalam negara kita, seharusnya sistem yang berasaskan internet yang terdapat di dalam negara seperti perbankan, web-web penting kerajaan atau organisasi, perekodan data, dan web-web lain perlu dilakukan perlindungan sewajarnya kerana sekiranya serangan tersebut menular ke negara kita seperti mana menularnya wabak H1N1 yang mulanya menyerang negara Mexico tetapi hari ini negara kita turut sama merasai wabaknya. Lagi-lagi virus yang boleh menjalar tanpa sempadan seperti serangan siber ini.
Pihak bertanggungjawab perlulah mengambil langkah proaktif agar sistem data dan rekod yang berasaskan internet di negara kita ini dapat diselamatkan.
9 Julai 2009
Amerika Syarikat dan Korea Selatan menjadi sasaran serangan siber
Labels: Catatan Iban Muslim
Catatan IBAN MUSLIM pada 7/09/2009 07:44:00 PG