Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah islam dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. [Surah Ali Imraan: Ayat19]

Rakan Iban Muslim

22 Julai 2009

Bone China: Pinggan Mangkuk Haram




Dari segi definisinya, 'Bone China' atau 'Fine Bone China' dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut;

"Bone China The ingredients of bone china are china clay, china stone, silica, alumina, alkalies, lime and bone ash. It is fired at high temperatures of 2300 to 2500 degrees Fahrenheit. In the best grades of English bone china 50% or more of the bodyconsists of refined bone ash prepared from specially selected animal bones which are reduced to a fine powder by heat. The bone is mixed with the finest china clays and highest quality Cornish stone. Specially skilled workers are needed in the manufacture of bone china and the best and most highly skilled in the world are found in the pottery district of England."

Pagi tadi, dalam perjalanan ke tempat kerja saya mendengar isu berkaitan pinggan mangkuk 'haram' yang diperbincangkan melalui radio IKIM.fm. Pelbagai pendapat dan pengalaman yang dikongsikan oleh para pendengar yang sempat saya dengar sementara sampai ke pejabat.

Di antaranya, ada pendengar yang menyatakan bahawa pinggan mangkuk ini dengan jelas diisytihar sebagai produk yang diperbuat daripada 'tulang babi' pada dokumen import yang diterima di pelabuhan negara.

Jika inilah yang berlaku, kenapa baharu sekarang kita tersedar hal yang begitu serius ini? Kenapa pihak yang bertanggungjawab dalam mengesahkan penerimaan barangan ini di pintu-pintu masuk negara tidak dengan bersungguh-sungguh membantu umat Islam agar tidak terperangkap dengan helah ini.

Kita begitu bersemangat dikenali di seluruh dunia sebagai pengeluar 'logo HALAL' yang diperakui, namun makanan yang halal itu akhirnya diletakkan pada pinggan yang tidak halal. Maka, kita yang menggunakan pinggan seumpama itu turut terhidang dengan keharaman.

Sebagai umat Islam, saya begitu kesal dengan perkara ini. Namun, kita perlu menerima hakikat bahawa musuh-musuh Islam akan menyerang kita bukan sahaja dengan senjata api atau bom peledak, tetapi kita bakal diserang bertali arus dari pelbagai dimensi yang tidak disangka-sangka.

Berhati-hati hidup di dunia!